16.8.06

Mencintai bahasa ibunda....

Di manakah dia bahasa yang kita pelajari sedari kecil lagi. Apakah bahasa yang paling mempengaruhi diri kita sewaktu di alam kanak-kanak. Dan adakah bahasa ini menjadi bahasa kedua apabila seorang itu mendewasa?.
Dalam banyak keadaan bahasa ibunda bukanlah bahasa kedua dan ketiga. Pada penulis bahasa ibunda menggambarkan sosok peribadi awal seseorang itu, kerana bahasa ibunda yang diwarisi seseorang itu walau sebenarnya bukan atas kehendaknya. Maka bahasa itulah yang menjadi wahana komunikasi seserang itu sehingga seseorang itu dapat bahasa lain, bahasa Inggeris contohnya.
Dalam bahasa ada jatidiri seseorang. Apabila seseorang itu menyatakan bahasa bangsanya tidak kuat, kurang menyerlah dan belum mampu menghantar wacana yang difikirkannya sesuai, saya kita individu itu sendiri telah kehilangan 'jatidiri'nya lantaran merasakan serba-serbi kekurangan pada 'jatidiri' itu.
Dan sebenarnya bahasa kedua, ketiga atau ke berapa sekalipun tidak akan menyamai status bahasa pertama. Tentulah bahasa pertama paling memberikan kenangan dan jasa yang tidak terhinggalah. Saya berterima kasih kerana dengan bahasa pertama menjadi jambatan kepada bahasa-bahasa lain yang saya pelajari. Maka bahasa pertama masih menjadi the first and the best yang saya rasakan sehingga bila-bila.
Kenapa malu pula dengan bahasa Melayu yang indah ini. Bahasa Melayu kekurangan kosa kata dan istilah atau bahasa ini tidk mampu menjadi bahasa pertama dunia?. Soalan ini sendiri tidak menambahkan isi minda seseorang kerana terlalu memikirkan soalan yang tidak ada makna dan jawapan yang muktamad.
Saya kira bahasa kita bahasa Melayu masih lagi istimewa dan wajar sesiapapun sedar persoalan bahasa ialah persoalan jatidiri, identiti dan keyakinan terhadap wawasan bangsa. Selama yang saya tahu belum ada bangsa yang unggul meminggirkan bahasa ibundanya. Tidak pernah terjadi dalam sejarah, bangsa yang berjaya menghina bahasanya demi meraih kejayaan dan keunggulan. Malah bangsa yang berjaya adalah bangsa yang mengutamakan bahasa ibundanya, menarik orang lain menggenali bahasa mereka dengan pelbagai cara.
Sayapun terfikir apa yang berlaku baru-baru ini, walaupun kesalahan kecil tapi ia menunjukkan kurangnya sensitiviti pelakon itu terhadap persoalan bahasa Melayu dan sejarahnya. Barangkali apa yang ingin dimaksudnya mungkin lain dari yang saya fikirkan, tapi ia tetap memberikan impak tersendiri....

12.8.06

Sebuah Filem Magis

Saya baru saja menonton sebuah filem yang menarik iaitu berjudl Whale Rider(2003). Kawan-kawanyang juga ingin menikmati kegeniusan filem ini, tentu tak lain, tonton saja filem ini. Saya boleh jamin bagi mereka yang minta kepada filem-filem yang mempunyai unsur sejagat selain magis, filem ini sekurang-kurangnya membawa kita kepada maksud-maksud tertentu. Filem ini telah memenangi beberapa anugerah, pastinya ia suatu yang menarik untuk ditonton. Ia diangkat daripada sebuah novel yang berjudul The Whale Rider daripada seorang pengarang Newzealand, Witi Ihimaera.
ISBN:0152050167 (Paper cover book) 1ST US EditionIhimaera, Witi / Publisher:Harcourt Childrens Books Published 2003/05 Price:MYR32.17
(Juvenile Grades 7-9)
Look for similar books by categoryLook for similar books by subject:
Maori (New Zealand people)
Juvenile fiction