18.1.08

sajak:gadis kedai buku



seorang gadis berdiri di kedai buku
menyusun buku-buku di rak-rak
kupandang buku ku pandang dia
kurasa hanya degup cintanya rahsia

kepada buku-buku di rak-rak
dia seorang penyusun yang setia
seorang pengatur cintanya yang bijaksana

di rak buku ketemui mataku lurus
membaca wajahnya yang jernih dan gembira
di rak buku ku temui diriku mula menyusunnya
dari abjad yang terpilih mengikut rasa.

dia mengaturku hingga ada namaku di sebuah buku
walau pengarangnya bukan aku
lebih dari sebaris buku-buku dari pengarang-pengarang punya nama
sebuah buku yang kubaca seorang
di sudut sepi bersama cintanya
dia senyum kepadaku setelah menyusun buku-buku
entah di mana-mana rak

ku sebut perkataan demi perkataan
sampai terdengar penyusun buku yang lain
dia melihatku cemburu demi cemburu
maka dirampas dari tanganku semua buku.

dari itu kumenyesal
dia kembali seperti dulu
hanya penyusun buku-buku tanpa nama pengarang
dia tidak menghiraukanku lagi
tanpa membilang hari-hari dulu
aku jua sekadar seorang pembaca setia buku-buku.

13.1.08

novel Impian Palestin




Sebuah novel remaja berkaitan Palestin. Penulisnya menulis novel Dreaming Of Palestine (diterjemahkan ke Bahasa Melayu Impian Palestin)pada usia 15 tahun. Saya telah membacanya sebahagian daripadanya. Harganya RM14.90 dan diterbitkan oleh Al-Risalah Product Sdn Bhd.
Sebuah buku yang menarik dan memberi kita gambaran tentang penderitaan rakyat Palestin. Walaupun buku ini bukan ditulis oleh rakyat Palestin (Randa Ghazy berasal dari Itali dan ayahnya merupakan Arab Mesir) tetapi kerana keprihatinan Randa Ghazy terhadap persoalan Palestin sangat menyentuh dirinya untuk menulis novel ini. Saudara atau saudari boleh membaca ulasan buku ini pada http://pengulasbuku.blogspot.com/2007/09/impian-palestin.html

10.1.08

baru separuh siap

baru separuh ?

Tidurlah di atas tilam mimpi
Lelapkan hari ini dan hujungnya yang berbaki
Bisikkan pada harapan esok yang pendiam
Tidurlah di atas tilam nyata
Dengan kosong di kepala
Apa khabar orang jauh ?
Nanti kita bertemu di ruang makan
Berbincang soal semalam yang mendebarkan
Yang tiada mukadimah dan rumusan
Ku hantarkan lilin ke tengah gelap pandangan malam
Yang lahirnya satu
Bacalah surah-surah yang terpilih
Khusus mengemaskan hujung malam
Tidurlah dengan kegembiraan
Bintangmu meniti

1.1.08

tahun baharu dan persediaan ke sekolah



Seronok kalau dapat ke sekolah. Fikiran ini banrangkali ada pada anak-anak kita yang sentiasa menunggu saat ke sekolah. Mereka cukup gembira dapat berjumpa kawan mereka. Anak-anak yang baru pertama kali ke sekolah tentu tidak terasa atau kurang merasainya kerana pertama kali ke sekolah. Semua anak-anak harus diberikan pendidikan yang wajar. Namun bila baru-baru ini saya di sekolah, sesetengah ibubapa merungut sedikit tentang harga bayar pendaftaran sekolah dan buku-buku untuk anak anak mereka. Ternyata harganya telah sedikit berbeza daripada dahulu. Realiti ini terpaksa dihadapi oleh sekian ibubapa yang menghantar anak mereka ke sekolah.
Rupanya penutu[an tahun 2008 ini sedikit memilukan sebab sebuah negara Asia iaitu Pakistan dalam kejutan dengan pembunuhan Benazir Bhutto dengan cara yang amat kejam. Maka berpusing-pusisng puing kesan daripada tragedi yang menyayat hati itu. Hanya Tuahn yang tahu betapa dasyatnya keadaan di PAkistan sana.