
Sebelum subuh hilang dan seepisod tentang dirimu datang
Bersedia dengan selimut nyaman mengganti hari yang panjang
dialognya tidak tersusun dan belum petah berbicara tentang nasib
Sebelum pagi hilang dengan semua kesepian kesucian
Asap mengelilingi jalan dan lokasi tempat berdirimu
sambil mempersoalkan semua kenderaan itu mengejar kepastian
tapi tidak kabur apa selepas dan kesudahannya
Sebelum tengahari panas menyengat kulit
Menjentik ucapan-ucapan kurang sopan dan tidak banyak kata-kata syukur
lafaz hanya dari peluh menuntut keperluan asas manusiawi
antara makan, minum dan tempat berteduh
bila sampai azan menyeru masing-masing dalam poket kosong
mencari sesuatu yang lebih berharga.