26.11.07

MALU



Malu bertanya sesat jalan
Malu makan minum lapar perut
Malu bersembang berborak terasing rakan
Malu berkenal orang jadi kera sumbang
Malu bertindak betul kelak rugi natijahnya

Malu tidak kena tempat akan menyusahkan diri
Malu salah tempat dipandang hipokrit atau sengaja menebalkan
keegoan sendiri

Sekarang yang dikatakan ceria berubah jadi membosankan
Malu menyukarkan pendirianmu sendiri
Falsafah songsong yang ditatang mengundang kesempitan
Hanya bergerak ke depan ke belakang ke kiri dan kanan

Dalam majlis itu aku hanya malukan diriku sendiri
Mengongkong fikiran, pandangan dan kejujuran
Bukan dalam ajaran orang bijaksana jika terus kau berdiri
Dengan kaku di tangan dan kaki atas lantai bumi Tuhan ini
Kau merdeka dengan tidak malu mengungkap peta madah

Malu bisa dihukum dengan ejekan seorang kanak-kanak
terhadap seorang dewasa fizikal biarpun terlalu bodoh mengenal pertimbangan. Mana falsafah hidup yang teratur
disusun daripada hujan gerimis, waktu yang kerap berubah rasa dan
dunia bulat terhampar dipenuhi hikmah wajar digeser muhasabah.
Tetap malu dan kalah kerana hanya pandai mencipta kedewasaan dengan watak lakonan. Ini bukan pentas orang-orang suka mengilap bakat egomu.

Malu membuatku gelisah kerana kemaluan ini membunuh identiti sebenar
Kalimat jujur dikemam bagai menyimpan rahsia seorang pembunuh
Teralpa bahawa diperhatikan segenap dunia, setidak-tidak malaikat
Di kanan dan kiri, maka apa yang dimalukan dengan wujud
Diri yang serba sederhana ini, dirimu itu dirimu
Tidak perlu bimbangkan hari yang tersilap atau kesilapanmu memperkatakan
tentang sesuatu sebab kita tidak dilahirkan dalam serba tahu atau penuh alim.

21.11.07

Drama Bersiri dan filem Hwang Jin-i







Hwang Jini merupakan salah satu drama yang sekarang asyik saya menontonnnya jika berkesempatan. Ia merupakan drama atau filem yang diadapatasi daripada cerita benar atau lagenda kisaeng Korea. Dari apa yang saya ikuti, ia drama yang menarik untuk diikuti. Selain cerita yang menarik bahasa yang digunakan juga ternyata mempunyai nilainya.

20.11.07

Zinedine Zidane : YANG TIDAK DILUPAKAN



1

2

16.11.07

buku sederhana cuma

8.11.07

Orang Tanya Aku






orang sering bertanyaku
kereta jenis apa yang akan kubeli pakai nanti
orang sering bertanyaku
macam mana rupa isteriku yang bakal kunikahi
orang sering bertanya padaku
buku apa yang aku sering baca dan berapa banyak bilangannya setahun
orang sering bertanyakan
taman yang bagaimana yang akan kudirikan sebelum meninggal dunia....

6.11.07

angkasawan



Alam cakrawala atau alama semesta atau dengan apa-apa panggilanpun merupakan satu daripada tanda kebesaran Yang Maha Pencipta. Tidak adil kiranya bila kira berbicara tentang kejayaan kita menghantar seorang angkasawan, di antara yang terawal di Asia- tanpa mengingati persoalan penting ini. Mungkin kita telah mendahuluinya, tetapi banyak tuntutan-tuntutan lain yang sedang menunggu dan bersedia, nyata ia lebih daripada pergi dan pulang dari angkasa dan terpapar ceritanya, yang terapung atau tidak di kaca tivi.

sebuah sajak yang berkaitan
Selamat pulang angkasawan negara

Tidak pula menjalar impian dari dahulu
Dari era penjajahan sampai ke saat merdeka
Untuk terapung di angkasa dengan misi bangsa nan bermakna

Tidak pula tercita suatu masa nanti di dunia ini
Menoleh kepada Melayu kerana kelembutan budi
Kesungguhan azam dan kemahuan diri
Mampu melakar sejarah baharu untuk melepasi lapisan atmosfera

Maka tiada yang mustahil setelah semuanya nyata
Debu angkasa yang menyaksikan manusia dari nusantara ini
Menyampaikan salam keamanan dan kesyukuran
Terhadap Tuhan yang menciptakan tanah dan air
matahari, planet, bintang dan ruang angkasa.

Ini satu tekad yang mengubah masa depan kita kemudiannya
Dengan satu permulaan matang di 50 tahun usia
Mendengar suara anak Malaysia di atas angkasa
Fasih mengungkap kelansungan akal peradaban insan
Yang mencari dan meneroka khazanah Penciptanya

Kita kita tidak peduli dengan apa bicara
yang bisa melemahkan, setelah di hadapan kita hakikat
dan pembuktian. Ia bukan kebetulan dan retorik pujangga
yang mendustai laluan kebangkitan ini, kembalilah sang angkasawan
dengan mandiri dan keyakinanmu
berikan anak-anak itu nanti bunga-bunga inspirasi
dari wawasan cakrawala.