Pilihanraya kecil yang dijalankan disebabkan seorang pemimpin meninggal dunia atau menghadapi masalah lain menyebabkan ada keperluan untuk mengadakan pemilihan. Di sini walaupun namanya pilihanraya 'kecil, namun tampak seperti perkara yang terlalu besar buat mana-mana parti.
Lebih besar dan bermakna pada parti yang memerintah. Di negara kita yang dikatakan berpegang dengan prinsip demokrasi semesti akur dengan keadaan. Sekarang mudah saja untuk melihat faedah pilihanraya kecil ini kepada rakyat. Kebetulan pula peristiwa banjir yang melanda negara, beberapa buah negara, menunjukkan keprihatinan pihak yang berwajib mengambil tindakan yang wajar.
Melihat konteks ini, perlulah dilihat bagaimana pilihanraya menunjukkan perangainya yang kadang-kadang aneh juga. Ironipun ada atau apa-apa saja perkataan yang dekat dengan maknanya. Yang jelas pemimpin mana-mana parti yang merasakan pilihanraya ini penting akan berusaha melakukan yang terbaik untuk menraih hasil yang lumayan.
Politik tidak menjanjikan apa-apa melainkan kuasa. dan di sinilah kuasa menjadi bahan yang paling digemari dan direbuti. Kuasa menjadi alat yang paling ampuh untuk menundukkan keperluan dan kehendak.
Media sudah menunjukkan serba-serbi laku yang menarik perhatian saya. Dapat kita tengok secara tiba-tiba tempat yang jarang didatagi, pun berbondong-bondong orang datang kerana pilihanraya. Kadang-kadang ada servis yangjarang-jarang wujud, muncul dengan tiba-tiba.
itulah hakikat pilihanraya dan rakyat yang menjalani satu kehidupan yang lurus sahaja. Manalah tahu akan datang lain halnya.
18.1.07
13.1.07
cerita tentang BAH
BAH. Ini catatan yang ringkas dan tidak panjang. Ia tentang BAH yang melanda kita. Tanda perlu di mana dan bila kerana semua kita telah maklum dan menyedari. Adakah kita lupa tenang BAH ini yang sebenarnya telahpun lama berlaku sejak dulu kala lagi.
BAH bukan musuh dan penentang. Bukan hipokrit dan teroris seperti yang kita lalui hari ini di mana-mana. Kenapa kita ingin belajar tentang ini, tentang BAH.
Bahkan kita sudah lupa agaknya bahawa bah akan cerita dan bahasanya. Kita agaknya
tidak melihat dan menghayati apakala datang dan membawa sesuatu. Kita tidak boleh begitu sebab diapun makhluk yang macam kita. Dia hanya menjalankan tugasnya. BAH datang membawa mesej daripada Tuannya. Dia bawa sesuatu yang kita lupakan dan buat leka sejak lama.
Kemari kawan-kawan dekat kita berfikir, bertafakur dan bermuhasabah. Apa salah kita yang menyebabkan BAH datang dengan tiba-tiba di tempat yang tidak pernah berlakunya BAH dan ditenggelamkan. Kenapa BAH datang dengan wajah yang serius sekali dan begitu liar menelan bangunan, bandar dan semua benda. Lantaran kita terlalu melihat dunia ini besar, kita lupa di tempat kita BAH datang mewakili beberapa tanda yang amat kecil dan halus.
BAH. BAH. dah datang lagi, menunjukkan kasih sayangnya. Mesra rakyatnya. Dia dah buat budak-budak itu tidak dapat datang sekolah dengan lengakap seperti hari-hari biasa. Dia buat kedai-kedai jatuh rugi beribu-ribu. Dia buat kereta-kereta masuk wokshop. dia bikin semua almari, petiais, sofa, tilam, komputer, almari dan macam-macam lagi tersepuk di tempat pembuangan sampah. Dia buat kawasan-kawasan yang dekat dengan tong sampah berbau dek macam-macam benda dirongjang ke situ. Dia buat buku-buku, laptop dan macam-macam lagi jadi basah dan sesetengahnya tidak boleh digunakan lagi.
BAH. kau bawa semua yang kepunyaan rakyat ke tempat orang lain. Baju, seluar, kain pelekat, baju dalam dan baju luar dan lain-lain ke mana-mana. KAu bawa lembu, kerbau, ayam entah kemana-mana. Kau bawa bunga, kerusi dan macam-macam lagi ke mana-mana. BAH. ini kisah kau yang unik. Aku bercerita secara pendek saja.

9.1.07
mimpi seorang Anak Kecil
mimpi seorang Anak Kecil
sekiranya seorang anak kecil boleh melangkah jauh
mencari-cari keistimewaan masa depan
yang penuh konkrit, bentuk dan pusar cabaran
dia akan gembira ke alam impiannya
mengharapkan dewasa hadir pada esok hari.
detik-detik indah menumpang alam batas mimpi
membuka lembar-lembar masa depan
direnunginya sebagai cereka.
di sana kelihatan dunia mengamit kepantasan dan kemasyhuran
menarik keinginan terpinggir ke tengah meja.
globalisasi di tengah-tengah manusia,
manusia di puncak kehebatan.
nyawa waktu boleh diperjudikan dalam peraturan tertentu
dengan kuasa, pengaruh dan retorika
dan hari itu, hikmah ditimbang satu bekas lama
yang mereput di ceruk danau.
dia percaya bahawa dunia membesar
dengan watak dan cereka
yang menghairahkan dan menyeronokkan
tapi....di sisi lain terlihat seorang perempuan tua memegang
tongkat berwajah kasar sedang merenung wajah jernih
anak sambil berkata:
kehancuran, kepalsuan, kerakusan
kezaliman, kebinatangan, kerusuhan.
dan dia berlalu meninggalkannya dalam resah renungan
menyumbat ke alam muhasabah yang menyukarkan.
lantas terjaga dari mimpi ngeri
yang panjang dan amat imaginatif
demikian perubahan malam meniti jarum takdir
dan apakah nanti manusia mudah bangkit daripada kealpaannya
biar terus merosakkan madu hidup yang manis
anak itu kembali memahami tentang tempoh dunia yang
membimbangkan selain meresah hari esoknya .

2.1.07
Angin Baharu dan Pakej-Pakej
Tahun bajaru datang dengan pakej baharu. Saya rasa memang tak semena-mena pakej itu datang. Iaitu yang memang ditetapkan azali, dan akan terus wujud tanpa bisa ditolak. Kerana kita hidup dalam satu kehidupan yang dalam ruangnya ada masa, waktu, jam, detik dan minit. Ada juga hari, minggu, bulan, tahun dan sebagainya. Selain itu tua, muda, lapang, sesaksibuk dan sebagainya. Benda inilah yang selalu kita lupa agaknya bila kita sampai di hujung tahun macam ini.
Saya sebut kembali maksud saya yang saya maksudkan berkenaan dengan pakej tadi iaitu tak lain umur. Kita jarang perasan memang kita ini selalu saja lupa dengan pakej yang diberikan kepada kita. Tahun demi tahun pakej ini bertambah dan tidak menjanjikan penambahan yang lain selain yang dikatakan bentuk fizikal.
Malah tidak ada penambahanpun kadang-kadang, macam orang dewasa bila berumur lebih 45 tahun, anggaran saya, maka tidak lama daripada itu fizikalnya makin menurun kualitinya. Sebagi contoh bila menghadapi penyakit dan keuzuran. Yang boleh bekerja, apabila sudah mencapai 50 tahun atau 55 tahun patut pencen. Sebahagian perkerjaan, ia tidak berlaku...
Saya baru dapat bertemu dengan emak saudara saya, yang tidak berapa jauh juga temapy tinggalnya. Sesekali macam hari raya dapatlah bertemu. Saya bertemunya dalam keadaan beliau sudah tidak mampu melihat, mengecam malah mengenal siapa di hadapannya. Hanya dengan bantuan anaknya, dapatlah dia mengenal siapa yang datang menjenguk. Itulah yang berlaku bila manusia makian berumur dan meningkat usianya.
Sesuatu yang tidak boleh dielak lagi saya rasa walaupun sains mencuba melahirkan sesuatu benda yang dapat mengatasi penuaan dan peningkatan fizikal manusia. Jadi tahun baru adalah macam mencari angin, menhirup angin baru di tempat dan suasana yang baru. saya rasa kita tidak perlu resah dan beria sangat dengan pertambahan usia dan pertambahan azam, atau perbaharui azam. Walaupun segi motivasi ia sangat baik tapi bagi saya ia satu yang kadang-kadang menyukarkan.
Ramai orang tak faham bila tahun baru datang ia berkaitan dengan azam padahal berazam bukan dilakukan setahun sekali, sebab ia boleh dibaut tiap-tiap hari dan bila-bila masa kita mahu. Tidak kiralah macam manapun azam dan kepentingannya, yang paling mustahak mesti tahu untuk masa-masa akan datang ini ia akan mengubah keadaan kita atau tidak.

Langgan:
Catatan (Atom)