12.12.06

Kursus Akan Berakhir

Tidak sampai sebulan kami di IPSAH. Pada saya banyak perkara yang saya pelajari.Sesiapapun jika ada di sini serba sedikit akan rasa demikian, mungkin. Tak tahulah pandangan teman-teman yang lain. Cuma bila berada di sini ada rasa penat dan mungkin sesekali bosan dengan kelas.

Dalam tidak kami sedar, kursus bakal berakhir dan masing-masing akan melabuhkan kapal ke destinasi yang dituju. Rami antara kami daripada Kelantan akan pulang Kelantan. Yang hendak bernikah, akan bernikah dan entah bila untuk bulan madu mereka, sayapun tak pasti. Ada beberapa teman 'memasang' matanya di sini. Selepas ini mereka akan masuk ke sekolah dan terus melupakan tentang benda lain, seperti yang biasa berlaku. Maka bilalah mereka hendak bercerita sesama pasangan apabila awal tahun depan akan mulanya praktikum.

Sesekali memandang pada instituisi pendidikan yang melahirkan guru ini, terasa juga hairan. Saya dapat lihat dariapda wajah kawan-kawan yang berkhursus, meskipun dalam cuti namun kegembiraan dan keceriaan terserlah di senyuman kerang mereka. Saya juga hampir percaya apabila teman-teman yang sudah berumahtangga, yang lelaki maksud saya begitu gembira di sini. Maklumlah di sini dan saat inilah kami bersama dan kemudian apabila berada di sekolah, kawan sudah lain pula jenisnya.

Jadi di akhir-akhir kursus ini, saya semakin nampak apa yang saya ingin tahu tentang dunia yang asing ini. Saya mulai jelas sifat, risiko, matlamat dan sebagainya profesion ini. Kemungkinan yang sedang membaca tulisan saya ini, untuk merasai seperti apa yang saya rasai perlulah masuk dan alami sendiri di sini.

6.12.06

Dari Perbendaharaan Lama

Pak Hamka banyak menulis dalam sejarah terutama sejarah berkaitan dengan Islam di Asia Tenggara. Dalam penulisan beliau tentulah banyak bahan yang dikumpulkan dan semata-mata kumpulan fakta malah juga beberapa pandangan dan huraian berkaitan dengan sejarah itu. Salah satu bukunya yang berkaiatan dengan perbicaraan sejarah adalah 'Dari Perbendaharaan Lama', Pak Hamka memberikan pandangan beliau berkaitan dengan kesan ajaran Tasauf terhadap penulisan sejarah dan worldview terhadap penulisan sejarah.

Dalam bahagian-bahagian buku ' Dari Perbendaharaan Lama'Pak Hamka menyatakan beberapa pandangan beliau penulisan Sejarah Melayu dan kaitan dengan pengaruh sufistik atau tasauf dalam penulisan, pemikiran dan budaya Melayu.

Begitu juga pandangan Pak HAmka berkaitan dengan Wahabi yang sentiasa dilihat satu konotasi negatif di sini. PAk hamka mungkin mempertahankan Wahabi atau KAum Muda kerana Wahabi adalah satu gerakan mempengaruhi kebangkitan kesedaran rakyat khususnya di dunia Islam menentang penjajahan.

Tentang Sejarah

Sejarah sangat penting bagi kita, dan kaitannya amat akrab dengan seluruh waktu. sama pentingnya tumbuhan dan makanan bagi kita. Sebab itu setiap waktu orang merakamkan sejarah hidup atau kenangan waktu tertentu dalam bentuk penulisan, visual, video dan lain-lain.

mengapa kita meluapkan sejrah kita. Sejarah si melayu di abad-aband dahulu. Sejarah si muslim yang lama membina sejarahnya.

Kembali kepada sejrah bermaksud mengali penawar dan mengenali diri kita sendiri. Berdirilah kamu di sebelah sejarahmu!.....