Dunia ini dilihat kecil kerana
kulitnya tidak menyamai wujudnya isi semesta
di kala aku sedang tidur nyenyak
melupakan sebentar soal dunia
yang dilihat kecil sentiasa
mereka kata, aku boleh ditemui di mana-mana
betapa kecilnya dunia
dan semua soalan tidak patut dijawab
kehendak soalan itu berpedomankan maksudnya
jika ia perlu diterjemah
tidak perlu dari a-z jawapannya
tapi segalanya menuntut begitu
keadaan itu membuatkan aku kian susut sendiri
dengan semua yang ada
kerana semua telah berpandukan logika
padahal logika telah lama retak di tangan tuannya
barat menukar logika yang ada
menjadi suatu yang ragu dan tidak bisa ditentang
semuanya direnung samar dan cukup mengelirukan
kau tentu faham dengan demokrasi
biarpun hari ini demokrasi hanyalah satu
dogma menghalalkan totalitarian, liberalisasi
dan sekularisasi
semua menjadi makanan selepas
dunia hanya menjual nasi
lalu yang dilihat untung adalah
orang yang bijaksana berbicara
menutup muka dan mengenepikan prinsip
kemanusiaan
demam politik melaga-lagakan diri
dengan yang lain
supaya dapat menagih simpati, dari
yang lebih berkuasa
dan kini mencari jalan untuk membenamkan
jadual rancangan dalam lautan
yang luas
supaya manusia akan bisa terapung
dalam penuh keaiban
sesiapa yang tidak mengenal semua ini
pasti menjadi mangsa kepada
segala penderitaan..
dunia ini dilihat kecil kerana
ada tangan yang bisa menggenggamnya.
27.4.07
19.4.07
Budaya dan Kabur pada Yasmin Ahmad

Elemen Budaya dan Kekaburan dalam Filem Yasmin Ahmad
oleh Mohd Fadzil Yusof
Kebetulan Yasmin Ahmad membawa filem-filemnya pada waktu ramai yang sibuk mengkritik filem-filem Melayu. Filem-filem Yasmin Ahmad akhirnya dapat membuktikan bahawa masih ada ruang untuk filem Melayu mengembalikan kegemilangannya. Sekaligus filem-filem Yasmin menenangkan keadaan yang begitu kalut pada suatu ketika dahulu dengan kritikan dan pandangan negatif terhadap filem tempatan.
Yasmin Ahmad memperkenalkan sesuatu pendekatan baharu dalam filem tempatan. Yasmin mengambarkan peranan 'cerita' yang sebenar dari kacamata seorang pengamat sosial dan pencinta nilai kehidupan. Memang benarlah sastera dan filem bertemu dalam ruang yang sama iaitu kehidupan.
Dikatakan filem-filem Yasmin Ahmad membawa cerita yang tulen. Begitu juga aspek-aspek lain yang ditangganinya juga amat kuat bagi mengukuhkan peranan filem sebagai pencerita yang paling efektif.
Apa yang ingin ditonjolkan adalah cerita yang benar-benar layak disebut cerita bukan hanya satu susunan babak yang membosankan. Setiap daripada 'cerita' dibulatkan dengan estetik dan diperkemaskan dengan nilai. Di sinilah letaknya peranan pembikin filem yang mencari sesuatu tapi tidak bukan sekadar membuat serta memapar sesuatu dari yang sedia ada. Baginya penonton adalah sebahagian daripada filem dan begitu juga sebaliknya.
Nikmat penonton ini yang diurus dengan baik oleh Yasmin untuk bercerita secara jujur. Yasmin tidak berselindung dari tirai tanggapan sentimen politik dan satu-satu aliran pemikiran kerana filem bukan semesti sebuah propaganda. Kebebasan dan kejujuran filem sebegini terkadang mengundang kontroversi.
Justeru apabila sebuah cerita digarap ia bukan semata-mata cerita yang diolah menjadi menarik tetapi menepati naluri estetik yang boleh dikesan oleh penonton kelak. Tentunya bagi penonton yang bijak selalu mengharapkan sesuatu yang boleh dipelajari atau dinikmati daripada sebuah filem yang ditontonnya selain bertujuan untuk berhibur. Secara umumnya pada hari ini, penonton filem makin bijak memilih cerita yang ingin ditonton malahan selalu menunggu ulasan daripada pihak tertentu atau mencari maklumat berkaitan sebelum menonton sesebuah filem. Yasmin mahukan penonton berfikir dan berbicara lantaran menontonnya (paling kurang dengan diri sendiri) tentang cerita.
Justeru sebuah filem tidak seharusnya bermain dan mempersendakan tahap pemikiran khalayak penonton. Filem perlu diwadahi dengan dialog dan cerita yang baik menuju kepada satu arus katarsis. Filem harus kembali melihat kemanusiaan dan tidak hanya memperdayakan penonton dengan ketawa, tangis air mata atau seram sejuk yang tidak membina apa-apa.
Lalu penonton mudah melihat Yasmin tidak bermain dengan bahasa melalui dialog-dialog wataknya atau skrip yang mempunyai bunga-bunga bahasa kerana filem sesuatu yang bebas mengungkap cerita.
Bagi Yasmin budaya dan nilai kehidupan juga harga sebenar yang harus diambiltempat dalam filem. Daripada dahulu filem telah banyak memaksudkan budaya dan pemikiran tetapi disebabkan arus globalisasi sentiasa menjurangkan makna kreativiti maka pandangan ini diputarkan 360 darjah.
Rabun sebuah telemovie keluarga arahan Yasmin Ahmad yang menemui penonton pada 2003. Bertolak daripada ayah Orked yang pencen begitu juga isterinya mahu pulang ke kampung tinggal di rumah pusaka. Apa yang berlaku kemudiannya menyebabkan berubah pandangan mereka terhadap kehidupan dan suasana di kampung pada ketika itu. Kisah lain adalah kehidupan Yem dengan ibunya yang juga jiran yang rapat dengan ayah dan ibu Orked di kampung selain cerita tentang Orked dan kekasihnya.
Telemovie Rabun ini merupakan sinosis watak utama kepada filem-filem Yasmin Ahmad seterusnya. Dalam Sepet (2004), filem arahan pertamanya mengetengahkan cerita hubungan cinta remaja antara Orked dan Jason, seorang remaja Cina. Selain hubungan intim itu, cerita kehidupan keluarga Orked dan Jason dipaparkan selain hubungan persahabatan Jason dengan kawan-kawannya.
Dalam Gubra (2006), Yasmin mempertahankan pelakon Sharifah Amani untuk watak utama, Orked iaitu menceritakan seorang perempuan muda selepas berumahtangga dan bertemu dengan adik/abang kepada kekasih lama. Di samping itu ia diselangi cerita tentang seorang pelacur yang mempunyai seorang anak lelaki yang berjiran dengan sepasang suami isteri yang menjalani hidup sebagai orang beragama. Cerita dimulai dengan ayah Orked yang dikejarkan ke hospital.
Seterusnya Yasmin Ahmad mempertaruhkan Muksin (2007) iaitu filem kanak-kanak yang mengekalkan subjek asas Yasmin Ahmad iaitu kasih sayang namun melalui konteks yang berbeza. Pertemuan Orked dengan Muksin pada ketika persekolahan telah membina satu realiti. Orked yang mempunyai sikap pelik sebagai seorang kanak-kank perempuan tapi lebih cenderung kepada bermain dengan budak lelaki lantaran ia menjadi insiden yang mempertemukan Orked dan Mukhsin dalam satu persahabatan yang amat erat. Selain itu suasana kampung juga dan beberapa babak melengkapkan cerita Muksin juga amat kemas dijalin.
Menonton keempat-empat filem yang dipaparkan oleh Yasmin Ahmad penonton akan mudah dipujuk untuk melihat kali yang keseterusnya malah cerita yang dipaparkan sama sekali mudah dan dalam lingkaran yang sedikit mencuit hati.
Apa yang dikatakan filem Melayu terlalu terikut-ikut dan meniru gaya filem luar boleh diperbetulkan semula kerana masih ada di kalangan pembikin filem tempatan memiliki idea untuk mempersembahkan filem mereka dengan acuan sendiri. Di sinilah tanda yang membezakan filem-filem Yasmin dengan filem-filem lain.
Pada hemat penulis, apabila sebuah filem mengekalkan beberapa ciri dan imej budaya tempatan dalam sesebuah karya atau filem dan ia menyokong cerita, ia bolehlah dikatakan sebagai filem yang memaparkan budaya. Sesungguhnya kesempatan dan kreativiti yang ada digunakan oleh Yasmin Ahmad dengan baiknya.
Rabun memyaksikan semangat masyarakat kampung sebagai entiti budaya. Melalui filem tersebut digaul pula dengan viarasi tanggapan tentang rentak hidup bandar. Paparan sikap dan pemikiran manusia selalu menjadi dorongan untuk seorang itu berbicara berdasarkan naluri dan pandangan peribadi juga penting untuk melengkapkan naratif lense Rabun.
Sepet membuka lembaran hubungan antara ras atau perpaduan kaum yang jarang sekali difokuskan sebagai cerita dalam filem-filem tempatan. Hubungan ras ini telah banyak disaksikan secara realiti dalam negara ini. Selain paparan berkenaan budaya lain iaitu Cina menambah beberapa signifikan jalan ceritanya.
Gubra memperlihatkan sikap orang beragama yang mempunyai pandangan ambil berat terhadap jiran dan kasih sayang keluarga. Muksin melalui pengalaman kecil iaitu hubungan erat yang terbina secara tidak sengaja menjadikan ianya begitu ironis dan harmonis untuk diungkapkan.
Elemen gabungan dalam filem Yasmin Ahmad amat jelas apabila menonjolkan cerita yang rasional dan realiti sambil menghampirkan penonton kepada situasi yang terang. Begitu istimewa apabila Yasmin menggunakan hubungan cinta antara dua orang remaja dari dua kaum yang berbeza sebagai salah sebuah subjek kuat dalam filem Sepet. Ternyata ia digabungkan dalam setiap filem-filemnya yang lain dan kelihatan kuat pada juga pada Gubra.
Kemungkinan inilah salah budaya tempatan unik di negara tetapi terlepas pandang mungkin kerana terlalu remeh atau sensitif untuk diungkapkan.
Untuk menterjemah sesuatu yang telah ada ia memerlukan persediaan pemikiran yang matang untuk membentuknya menjadi wadah kreatif .
Keempat-empat filem tersebut telah membawa satu horizon dan persembahan filem yang menarik dari pelbagai sudut khasnya dalam penceritaan. Setiap daripadanya mempunyai kekuatannya yang tersendiri.
Dilihat pada Sepet mempunyai unsur gabungan dari pelbagai cabang isu. Contohnya, keluarga bahagia dipertentangkan dengan keluarga yang porak-peranda serta gejala remaja mencari dirinya dalam percintaan.
Gubra menyisipkan di antara cerita asasnya yang tidak berkaitan dengan kehidupan Orked iaitu cerita utama. Kisah tersebut tentang kehidupan seorang bilal dan isterinya yang selalu melayani jiranya, juga seorang pelacur dengan baik namun yang dapat dikesan adalah sebuah hubungan yang tidak mengaburkan dan malah sesuatu yang menarik. Di sinilah agaknya Yasmin Ahmad bercerita agaknya hanya meletakkan beberapa cerita tetapi masih dalam membicarakan isu dan subjek yang sama.
Muksin pula merujuk secara jelas kekeluargaan yang diyakini tidak berjaya kerana masalah curang, ketidakjujuran dan sebagainya.
Selain elemen sosial yang penting diangkat oleh Yasmin Ahmad untuk menjadikan cerita lebih spesifik dan menyentuh minda. Kekuatan ini sangat penting kerana budaya sama sekali tidak lagi difahami secara literal dan artificial semata-mata. Kerana mengikut budaya juga berbentuk amalan, penghayatan dan produk sosial positif yang lahir dalam sesuatu masyarakat.
Reaksi yang positif dalam realiti sosial juga membentuk budaya atau amalan yang menganjurkan keharmonian dan toleransi sering dipandang entiti lain yang penting. Inilah antara elemen budaya yang dibawakan oleh Yasmin Ahmad untuk filem-filemnya. Masyarakat telah terdidik dengan amalan tolong-menolong dan keperihatinan antara kaum yang sebenarnya salah satu citra Malaysia yang unggul.
Jelas tema ini sangat indah kalau diwarnai dengan cara yang kreatif. Lantaran pelakon-pelakon dan cerita Sepet, Rabun, Gubra dan Mukhsin mengimbangi segalanya hingga kelihatan terlalu tempatan.
Barangkali apabila Yasmin Ahmad menggunakan latar kampung ini memang salah satu juzu?untuk mengambarkan budaya tapi lebih penting lagi iaitu kehidupan kanak-kanak dan hubungan yang wujud secara tidak sengaja dibentuk sebagai subjek filem budaya dalam kehidupan yang nyata absah lewat pengalaman manusia.
Jika sebelum ini penerapan konsep budaya dalam filem-filem Melayu hanya menumpukan budaya bersifat luaran atau artificial seperti pemakaian dan sebagainya maka nilai-nilai budaya itu sebenarnya sedikit mengurangkan keperihatinan terhadap unsur budaya lain yang boleh memberi sesuatu untuk filem.
Yasmin secara halusnya berjaya menggarap sisi-sisi ini dengan baik. Beliau halusnya melihat terdapat ruang budaya yang belum dikupas dan dipertontonkan kepada umum padahal ianya memang antara produk kreativiti kreatif lagi canggih.
Persembahan ini yang lebih dinilai agaknya oleh anugerah-anugerah di luar sana. Memang daripada persembahan Yasmin, hampir kebanyakkannya berjaya menarik minat penonton khususnya di luar. Fenomena ini nyata biasa berlaku di mana-manapun.
Sebuah filem dilihat asing apabila mendapat tempat terlebih dahulu berbanding di negara sendiri. Filem Sepet dan Muksin, kedua-duanya mampu menarik perhatian luar kepada babak-babak yang berunsur kepada nilai kehidupan dan budaya tempatan di dalamnya.
Meskipun pada pendapat penulis terdapat beberapa kekaburan cerita yang sememangnya tidak menganggu kualiti dan tanggapan kepada keseluruhan filem maka wajar juag dinyatakan bahawa beberapa babak yang dikatakan tidak mesra?dengan pandangan tempatan maka di sana juga dikesan dengan pelbagai tafsiran dan selalu juga dikaitkan dengan kontroversi.
Kemungkinan seorang pembikin melihatnya gejala itu sebagai satu proses mencapai kesempurnaan kreativiti dan estetik yang ingin disampaikan. Namun malangnya ia tidak selari dengan tanggapan umum tempatan yang sedia ada.
Kekaburan ini memperlihat beberapa pandangan yang barangkali hanya untuk menambah populariti atau bonus untuk karya Yasmin Ahmad. Biarpun kekaburan itu tidak mungkin dapat diperjelaskan dengan apa jua maksud.
Apabila babak-babak itu hanya untuk mengcukupkan ruang penceritaan dan ia boleh ditanya dengan beberapa soalan.
Kekaburan maksud pada babak-babak sedemikian ini mungkin tidak menjejaskan jalan cerita, menurut penulis sekiranya ditiadakan. Kreativiti dan hak merancang tetap pada penulis skrip dan pengarah sebenarnya bukan pada hak penonton atau pengkritik.
Pun begitu dengan keseriusan untuk mengangkat sebuah filem tempatan memerlukan kerja yang teliti dan keseriusan. Sebuah filem mempunyai sesuatu?tetap akan memberi impaknya yang tersendiri.
Ternyata apabila filem dari Rabun ke Mukhsin Yasmin memberanikan diri dengan mencuba sesuatu yang berbeza dari apa yang telah ada.
Boleh disimpulkan, terdapat elemen budaya dalam filem Yasmin Ahmad memang diakui dan diyakini mempunyai ekspreasinya yang tersendiri. Malahan kita wajar berbangga kerana filem-filem ini telah berjaya menarik perhatian luar dan mampu mempamerkan budaya tempatan yang positif.
Bermula daripada subjek yang kecil tetapio global iaitu kasih sayang, garapan Rabun menarik penonton meliaht sesuatu karya yang kuat segenap aspek.
Dalam filem Gubra dan Sepet yang kedua-dua meraih kontroversi tambahan ianya telah dibicarakan antara pro dan kontra namun ia tetap diyakini mempunyai estetika dan pemaparan nilai kebudayaan yang tersendiri.
Mukhsin juga berbicara tentang kenangan tetapi tetap melandasi budaya Melayu yang kaya dengan budi bahasa dan adab sopan.
Apabila niat Yasmin Ahmad sendiri seperti yang pernah diungkapnya untuk bercerita tentang sesuatu yang kecil tetapi kian lama dilupakannya lantaran memandang perkara yang lebih besar, di tengah-tengahnya muncul tema kasih sayang bakal menemui kekuatannya dan mempamerkan kebijaksaan yang wajar dikagumi.
Di samping filem-filem ini tidak lagi berbicara dengan nada bombastik dan terlalu idealistic dengan cereka yang tidak lagi berbicara tentang nilai-nilai kemanusiaan yang murni. Mengembalikan filem kepada pangkal kebudayaan yang realis dan pemikiran yang kreatif mampu mencipta suatu yang positif.
Maka sebuah filem dilihat bukan hanya mampu membawa etos dan imej Malaysia yang seragam dalam filem tetapi memaparkan jiwa dan juzu?budaya asas. Apabila seorang karyawan melihat juzu?juzu terpecah sesebuah budaya itu ia sebenarnya tidak mustahil untuk diolah menjadi cereka yang membina pemikiran dan estetika.
Sekian lama filem tempatan bergelut dalam arus pembawaan citra luaran, modal persembahan barat dan pemikiran yang picisan. Kali ini filem tempatan tentu boleh membuka lembaran baharu tentang dunia di sekeliling mereka yang dipenuhi pelbagai madah untuk dijadikan cerita. Sesungguhnya filem Melayu masih mempunyai tenaga untuk menjana ceritanya dan mengali kekayaan tradisi yang dibanggakan tidak lama dahulu seterusnya mengungguli kemampuan untuk menyatakan pandangan seperti apa yang boleh dibuat oleh pembikin filem.
15.4.07
Papar Realiti Ulat Buku
oleh: Mohd Fadzil Yusof
sempena Hari Buku Sedunia

Masih kurang agaknya keghairahan masyarakat kita terhadap buku. Ini dapat dilihat daripada kajian-kajian tertentu pada suatu masa dahulu yang menunjukkan tahap membaca di kalangan masyarakat kita masih belum membanggakan.
Daripada Laporan Kualiti Hidup Malaysia 2002 yang diterbitkan oleh Unit Perancang Ekonomi, kadar literasi sehingga tahun 2002 adalah sebanyak 93.8%. Menurut kajian tersebut, rakyat Malaysia membaca secara purata dua (2) buah buku setahun. Mengapa ia masih berlaku?. Jawapan terhadap persoalan ini kadang-kala boleh dirujuk kepada setiap individu.
Sebenarnya belum cukup matang apabila kita berbicara tentang masyarakat yang berilmu dan ulul albab apabila minat terhadap ilmu dan membaca belum menjadi budaya. Untuk melihat sesebuah negara yang maju, minat membaca harus ada pada setiap individu masyarakat. Tidak kira atas golongan mana dan peringkat usia mana?.
Rata-rata negara maju bangga dengan masyarakat mereka yang gemarkan membaca. Ia seperti suatu budaya yang paling indah bagi bangsa menghargai peluang masa dalam era globalisasi kini.
Dorongan membaca pula pula lahir secara tidak sengaja tetapi melalui keluarga, sekolah, kawan-kawan dan masyarakat. Semua peringkat saling mendorong untuk menwujudkan masyarakat yang berinformatif dan sukam berkongsi ilmu dan buku.
Lantaran hari ini rancangan realiti sudah menjadi suatu pattern yang dikatakan rancangan bercorak hiburan yang antara paling diminati dan ditontoni, penulis terfikir bahawa tentu ada jalan yang dapat mendekatkan masyarakat kepada dunia buku.
Melihat kepada tanggungjawab sosial media massa, mengapa tidak media massa umpamanya televisyen mewujudkan beberapa rancangan khas untuk membicarakan dunia buku. Maka sokongan daripada setiap pihak akan mempercepatkan malah menghangatkan budaya yang positif ini dalam masyarakat.
Daripada apa diperhatikan oleh penulis bahawa kempen secara manual mungkin terdiri daripada iklan-iklan, jualan buku murah, kempen membaca dan sebagainya tampak belum benar-benar dihayati. Kadang-kala ia seperti sambutan yang kurang menggalakkan. Akhirnya tiba pada satu keadaan kempen yang diadakan hanyalah program tahunan yang diadakan demi memenuhi takwim tahunan.
Oleh yang demikian kempen sedemikian sebenarnya belum memadai untuk mengajak masyarakat memahami budaya membaca sedalamnya. Malah boleh dirumus dengan sebuah situasi berikut; sekiranya ditanya secara rambang seorang remaja yang bersiar-siar di kompleks membeli-belah atau KLCC berapa buah bukukah yang dibacanya bagi tahun lepas, jawapannya seolah telah dijangka.
Dengan membudayakan membaca, masyarakat tidak lagi gusar dengan mana-mana seruan kerajaan atau gagasan yang disebarluaskan. Pelbagai gagasan yang wujud akhir-akhir dan hampir kesemuanya menghalatuju ke arah wawasan negara maju.
Bibit-bibit kemajuan telah dilihat daripada secara material iaitu wujudnya Koridor Raya Multimedia, KLIA, KLCC dan pelbagai projek mega kerajaan yang mana menmberi erti kepada kemajuan negara yang bakal dikecapi.
Namun ia tidak akan dicapai dengan tuntas kerana elemen budaya masyarakatnya juga salah ciri sebuah negara maju. Maka perubahan pemikiran bangsa dan masyarakat mesti setara dengan nilai kemajuan yang dihasratkan.
Bagaimanapun jika kemajuan itu hanya dilaksanakan pada satu bahagian dan tidak pada bahagian yang lain, maka di sinilah kelemahan disoroti dengan serius. Maka jika masyarakat belum memiliki budaya membaca, maka kemungkinan ia tampak tidak sehaluan dengan gagasan yang sekarang ini selalu disebut-sebut pemimpin.
Kita teringat bahawa membudayakan sesuatu bermula daripada sikap meneladani atau mencontohi mereka yang mempunyai sikap atau nilai murni itu. maka dengan menwujudkan contoh dan role model ulat buku kepada masyarakat khasnya remaja hari ini boleh saja diadakan sebagai cara untuk meramaikan golongan membaca sekaligus mengalakkan minat membaca dari segenap peringkat.
Suatu yang boleh dilakukan secara kerjasama antara pihak yang bertanggungjawab dengan agensi swasta adalah merancang atau menaja rancangan-rancangan berbentuk intelektual tetapi mempunyai nilai komersialnya. Tambahan pula penonton televisyen hari ini menerima konsep rancangan realiti yang dipinjam dan diolah menjadi pelbagai rancangan khususnya dipraktikkan kepada rancangan berfokuskan hiburan maka untuk tujuan mendekatkan masyarakat khususnya kepada dunia membaca dan buku mungkin boleh diwujudkan program realiti seperti itu tetapi menggunakan tema membaca buku.
Program yang berbentuk memperkenalkan dunia membaca kepada remaja dari setiap segi perbicaraan, topik dan perkara yang berkaitan dengan buku. Jika seni menyanyi dan menghibur boleh dijual melalui televisyen dan sebagainya mengapa kita tidak berani meletakkan rancangan yang baharu dan manafaat untuk masyarakat kita iaitu rancangan berkaitan dengan seni membaca dan membudayakan ilmu dalam kehidupan?.
Bagaimana jika rancanagn itu memaparkan kehidupan seorang peminat buku atau seorang yang selalu membeli buku, remaja barangkali dan ia mempunyai perlbagai persepsi tentang dunia membaca dan bidang-bidang lain, tentulah rancangan banyak mendorong yang lain untuk menerima membaca buku satu amalan aktif yang bermanafaat.
Mempopularkan gaya hidup membaca salah satu yang barangkali mustahil untuk dibuat secara pantas, tetapi dengan adanya teknologi dan kreativiti manusia abad ke-21 perkara-perkara yang dilihat mustahil tidak terlalu sukar untuk dibuat.
Sebuah program yang jika dahulu untuk masyarakat tertentu sahaja iaitu mereka yang selalu berkunjung ke perpustakaan dan berulang-alik daripada kedai-kedai buku, barangkali dengan usaha yang serius boleh juga dibangunkan sebauh masyarakat yang amat dekat dengan buku.
Maka program berbentuk popular dan santai sebaiknya diadakan bagi menarik minat remaja dan golongan kurang membaca bagi mendekati dunia membaca secara akrab.
Mungkin pelbagai bentuk dan pendekatan boleh dirancang untuk mewujudkan rancangan realiti sedemikian menarik kerana buku bukan hanya berbicara berkaitan tentang sesuatu yang serius kerana ia telah terbukti mempunyai sejarah yang panjang dan menyumbang pelbagai bidang yang berkaitan.
Secara tidak lansung juga rancangan tersebut bakal memperkenalkan kedai-kedai buku di negara, jenis-jenis buku, peminat-peminat dan pengumpul-pengumpul besar supaya dapat dicontohi.
Mengapa kita meneruskan rancangan realiti yang semata-mata berpusing dalam lingkungan yang sama iaitu hiburan. Padahal hiburan minda juga perlu dijadikan bahan untuk menarik penonton.
Sekiranya perkara ini dapat dilaksanakan tidak mustahil kedai-kedai buku di negara makin bertambah dan kadar penerbitan buku dalam setahun barangkali meningkat berganda. Kita juga mungkin tidak risau risiko untuk menerbitkan atau menjual buku-buku dalam pasaran.
Tidak mustahil paradiqma boleh dianjakkan menjadi lebih bermakna dengan rancangan realiti buku yang tidak mustahil diadakan. Tentu saja masyarakat akan bertemu di kaca televisyen di mana remaja tertentu memang memiliki minat dan keghairahan terhadap dunia buku yang cukup luas pengetahuannya tentang buku. Teringat kata seorang pensyarah, yang dikira kuat pada masa akan datang adalah mereka yang memiliki informasi, bukan persenjataan.
Kerajaan telah menegaskan betapa program yang dirancang adalah untuk menghalatuju ke arah minda pertama. Lalu dengan mengalakkan membaca buku boleh membantu untuk merealisasikan hasrat kerajaan.
Hanya mungkin soal membudayakan?. Ini harus diusahakan dengan serius dan terancang. Maka di Malaysia pada suatu masa nanti mungkin remajanya akan mengenali novelis William Faulkner lebih daripada Maradonna, pemikir Ali Syariati berbanding pelakon Julia Robert.
Barangkali, kita dapat melihat karya-karya tempatan akan lebih banyak di pasaran dan lahir juag masyarakat yang menghargai pemikiran dan kreativiti. Maka bertolak daripada pemikiran dan kreativiti manusia boleh membayangkan apa-apa yang boleh dicipta pada masa akan datang.
Secara tidak lansung tanggapan dunia buku untuk golongan tertentu dan membaca adalah aktiviti yang mejemukan boleh saja dikikis dengan mudah lantaran buku adalah sumber ilmu yang mudah untuk didapati sekarang ini. Maka apa saja yang kita ada boleh dimanafaat ke arah mencipta generasi yang berilmu, berminda pertama dan mampu menangani perubahan yang ada. Tidak mustahil program ini boleh menarik peminat-peminat Gang Starz, Malaysia Idol, Akademi Fantasia dan sebagainya untuk menghayati dunia buku yang berseni. Mengapa tidak kita mencubanya?.

12.4.07
Tuntutan Pendidikan Semasa.

Filem terakhir Akira Kurosawa judulnya Madadayo mengungkapkan sepotong dialog melalui watak utamanya Prof Hyakken, (jika saya tidak tersilap ingatan saya) katanya
‘menjadi guru merupakan profesional yang diharapkan mencapai dua matlamat sekaligus namun kedua-dua tidak akan dicapai pada akhirnya.’ Saya kira ungkapan ini memberikan beberapa erti pada saya.
Sebenarnya kata-kata ‘perasaan tidak boleh diikut sangat, nanti binasa badan’ juga boleh dikaitkan. Tapi dalam hal yang saya alami ini mungkin serba-sedikit tidak berkaitan dengan perasaan. Sebab ada munasabah dan rasionaliti pada apa yang saya sedang fikirkan.
Kalau kita meminta menjadi seorang guru, perkaranya bukan kecil pada konteks hari ini kerana cabaran yang dihadapi bukan kecil. Ramai yang akan merasainya apabila benar-benar dijadikan guru.
Saya dapat rasakan betapa beratnya tugas sebagai guru pada hari. Saya dapat lihat apa yang dialami oleh guru-guru yang bertugas di sekolah beberapa tahun dan belum mendapat ijazah sarjana muda, terkial-kial dengan kursus-kursus untuk dihadiri yang diwajibkan oleh kerajaan dan sekolah.
Manakala cara seorang guru dilatih oleh maktab (sekarang dinaiktaraf menjadi institut perguruan) dan kerja merekrut guru dapat dilihat amat kelam-kabut berbanding dahulu.
Kalau dahulu dunia pendidikan adalah dunia profesional yang lumayan dari segi kepuasan bekerja dan segala-galanya. Tetapi hari ini guru yang mengajar di sekolah umpamanya tidak merasai kepuasan bekerja malah hanya kepenatan dan kepeningan melayan kerenah-kerenah pelbagai pihak. Walhal pendidikan bukan sabuah instituisi yang baru ditubuhkan atau tidak mempunyai kemudahan fizikal yang ada.
Secara amnya pendidikan negara agak meleset berbanding dahulu. Saya kata ini mungkin bertolak dari pada pendapat peribadi kerana hari ini masalah yang dihadapi bukan lagi masalah buta huruf, peratus kemiskinan yang tinggi, masalah ekonomi yang menyebabkan cara hidup masyarakat kucar-kacir atau sebagainya tetapi disebabkan kerana bentuk pendidikan yang diwujudkan, diperkenalkan dan diberi penekanan adalah jauh lebih menyerabutkan berbanding dahulu.
Walaupun hakikatnya pendidikan diletakkan di bawah sebuah kementerian kerajaan namun apabila timbul isu yang berkaitan pendidikan haruslah dilihat secara global, adil, matang dan holistik. Dari pengamatan saya dalam tempoh terlalu pendek dalam pendidikan, terdapat banyak yang kelemahan yang seharusnya ditampung dan diperbetulkan, khusus kurikulam yang sesuai dengan zaman dan tuntutan generasi hari ini.
Jika dikatakan dari segi semua tuntutan yang patut diberikan dan diwujudkan untuk para pelajar hari ini saya tidak menafikan pula kesungguhan kerajaan memperuntukkan sejumlah wang yang besar untuk kemudahan belajar seperti perkakas ICT dan sebagainya.
Kemudahan fizikal ini sememangnya diperlukan bagi membantu ke arah melahirkan pelajar yang cerdik dalam bidang mereka. Tetapi adakah apa yang sedia ada pada hari, (saya merujuk kepada kurikulum, pendekatan belajar, objektif dan sebagainya) sudahkah dikemaskini dan dirapikan untuk disesuaikan dengan zaman ini.
Agaknya jika dikekalkan dengan kurikulum yang sedia ada seperti hari ini, maka pada masa akan datang setiap murid yang bandar mungkin tidak menghadapi masalah untk mendapat segulung ijazah. Walhal memang hari inipun sudah berlaku kebanjiran graduan menganggur dan sebagainya.
Masalah tidak akan selesai apabial sesuatu subjek ditambah akibat kurang berkesan contohnya, atau sesuatu pelajaran diubah penghantar bahasanya, kerana isu pendidikan hari ini bukan bertolak daripada permasalahan kecil seperti yang ditanggap pada hari ini. Bukan masalah tidak menggusai bahasa Inggeris atau tidak menguasai ICT tetapi para pelajar tidak mempunyai jati diri, pemikiran yang kritikal, tidak berbudaya dan sebagainya.
Murid atau pelajar yang dilahirkan kebanyakkannya terdiri daripada murid atau pelajar yang kuat menghafal, mengingat bulat-bulat isi buku teks dan jawapan-jawapan berpadanan dengan soalan yang diberikan. Tidak hairan begitu banyak keluhan dan kritikan daripada sarjana-sarjana kita sendiri berkaitan dengan system berorientasi peperiksaan.
Dari segi lain pula, memang orientasi peperiksaan ini sudah tidak boleh digunakan lagi kerana ramai bilangan murid yang lemah tetapi mempunyai potensi di bidang yang lain akan tercicir lantaran mendapat markah yang tidak memenuhi syarat atau ketetapan yang diperlukan.
Masalah lain timbul apabila keciciran ini tidak ditanggani dengan baik. Hasilnya jika tiada system yang baik atau sesuai dibuat maka wujudnya gejala negative daripada kumpulan ini. Mereka akan keluar sekolah dengan tidak mempunyai banyak pilihan berbanding kawan yang lain. Maka kawasan yang paling selamat, difikirkan untuk membebaskan diri daripada masalah-masalah ini wujudnya mat rempit dan sebagainya.
Antara lain dikaitkan dengan peperiksaan, seolah telah mewujudkan kasta dalam dunia pendidikan atau kejayaan padahal kejayaan tidak sepenuhnya dilihat semata-mata dari aspek ‘markah yang tinggi’ atau ‘jumlah A yang banyak’. Budaya ini sudah tidak berkesan dan tidak menyumbang ke arah negara bangsa yang maju dan disegani.
Bertolak daripada diri murid dan mengenal potensi diri mereka, pendidikan mengarap, mencantikan apa yang telah ada, mendorong minat dan menyuburkan cita-cita. Kemungkinan salah satu faktor wujud, silap memilih kursus di universiti atau mengisi borang masuk universiti (seperti dinyatakan seorang pemimpin bahawa antara sebab graduan menganggur) adalah kerana tidak adanya atau kurang penekanan tentang ini iaitu penekanan potensi pelajar.
Apabila ada beberapa sarjana yang memberikan pandangan bahawa pendidikan mestilah dibuat untuk mengarap, mengilap bakat dan potensi murid maka seharus ada cara dan pendekatan yang sesuai digunakan.
Perkara lain timbul apabila pendidikan hari ini seumpama ubat dari farmasi yang tidak dapat memberikan keberkesanan kepada penyakit pesakit. Seruapa juag apabila kita melihat bagaimana generasi muda hari yang melalui alam persekoplahan mereka dengan gembira tetapi di sana bakal ada maslaah yang dihadapi menjelang mereka dewasa.
Pendidikan yang tidak setara dengan zaman dan tidak membantu ke arah pembinaan peribadi menjadi maslaah utama yang dihadapi.
Sebenarnya tidak ada salah atau forum hangat menunding jari salah siapa, tetapi bentuk pendidikan bagaimana yang wajar untuk diwujudkan. Tentulah pendidikan yang meliputi segenap aspek kemanusiaan dan dilaksanakan untuk semua. Dan tiap murid atau pelajar manusia mempunyai potensi yang berbeza-beza. Mengapa tiada usaha untuk menekankan potensi setiap murid dan bukan untuk mencari kalangan yang terbaik.
Kerana ghairahnya mencari pelajar yang terbaik dan sebagainya maka wujud juga disamping itu murid yang tercicir dan tidak dapat membina dirinya untuk masa akan datang padahl pendidikanlah yang membela seseorang daripada maslaah-masalah sedemikian.
Masalah lain juga adalah penyediaan guru yang berkemampuan untuk menyediakan murid yang akan menjadi modal insan untuk negara. Namun timbul juga tanda tanya apabila guru dibebani dengan tugas-tugas yang memberi kesan kepada pengajaran. Timbul juga keserasian yang wujud antara perancangan pihak berkaitan dengan pendidikan dengan guru juga salah satu punca menyebabkan terdapat masalah timbul di antara kehendak pendidikan dengan kenyataan yang berlaku terkadang dilihat saling berlawan.
Masalah birokrasi dalam pendidikan juag wujud menyebabkan masalah yang boleh selesaikan dengan cara pantas tetapi tidak diselesaikan dengan masa yang difikirkan sepatutnya.
Apa yang dilakukan adalah menggubah cara berfikir, mind set, pendekatan dan mengadakan banyak perbicangan yang khusus dengan para sarjana berkaiatan dengan tuntutan pendidikan pada hari ini.
Sememangnya pendidikan negara telah banyak menyumbangkan kejayaan yang tinggi melahirkan ramai pemimpin yang berkaliber, pegawai kerajaan yang amanah, pemikir yang berani, ahli perniagaan yang berjaya, buruh yang berdedikasi dan sebagainya tetapi masalah mengubah dan memperbaharui system yang agak lama untuk dipertingkat menjadi lebih baik dan berkualiti tidak dilaksanakan sepenuhnya.
Sesunggunya pendidikan hari ini masalahnya bukan sepenuh berkaiatn dengan keperluan fizikalnya yang kerap kali disebut, tetapi anatara lain yang sama penting adalah kandungan pendidikan atau isi yang tidak dicorakkan sebaiknya. Semoga adanya Pelan Induk Pendidikan PPIP.
Semua ini mungkin terlalu subjektif tapi dengan pandangan ini mungkin akan membawa reaksi dan pandangan yang lebih tulus lagi membina.
Langgan:
Catatan (Atom)