



saya tengok tv dan agak jarang menontonnya disebabkan tv di rumah belum waras. siaran tv di rumah sewa saya itu entah apa masalahnya. masalah ariel ke apa ke sayapun tidak pasti dan memang tidak cukup waktu untuk mencari kepastiannya. sayapun jadi macam sedikit terpinggir daripada dunia realiti. saya beli akhbar dan paling mudah mendengar radio tapi akhirnya macam banyak kata orang, yang media telahpun menganehkan segala wajahnya.
ya baru saya faham rupanya kita hendak pilhanaraya. tapi bukan sebab tidak perihatin tapi sebab lain-lain. otak saya kurang menumpukannya bila ia makin dekat. hanya beberapa hari lagi. amakin hampir ia makin hodoh wajahnya. media seperti virus dalam dunia hiburan kita di tv dan dunia wayang khususnya cerita hantu. rupanya cerita hantu dah pelbagai persepsi dari sudut mata orang. ada yang melihat hantu sebegini rupa dan ada yang melihat jembalang lain pula ada yang memandang pontianak harum sundal malam. ya gelarannya juga berubah-ubah.
sudah tentu pilihanraya tidak sama dengan fenomena cerita fiksyen hanyatu dalam alam maya ini. dunia yang direka dan disangkutkan kepada popular. ternyata dulu hantu hanya dalam cerita malam jumaat, kemudian hari lain. sekarang berada di kaca televisyen. saya terpandang masa makan nasi goreng di salah sebuah restoran di teluk intan ini, ada cerita baru tentang hantu atau suku sakatnya juga la, iaitu saka.
ingat saya tidak menonton tv sekian lama. sebaik sahaja areal tv saya kurang berfungsi dengan waras maka saya banyak bahan daripada suratkhabar. saya semahunya mengikuti semua berita sepanjang pilihanraya tapi muka dan rupa akhbar kita telah dirasuk populariti pilihanraya, maka pilihanraya dan cerita fiksyen hantu sama tanding. tidak berlawan antara satu sama lain tapi saling berganding, menjadi orang nombor satu di ketika kita berkerajaankan smeentara.
cerita hantupun merebak dan meruak ke tiap daerah. satu perkara yang saya tidak pasti adakah hantu-hantu itu bangun dari kubur atau bergerombolan datang atau dibawa ke kampung ke desa?. apapun hantu itu telah sedia ada dalam media dan tomtonan kita macam cerita saka atau anak pontianak itulah!.
saya tidak pasti banyak perkara kerana antara kegemaran saya menguji satu hipotesis. sekarang hipotesis ketika menaip ini adalah pilihanraya kita rasanya begitu kaku. ya, yang keluar kempen suruh mengundi. tapi jarang kita faham mengundi itu berkaitan dengan memilih, demokrasi, kebebasan bersuara dan lain-lain lagi. malangnya ia tidak lengkap selengkap baris kata-kata yang sama makna dengan undi itu. jadi perkataan-perkataan lain wujud dengan sendirinya mengurangkan atau mencacatkan pandangan lahir sebuah maksud undi.
saya bersyuku r mengundi di bumi nyata bukan mengundi hantu atau hantu bangkit atau keluar dari tv dan mengundi atau meminta diundi. tidak, tidak ia tidak berlaku di sini. kami menjaga maksud demokrasi ya hak bersuara, memeberi pandangan, hak memilih pemimpin dan macam-macam lagi. bebas.....perkataan sangat berkeramat.
semacama sumpahan. lagu baru yang merdu saya kira dengan bahasa melayu iaitu lagu imran ajmain, seribu tahun lagi. puitis juga, tapi lagu itu mengingatkan saya kepada sajak chairil anwar iaitu aku. tajuk asalnya apa ke. ....saya perturunkan sajaknya;
AKU
Kalau sampai waktuku
'Ku mau tak seorang kan merayu
Tidak juga kau
Tak perlu sedu sedan itu
Aku ini binatang jalang
Dari kumpulannya terbuang
Biar peluru menembus kulitku
Aku tetap meradang menerjang
Luka dan bisa kubawa berlari
Berlari
Hingga hilang pedih peri
Dan aku akan lebih tidak perduli
Aku mau hidup seribu tahun lagi
Maret 1943 ramai pengkaji sastera dan pengkritik menyatakan begitu berharga sajak ini kerana mengunkap erti kebebasan yang lebih nyata. chairil terkenal dnegan karya-karyanya yang melawan arus zamannnya, yang mana amat terikat dengan langgam atau cara atau resam sastera lama. maka chairil semacam menyalin baju kepada sastera atau puisi indonesia, iaitu satu tanggapan ringkasnya dan tanggapan lain menyatakan betapa chairil anwar mahu mengunkap tentang kebebsan itu tidak lagi di dalam kota yang bertembok tinggi atau dipenjara tetapi lebih luas, melangkaui batas dunia, seakan mahu terbang dan berdiri di angkasa raya. penyair atau penulis bisa menyatakan ini kerana mereka empunya ideqa dan gagasan aneh itu. walau dipandang aneh tapi karya chairl anwar kemudiannya dinilai denga penilaian yang amat tinggi kerana kebebasan jati yang dimaksudkan dalam hidup lewat karyanya.
saya tidak kata kebebasa yang melanggar budi dan budaya tetapi kebebasan berfikir yang matang tanpa ada sekatan atau sebagainya. perlu disekat jika dikenalpasti membaca banyak mudarat tetapi di sana ada batasan yang saya kira laus kerana otak manusia menyimpan bukan saja fakta malah ilmu dan penilaiannya. otak jika tidak untuk menilai untuk dijadikan masakan barangkali...tidak otak untuk berfikir ...
maka tidak ada lansung hujah diterima bila dilontarkan dengan tanpa bukti. jiak bukti jelas memperlihatkan ketempangan sesebuah sistem mengapa ada sikap mendiamkan diri dalam botol kaca di dalamnya ada jin. hah berkaitan hantu lagi..........
saya dah penat menulis dan menekan beutang kecil ini....
tapi kesimpulannya terserah kepad saudara. saudara fikirlah babak seterusnya berkiatan dan hantu dan politik ini....ya menarik.