31.3.07

Dua Sajak



Melayu Yang Baru Mengenal Dunianya

hari ini seorang melayu tidak malu
berada di tempat yang selesa, mewah dan selesa
mungkin dalam pejabat yang berekon dan berkarpet mahal
sebetulnya setiap hari dia berada dalam jadual ketatnya
mungkin dia sering terlupa janji makan malam bersama keluarga
dunia melayu yang menjanjikan makna hidup yang baru
setelah negara merdeka lima puluh tahun dengan lantang
perdana menteri menjeritkan maruah kebebasan
melayu terus maju dan tidak menoleh kebelakang lagi
tiada hutang pada para penjajah dan tradisi bertuankan orang asing
melayu selesa dengan makanan yang serba cukup
bila sampai waktu melayu ada yang mudah lupa
merdeka dan sejarah bangsa yang pernah rebah ke tanah
dikelilingi awan hitam dan jeritan kesusahan
makna pantun dan sopan-santun jadi alasan
terbelakang sementara, dan lemas dalam gelombang moden
identiti jadi taruhan malah hilang pedoman
melayu selesa begitu, atau sebaliknya
dihimpit rusuhan dan tekanan
bersaing lagi demi maruah.
adakah terus berlaku hari ini? sedarkah melayu baru
di abad 21 ini. tentang perjuangan masa depan bangsa ini
dan tanahair ini, jika ada yang sedang berkhayal
dalam mimpi peribadinya dalam ekon sejuk
dan duduk meleka atas sofa ampuk subsidi.

Sampai Wahai Angin

sampaikan wahai angin
muzika seorang yang mengharapkan keamanan
di tengah gula-gula dunia, semut-semut hitam yang menjajah
menakluki sudut itu dengan ghairahnya
sampaikan wahai semut pada rakyat jelata
suara pencari kebenaran di tengah kota batu
telah mati kelaparandan kehausan air suci
sediakan tapak dan segala keperluan yang munasabah
bagi mereka bangkit dari kelemahan jasad
bagi berhadapan manusia yang berhati besi
memakan tulang, limpa dan hati
setiap senja mereka menanti peralihan
waktu mengubah bentuk wajah mangsanya
agenda yang telah disusunrapi sejak lama
perang sedang bersiponggang dalam terang cahaya
selalu membantutkan tumbusaran
pohon kurma dan oren yang berkhasiat
melahirkan tanda-tanda kemenangan
dan orang-orang yang cintakan
kesepakatan dan keadilan
di mana buah zaitun dan tin yang ranum
manis tapi terasa kelat pada musim perang ini
berikan mereka yang sedia berjuang
zat khazanah yang suci, sokongan rohani
doakan perjalanan mereka
yang membuat jahat, mereka sedang melihat dari jauh
percubaan senjata untuk menunjukkan
keperkasaan ideologi dunia babarian
yang cuba dikembalikan
di mana kau semut, mengerumuni gula-gula
yang jatuh ke lantai
menikmati makanan yang terbazir.
atau roti kerang sedang kau tangani di tempat yang asing
menjadi pencuri dan penikmati babak-babak perang yang berulang.
tuhan yang esa pasti nanti menunjukkan.

Sebuah Cerpen: Apa Ada Pada Buah Zaitun


Baru-baru ini, ghairah benar saya menulis sajak untuk Adab Islami untuk PTS Publication, sebuah penerbit yang sekarang major dalam penerbitan buku-buku genre baharu dengan pendekatan baharu. Lihat http://www.universitipts.com. Maka, saya juga melakukan kerja-kerja lain selain kerja profesional saya yang tidak habis-habis. Dari tahun 2005 saya berusaha menulis cerpen, dan ini adalah sebuah cerpen yang sempat disiapkan tahun itu. Jadi, ada sebarang komen tentang cerpen ini silakan berikan pendapat anda.

p/s= rupanya saya tersilap menggambarkan warna sebenarnya buah zaitun dalam cerpen ini. mungkin kurang penelitian masa menulisnya.

Selamat membaca.

i

Ummi pergi ladang buah zaitun, terletak di sempadan Zaituniyyah. Di sini awannya bersisik kering di langit putih. Warna langit biru laut. Ummi membawa bakul bersamanya seperti biasa. Sekarang selepas dhuha, elok untuk meruntih buah zaitun, dan inilah musimnya, kata ummi seolah-olah kata-kata itu tidak ditujukan pada sesiapa.

Kala buah zaitun warnanya cerah kuning keemasan ditambah apabila matahari memancar, ia akan kelihatan berkilau. Waktu begini ummi sudah sampai ke kebun bersama Salam. Tanpa menunggu lama, ummi mencari sesuatu untuk bersarapan. “Raih pertama kali hari ini buat selamanya”, katanya lagi ketika di tangannya beberapa biji buah zaitun yang baru dipetik dari pohon yang paling hadapan. Ummi mengucapkan syukur Alhamdulillah, selepas sebiji lagi zaitun diambil dan dimakan sambil melihat pohon-pohon zaitun seterusnya. Tentu lebat dengan buah-buahnya selain daripada daun-daun yang merimbun.

Salam juga mengambil sebiji buah zaitun dari tangan Ummi. ”Makan dahulu nanti senang kita buat kerja mengutip buah zaitun”. Dulu jika tidak dengan Salam sendiri tentu pergi ke ladang zaitun dengan Abang Khidir, tapi sekarang abang Khidir sudah ditangkap dan dipenjarakan. Entah bila dibebaskan. Abang Khidir ditangkap kerana membuat demontrasi dengan kawan-kawannya yang lain. Salamlah yang mengantikan tempat abang Khidir untuk membantu Ummi. Salam sudah tahu bagaimana membantu Ummi di kebun. Ummi yang ajar mula-mula dulu.



ii

Ini membuatkan abang Khidir sudah dipenjarakan buat kali kedua. Kerana apa yang abang khidir perjuangkan dan laungakan, kebangkitan mesti dihidupkan selalu. Di sana ada penceroboh dan penzalim, di sana ada pembunuh dan pembelit, itu yang disebut oleh abang Khidir. Sikitpun abang Khidir tidak takut bila tentara mereka datang dengan kereta kebal yang gadang. Yang ada corong tebal lagi panjang, yang telah meletupkan banyak rumah penduduk di situ. Salam kenal pakcik-pakcik dan makcik-makcik yang terpaksa berpindah ke tempat lain, dan kadang-kadang duduk di dalam tanah berlubang tidak jauh dari tempat mereka yang dahulu.

Bila rumah-rumah dirobohkan, terpaksalah mereka berjalan mencari tempat tinggal. Tapi Salam dan ummi belum dikerah sebegitu. Nampaknya, pakcik-pakcik, makcik-makcik dan kawan-kawan Salam berpindah, ada yang menangis melihat rumah mereka yang tinggal batu-batu hancur dan berketul-ketul itu ditinggalkan. Ummi menyabarkan dan memberi mereka sedikit buah zaitun kepada mereka. Jazakimullah khiran kathira, jawab mereka.

Ada beberapa rumah lain yang tidak jauh dari situ belum lagi diruntuhkan, kata tentera yang datang, nanti kelak kami akan runtuhkannya juga. Mereka pergi seperti orang yang pengecut tapi sombang, itulah yang Ummi kata.

Sebelum ke ladang tadi, Ummi ingatkan jangan sampai lupa bawa guni untuk mengangkut buah-buah zaitun yang diruntih. ‘Ok’ ,cebir Salam. Ummi marah buat begitu. ‘Buatlah lagi, nanti Ummi tak mahu beri susu yang kamu sukai itu nanti’. Ugut ummi itu menakutkan Salam, buat-buat takut.



iii



Kerajaan Jogos bencikan mereka yang mengambil buah zaitun di kebun-kebun di sempadan Zaitunah dan di kebun-kebun yang melata di daerah-daerahnya yang lain. Dari hari ke hari, usaha mereka menyekat perhimpunan kebangkitan, memenjarakan mereka yang terlibat dengan kebangkitan, menembak anak-anak kecil yang tidak berdosa sesuka hati mereka tanpa perikemanusiaan, menceroboh kawasan rakyat, meruntuhkannnya dan menghalang mereka yang mengambil hasil buah zaitun dari kebun-kebun mereka sendiri.

Semakin lama mereka makin jelas taringnya, kerajaan Jogos mahukan mereka degil yang masih mengambil buah zaitun mesti diperingatkan dengan kekerasan, kalau bantah bunuh. Selepas tarikh itu, kerajaan Jogos makin kerap mengerahkan tentera- tenteranya, mengepong dan mengertak supaya jangan datang lagi mengambil buah zaitun.

Usaha itu walaupun mendapat perhatian orang lain, apa perlu bimbangkan, kerajaan Jogos punyai ramai orang-orang kenamaan untuk membereskan hal sekecil itu. Dari hari ke hari, usaha itu cuba dilakukan, biar mereka ingat dan berhenti mengambil buah-buah zaitun di daerah berkat itu tapi pegang dengan kekerasan. Namun, itu jua tidak berhasil.

iv



Pernah tentera-tentera itu datang dengan angkuh, dan memberitahu semua di ladang itu, bahawa ladang itu mesti ditinggalkan, sudah ada larangan daripada kerajaan yang berkuasa katanya. Ummi ada di situ. Ummi beritahu dan membantah, kata Ummi, “Ini ladang kami, dan bukan ladang kamu. Bukan ladang bapa kamu, dan bukan ladang datuk moyang kamu!”. Ummi kata begitu depan muka salah seorang yang kian merah dan masih muda. Tampak dari raut wajahnya ketakutan walau senjata di tangannya.

Sejak itu Salam semakin berani dan bertekad untuk menemani Ummi. Walaupun Ummi beri kelonggaran untuk tidak bersama pergi ke ladang .Dia tidak sampai hati biarkan Ummi keseorangan ke sana. Kerana kerjanya tidak susah. Ummi suruh Salam mengumpulkan buah zaitun yang diruntih ke dalam setempat dan kemudiannya diletakkan dalam guni. Kadang-kadang Ummi berhenti berehat, Salam menyambung tolong meruntih buah-buah zaitun. Kerja itu itdak sesukar manapun bagi Salam.

Sambil dia mengutip beberapa yang dia mahu, dia mengigit dengan giginya. Dia paling sukakan buah zaitun yang kecil dan nampak kuning-kuning cerah. Dia pernah dengar Ummi kata buah zaitun banyak khasiat dan banyak manafaat. Allah Ta’ala bersumpah di dalam Al-Quran dengan nama buah zaitun dan buah tin. Zaitun juga dimasak dengan pelbagai masakan dan juadah bagi penduduk di sini. Macam-macam malah dikatakan jika dimasak dengan zaitun, banyak berkahnya.



iiv

Tentera Jogos tidak lain mereka juga mahukan buah zaitun juga. Bagi mereka buah zaitun adalah permulaan kehidupan dan benih paling penting dari jenis buah-buahan yang lain. Salam tahu itu, tapi kini buah zaitun bukan sekadar buah yang manis dan banyak manafaatnya tetapi seperti kata Ummi zaitun juga lambang kebebasan umat ini dari celaka dan malapetaka. Salim sedar kata-kata Ummi sebenarnya merujuk kepada perjuangan kebangkitan yang dilaungkan oleh abang Khidir dan pemuda-pemuda seangkatan dengannya.

Bukankah ini tanah yang suci, tidak harus bercampur dengan darah kezaliman. Dan tidak ada yang boleh merancang sesuatu yang tidak baik ke atas bumi ini. Masjid itu masjid suci kami, laung abang Kidhir dalam ucapan perhimpunannya dahulu. Dan disebabkan ucapannya yang begitu, menyelar kekasaran dan kebiadapan kerajaan Jogos, dia dimasukkan ke dalam penjara pertama kali. Sesudah dua bulan dibebaskan semula atas desakan aktivis kemanusiaan dari luar.

Tak serik lagi, kali keduanya selepas membaling batu, yang sebelumnya, tentera mulai mara membuat onar yang sukar diterima lagi, membunuh kanak-kanak yang tidak berdosa. Kanak-kanak itu dalam dakapan bapa mereka, dalam dakapan ibu mereka. Abang khidir tidak dapat menahan sebaknya, dia dan pemuda-pemuda lain bertindak gila dengan alasan yang benar.

Salam sedar bahawa tentera Jogos telah melampau. Seolah mereka tidak ada lagi sifat perikemanusiaan. Salam tidak rasa sedih jika abang Khidir dipenjarakan kali kedua ini. Kerana abang Khidir memperjuang suara penduduk. Sebenarnya bukan abang Khidir yang saja ditangkap dan disumbat ke penjara berkali-kali , sudah ramai yang ditangkap oleh tentera Jogos. Mereka sudahpun membunuh ramai yang tidak berdosa sehingga tak dapat ditahan lagi.

Selepas balik dari ladang dengan Ummi, Salam akan mandi kerana badannya berpeluh ketika mengutip, mengumpul dan menolong mengangkat buah zaitun ke dalam lori. Buah zaitun dibawa balik oleh Haji Izat dengan lori merahnya. Dia menolong mana-mana penduduk yang berkebun di Zaituniyyah membawa raih mereka itu. Dia diberi upah tapi biasanya tak banyak yang diambil. Haji Izat senang dapat menolong Ummi dan peladang lain. Buah zaitun, untuk kebebasan kita akan datang, kata Haji Izat optimistik.

Haji Izat kenal sungguh dengan arwah suami Ummi. Dia juga seperti abang Khidir, katanya. Sebab itu sikitpun Ummi tidak bimbang dengan abang Khidir yang berani itu.

iiiv

Salam selesai mandi, dan Ummi cepat-cepat siapkan makanan malam. Tentulah antara menunya, roti daging dan dimakan dengan buah zaitun, itu kegemaran Salam. Salam senang sekali, bila Ummi memasakkan untuknya yang sedap-sedap selepas Salam menolong Ummi. Ummi kemudiannya pesan Salam suruh mengulangkaji pelajaran selapas itu. Ummi mahu Salam belajar dan lanjut pelajaran ke universiti. Salam patuh dengan kata-kata Ummi.Salam membaca buku-buku disamping menyiapkan beberapa kerja disiapkan diberi oleh guru-gurunya.

Biasanya dia mengulangkaji pelajaran hampir ke 11malam. Tapi kali ini dia cepat mengantuk. Mungkin tadi banyak juga dia makan, fikirnya Sebelum tidur Salam selalu membaca buku lain, antara yang disukai ialah buku puisi Mahmud Darwish. Dia salah seorang penyair rakyat yang terkenal, dalam puisi-puisi perjuangan membebaskan tanah dari cengkaram kerajaan Jogos, diungkap dengan bahasa yang indah simbolik.

Salam suka membacanya berkali, malah pernah dahulu berjam-jam memahami puisi Mahmod Darwish. Antara puisi Mahmood Darwish yang diminatinya bila mengungkapkan buah zaitun, yang bermakna keamanan dan kebebasan. Hati Salam terpaut dengan puisi-puisi itu, dia membacanya berulangkali. Kadang-kadang ada ungkapan yang dia tidak fahami. Susahnya.

Matanya berair mengenangkan Ummi yang gigih menyaranya. Abang Khidir, entah bagaimana keadaannya di dalam penjara. Dia tidak tahu, tapi ada yang kata ada kena siksa dan ada yang kena berlapar. Abang Khidir pernah kata, hidup ini mesti berjuang.

Salam mahu tidur. Di katil yang mana abang Khidir selalu tidur.

Sekelilingnya semua adalah barang-barang abang Khidir. Buku-buku, pakaian, gambar pejuang yang telah tiada terlekat di dinding, radio dan lain-lain mengingatkannya pada abang Khidir.

‘Sudah pasti abang Khidir sedang sudah, mungkin berpuasa,’katanya sendiri.

Besok dia akan ke sekolah, dan selepas itu membantu Ummi buat kerja-kerja. Zaitun nanti diproses dan dijual. Sebahagiannya, dijual pada orang lain. Itulah punca pendapatan Ummi.

Mungkinkah Ummi akan terus begitu. Entah esok lusa, nanti tentera Jogos

akan datang dan meruntuhkan rumah-rumah yang di kawasan ini, Salam berbicara seorang diri, atau nanti bagaimana nanti jika, rumah-rumah kami akan di robohkan, kami perlu pergi dan meninggalkan tanah ini, tanah milik kami. Dan ia berlaku seperti Masjid A. Yang dahulu kami boleh solat dan melawatnya selalu, sekarang seakan tidak dibenarkan lagi.

Bagaimana kalau kebun-kebun zaitun itu pula dirampas. Sebelum inipun, tentera-tentera Jogos sudah mengatakan dan mengingatkan, bahwa nanti mereka mahu tanah kebun-kebun Zaitun itu. Masalahnya tanah kebun itu lansung tidak berkaitan dengan mereka. Ummi tahu mereka mahukan kebebasan penduduk bumi ini dirampas. Mereka mahu hilangkan makna kebebasan pada penduduk dengan merampas buah zaitun dari tangan mereka.

Mereka tidak mahu perjuangan itu diteruskan. Sehingga seorang ulama’ pernah berkata, berjuanglah walaupun dengan mengangkat sebatang ranting zaitun. Mereka mahu hancurkan makna perikemanusiaan dari jiwa bumi suci, mereka mahu cipta sebuah negara yang hanya diduduki oleh orang-orang sebangsa dengan Jogos. Entah bagaimanalah nanti. Fikiran Salam berpusing semacam igauan yang panjang dan memenanglah bukankah ia bukan lagi satu igauan sejak sekian lama. Airmata Salam menitis dan terlelap selepas ia menangis sendiri.

Dia bersyukur kepada Allah s.w.t yang masih menghidupkan umat ini dalam ketenangan walaupun tidak dalam kebebasan dalam bumi sendiri. Dia tidak pernah bertanya kenapa umat ini yang menanggung kesukaran ini, tidak umat yang lain. Dia tahu, bumi ini akan mengibar kebebesan yang suci dan benar selepas kesukaran yang dilalui ini. Salam tahu, tapi Tuhannya Maha Tahu, Salam berdoa, dan terus berdoa. Moga segalanya akan jelas dan nyata, tanpa kesangsian lagi.

17.3.07

Tangan Seorang Teroris: Sebuah Cerpen


Oleh: Mohd Fadzil Yusof

Email i

Setelah perkataan fundamentalis, kisah label ini tidak habis begitu sahaja. Di mana-mana perkataan menjadi identiti bagi saya. Sejarah hari ini tidak mudah dilupai dengan mudah. Namun sejarah holocaust itu juga tidak padam dengan mudah. Kesannya bermain di bibir orang Israel. Mereka mengingatkannya supaya dunia terus bersimpati dan mengingati zaman kegoncangan itu.

Saya merenung dalam diri ini yang mempunyai darah yang merah pekat mengalir dari tubuh seorang lelaki daripada Algeria dan seorang wanita Inggeris. Ia takdir Yang Maha Mengetahui dengan menyatukan dua orang insan daripada dua negara yang berbeza, budaya yang berasingan, serta agama yang berbeza. Ibu seorang wanita Kristian warganegara Britain manakala ayah seorang lelaki muslim berasal daripada Algeria. Tuhan Maha Kaya telah menemukan mereka berdua selepas ayah menetap di Britain ini lebih lima tahun. Ibu memeluk Islam sebelum berkahwin dengan ayah dan ayah mendidik ibu menjadi seorang wanita muslim yang bertanggungjawab.

Dan hari ini Tuhan menyaksikan apa yang berlaku pada umat seagama denganku. Mereka disebut fundamentalis. Sebuah perkataan yang hampir maksudnya dengan taksud atau ekstremis pada sesuatu pegangan. Makna lainnya dalam tubuhku ada darah seorang taksub pada takdirku. Kematianku kononnya ditakdirkan harus di atas perjuangan jihad. Inilah yang mereka sebut-sebut acapkali, tidak kira di mana-mana, di ketika ini. Sebenarnya aku tidak menyalahkan mereka.

Terkadang aku mempertikai perkara ini. Ya, semacam tidak adil dan tidak wajar. Tuduhan taksud pada setiap individu umatku itu berat. Mengapa aku disebut sebegini. Kini fundamentalis tidak menjadi salah kerana Bush juga tahu akan ketaksuban pengikut-pengikut dalam ajaran-ajaran yang lain. Seperti juga Ariel Sharon yang mengakui ketaksuban ini ada pada Israel pada ketika ini malah sejak dahulu lagi.

Lihat daripada kemungkinan waktu yang tidak lagi menyebelahi kami. Aku kian resah. Aku jadi seorang yang pesimis dengan perkataan demokrasi kerana tiada lagi makna demokrasi terbaik yang disebut-sebut di sini. Mereka telah memperbaharui maknanya dan memanipulasinya menjadi perkataan yang lain pengertiannya. Ya, ia boleh berubah tapi dengan cara yang amat teliti dan penuh makar. Namun hasilnya ia berubah kepada totalirian. Sama makna atau lebih kurang saja pada asasnya. Maka mereka tidak boleh menipu dunia kerana dunia memyimpan pelbagai sejarah manusia. Yang bangun kemudian rebah. Yang jatuh kemudian bangun.

Ya Tuhan Kau Maha Tahu akan segala yang berlaku. Seolah kami tiada lagi di tempat yang aman dan harmoni. Kami berpeleseran di kaki bangunan ciptaan mereka, bekerja sebagai kuli di pasar raya besar mereka atau pusat membeli belas mereka. Mereka mempunyai ilmu kapitalis yang boleh membobrokkan hidup kami. Ya Tuhan aku tidak mengatakan aku tidak mampu berputus asa kerana putus asa dari rahmat-Mu satu daripada tegahanMu.

Kami di sini tiada lagi menyatu seperti dahulu seperti mana kekasih-Mu yang telah menyatukan hati-hati berbilang agama, pemikiran, taraf dan cita-cita para sahabahnya ketika zaman aal dahulu. Ia seperti gigi sikat, seperti tanah di bumi.
Sesungguhnya kami tidak mungkin berubah dari arah-Mu kerana kami percaya akan datangnya pertolongan dariMu. Kami harus tenang.

Email ii

Saya lihat kehidupan di Britain makin berbeza. Ya, sejak berlakunya peristiwa 11 September. Kemudian siri serangan bom yang berlaku atau yang dijangka berlaku yang direncanakan oleh entah sesiapa telahpun menjadi perhatian oleh pihak yang berkenaan. Maka polis dan ahli keselatan di sini amat berhati-hati memerhatikan keadaan di tempat-tempat awam khususnya supaya tiada kelibat yang mencurigakan.

Saya teringat dalam keadaan yang membimbangkan seperti ini istilah Islamphobia timbul. Ini mungkin salah satu daripadanya, namun saya sendiri tidak pasti. Saya tidak tahu bom yang ditakuti itu dirancang untuk memberikan reaksi terhadap Blair yang bersekongkol dengan Bush untuk melaksanakan agenda anti-keganasan. Di sinilah cabaran sebenarnya umat Islam, saudara-saudaraku yang tidak pernah rasa takut dan gusar tentang itu kerana di sini sudah biasa dengan sikap dan layanan mereka terhadap mereka di Barat ini. Tapi tak perlulah diungkit segala apa bentuk layanan itu.

Yang jelas, kami dianggap satu masyarakat yang berbahaya di masa ini kerana kami ada jihad. Jihad yang mereka salahfahami dan sebenarnya mereka membaca melalui tanggapan-tanggapan yang tidak setepatnya. Maklumat tentang jihad salah dan berbeza daripada apa yang kami percaya.

Namun peristiwa 9/11 itu menurut ilmu mereka adalah hasil daripada jihad. Ulama¡¦ kami di sini semua menyatakan ia sebenarya bukan satu jihad tapi satu konspirasi yang meruntuhkan peradaban kemanusiaan. Ia menghalalkan keganasan, sesungguhnya dalam Islam tiada perkataaan keganasan yang boleh dihalalkan kerana dalam Islam tiada keganasan melainkan keamanan.

Yang menjadi teroris sebenarnya adalah mereka yang telah membunuh Prof Ismail Faruqi, seorang intelektual yang berjasa menyatukan fikiran melalui perbincangan anatara agama. Beliau dibunuh di dalam rumahnya dengan kejam. Mungkin kerana beliau lantang menyatakan bahayanya Israel mengcengkam bumi Palestin. Mereka jualah yang memulau dan menyekat program atau perbincangan tentang anti-Yahudi di universiti-universiti, dan mereka jugalah yang mengubah peta ekonomi dunia denmgan ekploitasi terhadap kebanyakkan negara.

Mutakhir ini kami terpaksa akur kerana istilah lain pula yang sesuai dan menjadi sinonim dilabelkan kepada kami. Teroris. Satu perkataan yang tercipta dengan makna yang baru setelah era Bush mencanangkan projek besarnya yang mengelirukan.
Teroris, teroris, teroris!. Ya kami disebut di mana-mana saja dengan label ini. Ia bukan saja di UK malah di Iraq, Afganistan, di Indonesia, Filipina, Turki, Iran, Malaysia, Lubnan dan macam-macam lagi. Ah, Mesirpun ada yang heboh dengan bom yang meletup di kawasan awan.

Tapi yang paling biasa berlaku letupan bom adalah di Palestin. Penduduk sana yang ada menjadi pelarian di negara jiran mereka Lubnan juga disebut pengganas. Malah penganas yang melahirkan penganas-penganas di tempat lain. Seorang lelaki Palestin yang meletupkan diri di kawasan penempatan Yahudi atau di tempat Yahudi berada dikatakan teroris. Dia disebut juga digelar ekstremis. Seorang yang berusaha membaling batu ketika tentera Israel datang dengan kereta kebal mereka, digelar juga teroris.

Ah, malah seorang kanak-kanak juga meninggal ditembak seorang tentera Israel dalam dakapan ayahnya juga disebut teroris. Teroris, teroris, teroris. Mereka yang dikatakan menjadi ¡¥kaki¡¦ kepada Osama ben Laden yang ditahan dan dicampak ke penjara disebut pengganas. Seorang pemain bola sepak terkenal juga dituduh teroris. Ah, semua yang berkaitan dengan mereka yang sama peganganya adalah sama label iaitu- teroris. Yang bersalah atau tidak, yang meninggal dizalimi atau tidak, atau ditahan dan direnyukkan dalam penjara Guatanamo juga berkongsi label. Ah memang dunia ini sudah menggila, termasuk orang yang menjadi momokannya, menjadi separuh gila dengan teroris.

Istilah tinggal istilah. Tapi istilah amat besar pengaruhnya. Saya sendiri pergi ke mana-mana di tempat awam sudah diperhatikan dengan amat berjaga-jaga. Ini kemungkinan tanggapan mereka saya mempunyai bom di sebalik baju sejuk saya, jaket lusuh atau disebalik janggut lebat saya. Ramai juga kawan-kawan saya diperlakukan seperti itu. Kami mudah sangat terdedah kepada risiko ditahan dan diperiksa oleh polis di sini.

Kawan saya seorang penyanyi hiphop tapi disebabkan namanya Isam juga pernah ditahan. Isam tidak kisah tentang kerana dia harus muslim di mana-mana. Isam kuat memperjuangan keadilan dan kedamaian dalam lagu hiphopnya, malah lagu-lagunya menyanyikan kebebasan yang harus kami kecapi, dan kecaman ini harus dihilangkan, kerana kami tidak bersalah, tidak bersalah sama sekali.

Isam dan Mahdi baru sahaja menghasilkan album ke-3 mereka tapi katanya itu pun sudah menjadi masalah. Album ini dianggap sesetengah produk yang menyokong teroris. Tapi dalam masa yang sama lagu-lagu dalamnya menarik minat golongan muda di sini untuk mengetahui apa sebenarnya isi hati mereka terhadap perkara yang sedang berlaku. Termasuk mereka daripada bukan muslim. Lagu-lagu yang menyatakan pandangan terhadap nilai universal dan keamanan.

Jadi album hiphop Isam terjual dengan agak banyak melebihi 1 juta jualannya. Isam sendiri terkejut. Tapi lain pula yang terjadi pada Syeikh Yusuf Islam yang tidak dibenarkan masuk ke sesetengah negara di sini. Saya tak tahu apa rasionalnya. Begitu juga dengan pemikir Tariq Ramadan yang dilarang masuk ke sebuah negara dekat sini. Sesetengah menerima tapi sesetengah pesimis dan bimbang terhadap apa yang ada pada mereka mungkin.

Namun apakah keamanan itu, sekadar bicaranya di meja rundingan atau di symposium yang tidak didengari. Malah dikesampingkan oleh golongan politik-politik tertentu.

Ah, dalam keadaan beginilah juga Israel menunjukkan taringnya yang tajam di Palestin. Dia menunjukkan keberaniannya dan kekecutannya dalam masa yang sama. Saya tidak tahu sangat apa yang berlaku baru-baru ini tapi tiap minggu ada saja yang terbunuh kerana peluru Israel. Di mana teroris hakikatnya¡K.? Di mana ekstremis dan fundamentalis sebenarnya?. Soalan yang membuntukan agaknya. Tapi saya kira ia agak mudah untuk dijawab, tanpa perlu membuka kamus besar atau buku akta yang berhabuk dan tidak lagi manafaat untuk menetapkan justifikasi terhadap Israel.

Email iii

Mereka memanjangkan tangan dan membuka mulut mereka sambil mengaum di sisi gua mereka. Mereka ingin kemenangan dalam perjuangan mereka. Angkatlah dogma-dogma suci itu supaya menjadi petunjuk yang menambah semangat juang mereka. Ah, jangan lupa dengan armagenddon. Jangan lupa dengan langkah-langkah yang kita rancang dengan sistematik sekali. Jangan lupa pada protokal yang sebahagiannya sudah menjadi kenyataan. Tidak harus sempurnakan yang selebihnya. Kita tentu mampu menjadikan segalanya milik kita.

Kita memperkudakan Amerika dan Britain begitu juga Australia. Mereka sekutu-sekutu kita yang akrab tapi terkadang mereka boleh berpaling tadah bila-bila masa. Ah, tidak perlu risau kita memiliki segalanya termasuklah medan ekonomi dan media telah ada di hujung jari kita. Semuanya, semuanya boleh kita kuasai.
Lihatlah apa yang boleh dilakukan singa Asia atau negara perut minyak. Mereka kekenyangan dan kealpaan. Mereka tidak bersepakat dan saling mencari kesalahan masing-masing. Apa pula dengan tunggul-tunggul lain yang hanya dapat melihat dan menonton.

Sehingga setahu saya Bush ketua projek anti-keganasan itu belum membuktikan secara fakta serangan 11/9 itu dilakukan oleh teroris yang dituduhnya hari ini. Sampai saat ini juga Bush belum mengemukakan kepada dunia kenapa Iraq menjadi mangsa kepadapencerobohan. Saya amat keliru dengan tindak tanduk presiden negara berautoriti besar itu. Sekarang Osama ben Laden mengakui dia tidak terlibat lansung, dan Bush tetap memburunya kerana dia adalah bapa segala keganasan menurut istilahnya.

Inilah dunia linguistik pasca-terorisme menurut pandangan Amerika dan sekutu-sekutunya. Satu dunia linguistik yang mengaburi mata dunia yang kononya buta. Buta sejarah dan buta realiti. Sehingga hari ini saya membaca sebuah surat khabar melaporkan bahawa Bush enggan menarik balik tentera yang dihantarnya meskipun di sana dikatakan ramai daripada mereka telah cedera dan mati. Saya kira dunia retorik Bush sudah sampai ke kemuncaknya. Akhirnya dia sendiri akan melihat kemusnahan itu berlaku di depan matanya sendiri.

Saya bersyukur ramai yang mengenal agama saya elepas peristiwa itu, malah ada usaha membongkar di sebalik senario 11/9 yang bukan dilakukan oleh teroris yang dimomokkan oleh Bush dan sekutu-sekutunya. Perkara yang dibangkitkan oleh orang-orang yang menyedari kezaliman yang berlaku di bawah negara yang tidak bermaruah, yang mendakwa mendokong demokrasi tulen, tapi ia sebenarnya satu retorik dan fiksi yang diputarbelitkan daripada tangan seorang teroris yang maha zalim.

4.3.07

Konflik Wahabi

Melihat wahabi sebagai suatu ancaman dan pembawa masalah ada juga benarnya. Semasa saya menjadi penuntut di universiti, wahabi bukanlah satu gerakan yang majoriti diterima. Saya hendak kutip definasi wahabi untuk kawan-kawan dan pembaca-pembaca yang masih belum mengenali siapakah wahabi?.

Mungkin kekurangan bahan rujukan dan mengambil jalan ekspres bagi menyebut tentang wahabi secara ringkas di sini; saya kutip daripada wikipedia encyclopedia-

Wahhabism (Arabic: الوهابية, Wahabism, Wahabbism, Whahhabism) is a term used to describe a branch of Islam based on the teachings of Muhammad ibn Abd al Wahhab (1703–1792).

The term "Wahhabi" (Wahhābīya) is rarely used by members of this group. The term they use to describe themselves is "muwahhidun", translating as "unitarians." Another common term used is "Salafi," translating as "followers of the pious forefathers," though this term has a wider applicability, and is used by many modern Muslim groups who do not specifically follow the teachings of Ibn 'Abd al-Wahhab. The term Wahhabi was originally bestowed by their opponents.

The Wahhabis claim to hold to the way of the Salaf as-Salih, the "pious predecessors" as earlier preached by Ibn Taymiyya and his student Ibn Qayyim al-Jawziyya, and later by Muhammad ibn Abdul Wahab and his followers.


Secara mudahnya ia sekelompok yang mendakwa berpegang kepada ajaran salaf yang asal. Cuba mengembalikan peranan Al-Quran dan As-Sunnah kepada dada umat yang pernah kehilangan dan tersasar landasan. Gerakan ini menjadi satu sejarah apabila mempunyai banyak sumbangannya. hala ini sisebut oleh Dr. Yusf Al-Qardahawi tentang ini dalam bukunya Fiqh Awaliyyat. Apapun tidak semestinya kelompok sebegini akan terus berada dalam baik seperti masa awalnya. Kewujudannya bila Muhammad bin Abdul Wahab berperana cuba mengajak manusia pada ketika itu kembali menghayati al-Quran dan As-Sunah di kala umat ketika itu sedang memberatkan perkara-perkara khurafat dan dipercayai membawa kepada syirik kepada Allah Taala.

Apapun terdapat kelemahan kepada kelompok yang sangat ketara apabila dikaitkan dengan politik dan sebagainya. Wahabi menjadi satu platfom bagi ramai yang mendekati agama tetapi telah memahami agama dengan cara yang berbeza. Ia menjadikan mereka ekstremis. Tambahan apabila gerakan ini diterima di Saudi Arabia. ia menjadi tempat atau pusat untuk perkembangan gerakan ini. Di sinilah ruang berkoreksi di mana kesilapan wahabi sepanjang sejarah.

Antaranya menggunakan bidaah untuk mengkritik kesilapan kepada individu atau kumpulan atau kelopok tertentu. Ia menjadikan isu ini panas dan bertentang dengan arus semasa.

Wahabi juga dilihat keerlaluan apabila mempunyai banyak pandangan yang bertentangan dengan tarekat dan ahli sufi. Gerakan sufi yang mencabang banyak aliran tarekat menjadi kubu serangan wahabi kerana selepas era pembenterasan tahyul dan syirik yang semakin berkurangan. Hal ini merujuk kembaliu kepada tokoh yang di sanjungi oleh wahabi dan selain wahabi iaitu Ibn Taimiyah. Ibn Taimiyah terkenal dengan cara dan pendekatannya mengkritik kaum sufi dan ajaran tarekat pada zamannya. Ibn Taimiyah bukan sekadar tokoh yang disebut zaman cuba menegakkan panji Al-Quran dan As-Sunah dengan pena dan perdebatan.

Asalnya apa yang diperjuangankan oleh Wahabi adalah sama dengan pa yang diperjungan oleh Ibn Timiyah.

Wahhabism accepts the Qur'an and hadith as fundamental texts, interpreted upon the understanding of the first three generations of Islam. It also accepts various commentaries including Ibn Abd al-Wahhab's book called Kitab al-Tawhid ("Book of Monotheism"), and the works of the earlier scholar Ibn Taymiyya (1263–1328).

Wahhabis differ from the orthodox traditionalist Sunnis in that they do not follow any specific madhhab (method or school of jurisprudence), but claim to interpret the words of the prophet Muhammad directly, using the four maddhabs for reference. Wahhabi theology advocates a puritanical and legalistic stance in matters of faith and religious practice, while also rejecting sufism.

Wahhabis see their role as a movement to restore Islam due to innovations, deviations, heresies and idolatries. There are many practices that they believe are contrary to Islam, such as:

Praying at tombs (praying at Mohammed's tomb, the prophet of Islam, is also considered shirk (polytheism)
Invoking any prophet, Sufi saint, or angel in prayer, other than God alone (Wahhabis believe these practices are polytheistic in nature)
Following or strictly adhering (taqlid) to one of the four madhabs of Islamic jurisprudence, "except for one who is under necessity and can not reach the Sunnah.[1]
Celebrating annual feasts for the Mohammed or Sufi saints (see mawlid and urs)
Wearing charms, and believing in their healing power
Innovation in matters of religion (e.g. new methods of worship) - Bid‘ah


Sekali lagi wahabi mempertahankan ijtihad pada setiap zaman dan keadaan dan membantah taklid buta.

Namun apa yang terjadi dengan wahabi. Wahabi merupakan benih yang melahirkan banyak kontroversi dan dilihat isu dalam agama. Sekarang antara penulis tempatan yang rajin berbicara tentang sisi-sisi negatif wahabi adalah Faisal Tehrani. Apapun kritikan dan fakta-fakta yang ditonjolkan bergantung kepada penerimaan pembaca. Sememangnya wahabi sebuah gerakan yang dianggap ekstrimis setelah pelbagai isu yang melanda umat ISlam hari ini. Seperti mana apa yang berlaku di zaman khalifah-khalifah Rasulullah s.a.w dan para pengikut selepas itu, perpecahan berlaku dan banyak kesan buruk timbul berbanding kesan baik.

Perpecahan selalu menghasilkan buah yang busuk dalam sejarah. Semacam perpecahan dan perbezaan ideologi dalam Syiah dan Sunni, Wahabi dan Tarekat Sufi dan lain-lain lagi. Banyak lagi fahaman Islam lain yang dilihat berjaya dan tersungkur dengan cara mereka. Tetapi apakah penyelesaiannya sekiranya ia berada dalam takut lama.

Itulah yang berlaku di Palestin. Wilayah uang diduduki dan diperkosai serakusnya. Jangan kita menuding kesilapan itu pada Israel malah kita juga ada silapnya.


Bibliografi Muhammad bin Abdul Wahab...
(dipetik daripada Wikipedia)

Muhammad ibn Abd al-Wahhab al-Tamimi An-Najdi (1703AD – 1792AD) (Arabic:محمد بن عبد الوهاب التميمى) was an Arab theologian born in the Najd, in present-day Saudi Arabia and the most famous scholar of the Wahhabi movement.

Al-Wahhab considered his movement an effort to purify Islam by returning Muslims to what he believed were the original principles of Islam, as typified by the as-salaf as-saliheen (the earliest converts to Islam) and rejecting what he regarded as corruptions introduced by Bida (innovation, reformation) and Shirk (idolatry).

During his life he denounced practices of various sects of Sufism as being hereticial, such as their veneration of saints. Although all Muslims pray to one God, al-Wahhab was keen on emphasising that no intercession with God was possible, an idea supported by the majority of Muslims. Specific practices, such as celebrating the birth of the Prophet Muhammad, were also deemed as innovations. He is hence considered by his followers to be a great reformer of Islam, by his opponents as an innovator and heretic. In either case, al-Wahhab's impact on Islam has been considerable and significant.

Al-Wahhab also revived interest in the works of the Islamic scholar Ibn Taymiya.

The followers of this revival (see Islamism) are often called Wahhabis, but they reject the usage of this term on the grounds that al-Wahhab's teachings were the teachings of the Prophet Muhammed, not his own. Thus, they refer to themselves as Salafists or Muwahhidun, meaning, "the monotheists."

Al-Wahhab struck a deal with Muhammed Ibn Saud, a chief of desert bandits in Najd. As per the deal Ibn Saud and his house would be the chief of political administration whereas Ibn Abd Al-Wahhab and his house would be the chief of Islamic interpretation. Today the royal family of Saudi Arabia belongs to the House of Saud and Grand Mufties from the House of Ibn Abd Al-Wahhab (Aa;-Sheikh). His opponents accuse Ibn Abd Al-Wahhab declaring the rulers of Hijaz (holy Land of Arabia with holy cities like Mecca and Medina) to be non-Muslims and therefore worthy of attack and occupation. (Refer to David Holden's biography The House of Saud for citation (mentioned in the reference section).


[edit] Biography

[edit] Childhood
The early life of Muhammed Ibn Abd-al-Wahhab remains fairly mysterious despite extensive studies existent on the subject. Historians at the time were not interested and few contemporary journals covered such scholars. Thus, there are only two official histories of al-Wahhab and his religious movement, Ibn Ghannam's Tarikh Najd and Ibn Bishr's Unwan al-Majd fi Tarikh Najd.

Three points should be taken into account regarding these sources for the early life of al-Wahhab. First, they rarely mention specific dates of events. Secondly, both authors were Wahhabis themselves and therefore had a political and religious agenda to consider. Finally, each was written after the death of al-Wahhab.


[edit] Reforms
In the year 1744, al-Wahhab began to attract followers in the small town Al-Uyayna, within the Najd region (the central region of modern Saudi Arabia). Lacking a base of support at the time, his teachings were challenged by Sulayman Ibn Muhammed al-Hamidi of the Banu Khalid, the chief of Al-Hasa and Qatif. The latter threatened the ruler of the city that he would not pay him a land tax for his properties if he did not kill al-Wahhab. The ruler declined to do this, but al-Wahhab was forced to leave.

Al-Wahhab gained attention by the following actions: firstly, after he returned to al-Uyayna, he persuaded the ruler of the town to destroy a sacred tomb revered by local Muslims, citing the Prophet Muhammed's teaching that forbade idol-worship. Secondly, he ordered that an adulteress be stoned to death, a practice that had become uncommon in the area. Additionally, he practiced the Islamic concept of rihla fi talab al-'ilm, "traveling the land in order to seek knowledge." The full extent of such travels remains uncertain.

Al-Wahhab spent some time in Basra (within modern day Iraq), and it is assumed that as a devout Muslim he traveled to the Muslim holy cities of Mecca and Medina before traveling to Basra. Official sources on al-Wahhab's life put his visits to these cities in different chronological order.

Almost all sources agree that his reformist ideas were formulated while living in Basra, where he became somewhat famous for his debates with the Islamic scholars there, and wrote the Kitab Al Tawhid ("The Book of Monotheism"). Dates are missing in a great many cases, so it would be impossible to reconstruct a chronology of his life up until 1743, when the Meccan Epistle was written.


[edit] Criticisms
The Egyptian Islamic scholar Abd al-Wahhab ibn Ahamd Barakat al-Shafe'i al-Azhari al-Tantawi wrote an early criticism of al-Wahhab's reforms in the book, Kitab Rad` al-Dalala wa Qam` al-Jahala ("The Book of the Prevention of Error and the Suppression of Ignorance.") Oddly, Tantawi did not specifically name al-Wahhab in the text, but referred to him as 'Sheikh al-Nas' (The populist scholar). This may be seen as either an effort to not humiliate al-Wahhab or to simply not draw unwanted attention to the Wahhabi movement. Tantawi wrote that he received word of al-Wahhab's teachings through word-of-mouth and letters from local "authorities." The content of Tantawi's arguments also suggest this, as they do not appear to be based on any writings of al-Wahhab's, instead disputing his general ideas, quoting a considerable number of Qur'anic verses.

Another critic of al-Wahhab at the time was a major Sufi theologian, Ali al-Shafe'i al-Basri al-Shahir bel-Qabbani. A historian at the time, Ibn Turki, considered Qabbani to be among the four most prolific refuters of Wahhabism, particularly because - unlike Tantawi - he had actually read al-Wahhab's writings. Qabbani wrote two texts criticizing al-Wahhab, the Fasl al-Khitab fi Rad Dalalat Ibn Abd al-Wahhab ("the unmistakable judgement in the refutation of the delusions of Ibn Abd Al-Wahhab,") and the Kashf al-Hijab an Wajh Dalalat Ibn al-Wahhab ("lifting the veil from the face of the delusions of Ibn al-Wahhab,"). Qabbani later wrote a formal, anti-Wahhabis tract, citing both sources.

Many Salafis had adverse reactions to the writings of b. ‘Abd al-Wahhab and the behavior of his ‘adherents’. One such interaction was between the Wahhabis and the Sunni establishment in ‘Iraq, and its Salafi leaders. In ‘Iraq there had been a long history of Salafi shaykhs and their activities and teachings. Many of the ijazas issued (teaching credentials, essentially) were from the Salafi ‘Ulema`.

However the Wahhabis had made some headway in ‘Iraq at this time, so much so that the Mamluk rulers of ‘Iraq desired that the ‘Iraqi ‘ulama` begin refutations of the Wahhabi doctrines. This culminated with the publishing of some of the correspondences in Cairo under the title al-Tawdih ‘an tawhid al-khilaq fi jawab ahl al-‘Iraq.

The twentieth century saw the deeply introspective Salafi movement of ‘Iraq come into more stark contrast with the Wahhabi movement. This was spearheaded by Shaykh Mahmud Shukri al-Alusi. Al-Alusi was a teacher at the Haidarkhana College, and held both anti-Wahhabi and anti-Sufi views. The British authorities in ‘Iraq accused al-Alusi of being a Wahhabi, and spreading Wahhabi doctrine. Al-Alusi became so incensed at this assertion that he stated that he would not even accept Wahhabis as students.

Al-Alusi wrote a book titled Kitab ghayat al-amani fi al-radd ‘ala al-Nabhani (The Book of the Extremities of Hopes in the Reply to al-Nabhani). In this work al-Alusi replies to (refutes) a treatise he had received from a Palestinian Sufi Shaykh named Yusuf al-Nabhani. Al-Alusi considered this book ‘a great slander’. Al-Alusi assaults Nabhani for belonging to a Sufi order in which takfir was practiced. He labeled these types of people ‘false Muslims’. Al-Alusi then states that this abhorrent practice (takfir) was often employed by the Wahhabis.

Muhammad Ibn ‘Abd al-Wahhab’s own brother Suleiman wrote a refutation of him. It was entitled al-Sawa’iq al-Uluhiyya (The Divine Lightning Bolts). In this work Suleiman Ibn ‘Abd al-Wahhab compares his brother’s ideas to those of the Khawarij (also Kharijites, an early sect of Islam which believed in declaring certain Muslims as disbelievers then shedding their blood). This is in addition to the fact that Muhammad Ibn ‘Abd al-Wahhab’s own father had repudiated him for his ideas.

Amongst his supporters are the late Ibn Baz and Ibn Uthaymeen of Saudi Arabia.


[edit] From Death to the Present
During his life, Muhammed Ibn Abd Al-Wahhab forged a pact with Najd chieftain Muhammad bin Saud, ensuring that regions conquered by the Saudi tribe would be ruled according to al-Wahhab's teachings on Islam. Bin Saud and his heirs would spend the next 140 years mounting various military campaigns to seize control of Arabia and its outlying regions. The most successful of these would establish the present-day Kingdom of Saudi Arabia, providing the Wahhabi movement with a state. Vast wealth from oil discovered in the following decades, coupled with Saudi - and thus Wahhabi - control of the holy cities of Mecca and Medina, have since fueled Wahhabi missionary activity.


[edit] Commentary
Perceptions of al-Wahhab are varied. To many Muslims who reside in Saudi Arabia or whose Islamic education came from Saudi Arabian instructors (of which there are many abroad, especially in the United States, the United Arab Emirates, and other Islamic countries which have prominent Saudis), Abd-al-Wahhab is a leading luminary in the proud tradition of Islamic scholarship. A great number of lay Sunni Muslims regard him as a pious scholar whose interpretations of Qur'an and Hadith were nevertheless out of step with the mainstream of Islamic thought, and thus discredited. Many scholars regard him as a pious scholar who nothing but called people back to worship of Allah according to the Quran and the Sunnah.


[edit] Works
-Adab al-Mashy Ila as-Salaa (Manners of Walking to the Prayer)

-Usul al-Iman (Foundations of Faith)

-Fada`il al-Islam (Excellent Virtues of Islam)

-Fada`il al-Qur’an (Excellent Virtues of the Qur’an)

-Kitab at-Tauhid (The Book of the Unity of God)

-Kitab Kashf as-Shubuhat (The Book of Clarification of Uncertainties)

-Majmu’a al-Hadith ‘Ala Abwab al-Fiqh {Compendium of the Hadith on the Main Topics of the Fiqh (Islamic Jurisprudence)}

-Mukhtasar al-Iman (Literally Abridgement of the Faith, means the summarized version of a work on Faith)

-Mukhtasar al-Insaf wa`l-Sharh al-Kabir (Abridgement of the Equity and the Great Explanation)

-Mukhtasar Seerat ar-Rasul (Summarized Biography of the Prophet)

-Mukhtasar al-Sawa`iq (Literally Summary of the Lightning bolt, it is a summary of a criticism of Shi’as written in Palestine by Ibn Hajar al-‘Asqalani).

-Mukhtasar Fath al-Bari (Fath al-Bari is a commentary on the Sahih al-Bukhari by Ibn Hajar al-‘Asqalani).

-Mukhtasar al-Minhaj (Summary of the Path, most likely referring to Minhaj al-Sunna by Ibn Taymiyya)