26.4.08
25.4.08
sajak Di Kelas Yang Kosong

Seorangpun tiada
rehat di kantin
Aku termanggu
di meja satu
keusangan
menulis sajak
hari ini.
Yang katanya kosong
Isinya ganjil
Ditenung dari tingkap
Rupa-rupanya
kalimat orang sunyi.
Sunyi yang tercampak
di kaki koridor
sebelum diinjak
murid yang berlari
tanpa belas kasihan.
15.4.08
Buah oren dari Nablus

Rasa sebiji oren yang manis masam
Dijual di kedai-kedai buah-buahan
Tapi kali ini biarlah ku beli buah oren dari Nablus
Mahmud Darwish selalu menyebut-yebut ‘oren’ dalam puisinya.
Kepingin untuk ke sana di tanah air yang kering
Tapi mempunyai tanah yang subur untuk tanaman oren
Yang berwarna keorenan…rasanya enak sekali
Benarkah buminya juga seenak buahnya
Tiap buah oren yang dijual akan memberikan keuntungan
Keuntungan di Nablus tidak tergambarkan
Dengan duit yang didapati dari penjualan oren itu
Kerana bom dan senjata selalu memamah bumi oren itu
Warna keorenan berubah menjadi kemerahan.
Seperti warna pekat sirih yang dikunyah gigi.
Yang melekat di dinding atau batu runtuhan bangunan
aku tidak temui orennya di sini wahai pujangga Palestin
tidak tahu menahu bahawa kamu berbicara
tentang dunia yang telah dirampas segala keenakkan
dan keceriaannya
Bukan sahaja buah orennya yang enak dan berkhasiat itu
menyaksikan si Yahudi menjarah manusia di sini
malah memakan buah oren yang merah seperti
menikmati hidangan hati manusia
tiada kegembiraan, senyum dan kebebasan.
kini buah oren tiada rasa manis dan masam kerana Palestin
jua kerana puisi Mahmud Darwish.
10.4.08
Tentang Sufiah (3)

Keliru. Dia termanggu sendirian melihat dirinya. Tingkap membuka pandangan ke pemandangan yang agak terbatas. Penglihatan manusia ini membatasi kemampuannya. Di sebalik pemandangan yang indah itu tidak mampu menangkap kebenaran atau kepalsuan di dalamnya. Maka mata manusia memang terbatas. Akal manusia juga terbatas pada had tertentu. Dia belum mengerti sepenuhnya.
Bergolak. Daripada bangunan pencakar langit yang itu benarkah semua itu mengambarkan kesenangan yang dicari. Jatuh bangun sebuah bangsa bermula daripada satu titik yang amat asing. Titik mengambil masa yang panjang untuk berkembang. Di kalangan pengkaji mengatakan ia adalah tamadun.
Akal. Satu cetusan yang mengubah keadaan manusia dari titik yang asing itu, menyambungkan ke sekian titik-titk lain mengariskan tamadun di atas bumi luas ini. Tapi sebahagiannya telah mati menjadi sejarah. Dan di situlah sebenarnya pencarian manusia dan cabarannya dalam menghadapi kompleksiti hidup. Semua itu bercitrakan kerencaman manusia dalam kepelbagaian budaya. Daripada itu berbenihlah budaya yang disimbolkan melalui materialistik. Tapi Sufiah barangkali tidak dapat menangkap idea itu malah dia sendiri sedang terkaku dengan keputusanya.
Pasrah yang ketentuan. Tidak ada ketentuanya jika sesuatu itu hanya berdasarkan nilai logik manusia. Semata-mata memandang semua perkara daripada satu bulatan tepat. Sufiah sudah memilih untuk berada di dunia seperti ini. Inilah kemampuan yang dia ada. Tapi tidakkkah Sufiah tahu dunia ini masih banyak lagi pilihannya.
Perlukah Sufiah memilih dunia yang materialistik yang dianggap satu unsur tamadun yang penting. Sudah banyak kali Sufiah terasing dan kali ini Sufah harus hadapi dunia yang penuh rencam ini.
Janganlah kerana seperkara, Sufiah terus kecewa dan membalasnya dengan cara yang tidak lansung membantu diri.
Sufiah barangkali terlalu asyik dengan remaja. Dunia remaja masih dalam khalayan dan fantasi. Atau barangkali fun itu juga asal kata fantasi. Dia tidak pasti tapi remaja harus menguji ruang makmal ini, ya bagi mereka yang berani menghadapinya, sufiah nmahukan cabaran dan pengalaman. Apa jenis cabaran bukan masalah beasar tapi Sufiah melihat dunia ini luar daripada kepompong yang dia pernah berada. Dunia ini rupanya begitu besar dan menguji manusia. Dunia memberi peluang seluas-luas mungkin.
Ada hitam dan kelabu di samping putih safi. Ada juga buruk di sampaing baik. Ada benar dan ada salah. Ada lebih ada kurang. Ada sempurna ada yang cacat. Itu semua sunnahtullah.
Sufiah kembali menghadap ke ruang dalam apartmennya entah tingkat ke berapa. Dia melengah-lengahkan tubuhnya untuk duduk di katil. Dia faham benar dengan fiil seorang kawannnya yang dikatakan baik buat masa ini. Jane terlupa untuk datang ke apartment Sufiah kerana ada kerja-kerja yang perlu diselesaikan. Beberapa minit selepas itu tiba mesej daripada Jane membatalkan rancangan mereka untuk bersantai di MetroPolikan. Dan hanya menyatakan kekesalan dan maafnya kepada Sufiah. Sufiah sedikit jengkel dengan Jane. Apa hendak dibuat kawan juga kadang-kadang sibuk.
Dia memandang cermin meja hias. Tidak banyak tertumpu kepada barang alat solek di atas meja itu dan tidak apapun yang menarik selain fail dan buku catatan berkaitan pelajarannya. Untuk sehari dua ini semua itu tidak mampu dihadapinya kerana dirinya yang begitu resah dan seperti mencari-cari makna di dalam dirinya sendiri.
Monolog: “aku sedang sendirian. Semua mereka seperti makhluk asing. Aku tidak mengenal mereka. Manusia sudah banyak membilang formula tetapi tetap gagal dalam menjananya dalam realiti. Banyak yang tertunggak dan tersekat di satu tahap. Akhirnya tidak berjaya. Dan aku tidak mahu seperti mereka. Menghasilkan formula untuk kepentingan diri sendiri. Aku mahu bebas daripada formula itu tidak lagi terkurang dalam dunia angka.”.
Dia melurut wajahnya bermula daripada ubun, anak rambut dan melarat ke tiap kulit bujur wajahnya. Melalui cermin dia dapat melihat seluruh dirinya. Materialistik. Pakaian, sekeliling dan apa yang dimahukan sekarang. Selebihnya masih nihil dalam pencarian.
Luarannya semua dapat dibaca. Yang sulit atau sukar itu adalah dalamnya. Emosi. Naluri. Perasaan. Dirinya yang sebena. Semua tidak terjelma apabila materialistik membaluti dirinya. Hampir semuanya begitu. Tidak mampu mengadakan apa yang tersembunyi itu dan yang jujur itu apabila luaran dipeluk semua kesenangan.
Termanggu di depan cermin cuba menakrifkan apa yang tersimpan. Masih nihil dan kosong. Tidak terbaca dek akal pintarnya. Semua itu seakan-akan menjadi unsur terpisah daripada dirinya. Air dan minyak tidak bercampur dalam satu bekas. Seperti air tidak dapat menimbusi zat minyak itu. Samalah dengan akal ketika ini tidak mampu menembusi ruang hatinya. Hati itulah yang paling manusiawi ketika manusia hilang arahnya. Gerak hati itulah yang menemukan jalan pulang selepas sesat melarat entah di mana.
Cermin itu masih kaku. Beberapa saat dia bangun. Cuma bezanya dirinya masih di katil. Dirinya dalam cermin telah bangkit lalu menutupkan cermin tingkap terletak beberapa meter daripada tempat termanggunya. Langsir juag ditarik hingga ruang kamarnya menjadi sedikit gelap.
Tubuh dari cermin berdiri dalam cermin sedang dirinya duduk terlonggo mengadap ketakpastian sekarang. Apakah yang dibayangkan sekarang. Logik, campak jauh logikmu. Kepintaran bias memandul sekelip mata jika takdir-Nya.
Ini bukankah fiksyen. Entahlah.
-Sekarang pandang ke wajah ku
Sufiah sedikit terkejut. Seakan baru disedarkan dari lamunan panjang.
- Aku Safiah. Daripada dirimu. Tetapi aku amat berbeza daripada dirimu. Akau bukan klon yang dihasilkan daripada makmal aatau ujikaji manusia. Tetapi aku hadir untuk bertemu kamu sementalah keadaanmu amat memerlukanku.
Sufiah seperti tidak percaya apa yang diperlihatkan. Dia sendiri bertanya apakah benar dia sedar dalam alam nyata atau ini satu mainan mimpi. Fiksyen menyaksikan tidur satu proses penceritaan yang baik dan dijadikan naratif. Daripada tidurlah sebahagian filem Barat terhasil kerana percaya dengan pandangan Freud tentang teori psikoanalisisnya yang kadang ada peliknya.
- kau sebenarnya begitu kehilangan arah. Tapi kau tentu tidak dapat merasainya. Dan jangan mahu berdolak-dalik lagi atas apa yang kau lakukan. Aku hanya mahu membantumu.
+ aku tidak perlukan kamu. Tolong pergi dan jangan menasihatiku. Aku sudah memeiliki segalanya.
-kau sesungguhnya tidak memiliki apa-apa.
+ jangan cuba mengambiltahu tentang diriku.
-Aku Safiah datang untuk menyedarkanmu tentang apa yang berlaku. Apa yang engkau harus tahu……….
Bersambung………….
8.4.08
Tentang Sufiah (2)
Banyak perkara telah berlaku dalam hidupnya yang singkat dan lantaran itu memberikannya pilihan. Dia tidak mahu menjadi Sufiah yang dianggap seorang pintar. Tetapi lebih daripada apa yang dia ada. Malah sebelum ini dia telah memiliki segala-galanya. Tapi tidak segala dimilikinya memuaskan. Bagaimana dengan kebahagian. Adakah ia menetap di hatinya dengan baik.
Dia memandang ke wajahnya. Ia ternyata kelihatan seorang ayu dengan sepasang mata yang cergas. Hidung mancung dan berkulit cerah. Rambut hitam ikal melepasi paras bahu. Rupa daripada ayah yang tegas dan ibu yang penyayang.
Keayuan kadang-kadang tidak dimiliki oleh si pintar. Kepintaran juga bukan sifat sebenar bagi yang memiliki keayuan. Dari susuk wajah yang cantik ini memberikannya perasaan untuk lebih memiliki daripada sifat kepintaran sedia ada. Bagaimana dengan kebebasan?.
Bagaimana dengan cabaran dan kepuasan.
Jika itu pilihannya, ya ia mungkin satu pilihan yang baik. Dia terfikir bagaimana dengan keadaan dirinya dan latar belakang keluarganya. Daripada ayah dan ibu bangsa Timur. Budaya Timur amat menjaga tat susila dan adab sopan. Ia memelihara adab dan perlakuan. Kelihatan orang Timur ini lembut dan begitu bersopan dalam pelbagai tindakan.
Timur memandang kebebasan tidak sama dengan difahami Barat. Ia bertentangan dan punyai nilai kontrasnya. Ia sendiri melihat bagaimana perbezaan. Tetapi usia yang muda dan sekelingnya mengaburi perbezaan itu. Walaupun dapat dikenali daripada pemakaian dan penampilan antara Timur dan Barat tetapi adakalanya sebahagian manusia tidak dapat melihatnya. Bagaimana perbezaan itu timbul padahal semua manusia sama. Dalam soal budaya, sebenarnya telah ada kepelbagaian dan ia lahir kerana kecenderungan sikap bangsa itu sendiri.
Barat berbeza apabila melihat erti kebebasan yang dianuti. Maka kebasan itu tidak ada batsnya dan melampaui semua aspek. Ia dipercayai satu unsur penting kepada kemajuan yang mereka kecapi hari ini. Kebebasan individu merupakan kebebasan yang paling hakiki tidak berkitan lansung dengan mana-mana unsr luar. Kebebasan mengamalkan satu-satu kod etika, kepercayaan, ideology, amalan dan sebagainya menyebabkan kehidupan yang mereka leihat melalui takrif masing-masing berdasarkan pandangan dan kepercayaan individu.
Bagaimana kebebasan ini amat mempengaruhi sikap dan pandangan hdiup sehingga mencapai kepada bentuk tidak lansung rasa terikat dengan mana-mana agama. Sedangkan agama seperti yang dilihat orang-orang Timur cara hidup dan pegangan dalam menjalani kehidupan. Agama memberikan panduan dan cara berfikir dengan lebih rasional dan alami.
Ada kaitannya alam ini dan agama. Di mana agama memberikan pandangan terhadap alam dan alam tidak sekadar satu ciptaan yang tiada maknanya. Juag ada kaitan antara manusia dan agama. Melalui agama manusia dapat berhubung dengan Tuhan iaitu yang menciptakan ala mini. Dengan jiwa manusia itu sendiri tentu manusia akan merasai tentang satu kuasa yang menciptakan dirinya dan ala mini. Ia bukan satu jiwa yang dibuat-buat malah ia satu perasaan yang lahir dengan nurani insani itu sendirnya.
Agama memberikan manusia itu petunjuk ke arah satu kebenaran. Kebenaran merupakan salah satu tujuan agama itu wujud. Bagaimana Tuhan yang menciptakan alam tidak memberikan manusia satu ruang untuk manusia itu mengenali Tuhannya atau penciptanya. Mustahil itu begitu mudah menciptakan dan melepaskan ciptaannya dengan tiada arah.
Manusia satu ciptaan yang unik. Bagaimana tidak pemikiran dan perasaan dibekalkan bersama. Dengan dua unsure utama ini manusia mampu memilih pilihan sama ada dipengaruhi diri orang lain atau tidak. Sesekali dalam memilih itu manusia terpilih jalan yang silap dan memberikannya pengajaran. Kadangkala itu pilihan itu baik dan membahagiakan. Bagaimana menentukan pilihan itu memuaskan dan baik.
Sama sekali Sufiah terfikir tentang perkataan ‘cuba’. Mengapa takut untuk mencuba. ‘Try and error’ kenapa tidak munasabah pula. Ah, tentu untuk menjelaskan sesuatu kaedah ini perlu dalam hidup ini. Mungkin Sufiah memilih untuk mencuba. Biarlah. Hidup ini percubaan fikirnya kadang-kadang tidak ada salahnya untuk dia memilih. Tapi mencuba untuk hidup dan dalam perkara penting seperti melibatkan masa depan mungkin memberi kesan. Terpulanglah Sufiah, tapi haruskah sesukar ini untuk menghadapi masalahmu. Jangan hanya melihat apa yang di depan mata kau sanggup menambah deritamu…
7.4.08
Tentang Sufiah (1)

Dia seorang genius matematik tapi apabila bertemu dengan konflik, di hadapan seakan tiada pilihan. Yang ada hanya satu. Dia memilih untuk menghadapinya lantaran cabaran yang dilaluinya masa ini paling mempengaruhi dirinya. Dia tidak tidak banyak merasakan ada jalan-jalan lain lebih baik daripada apa yang ada sekarang. Dia tidak menyalahakan sesiapapun.
Hari ini dia menjadi seorang yang berhadapan dengan konflik diri. Siapa yang tahu tentang itu. Konflik yang sangat kritikal. Menghilangkan pada suatu waktu dulu hanya untuk menyenangkan diri sendiri. Tekanan kini begitu ketara tetapi siapa yang tahu. Siapa yang tahu tentang hatinya yang telah terluka, tertekan dan begitu kecewa. Seolah-olah dunia ini satu ruang untuk manusia mencuba sesuatu. Tiada apa yang lebih dahsyat lagi selain kebebasan. Kebebasan yang mendorong manusia keluar daripada kongkongan masalah yang dihadapi.
Sejarah hidup yang lampau amat rata. Dari mula sehingga remaja yang tidak banyak warna-warni. Dia memiliki kebijaksaan tapi sesemsti yang bijak itu memiliki semua. Telah ada dalam diri manusia sifat ketidaksempurnaan. Jika kesempurnaan itu ada maka apaperlu manusia mencari sesuatu. Kesempurnaan itu hanya mutlak milik Tuhan, fakta ini barangkali diketahui Safiah. Dan dirinya tahu bahawa ketidaksempurnaan itu sebenarnya memerlukan banyak kesedaran naluri dan kemanusiaanya untuk mendekati jawapan-jawapan yang boleh dirumus dari akal.
Sejarahnya memberitahu betapa mencari kesempurnaan itu begitu sukar. Dan dia hanya sedar bahawa dirinya begitu terumbang-ambing dalam gelora lautan yang kuat. Pertolongan seakan tiada. Patah kepercayaannya juag telah sama sekali musnah. Dia terpaksa lari jauh daripada hakikat bahawa dirinya sering dianggap berbeza dan unik. Apa gunanya unik dan perbezaan itu betul-betul satu keistimewaan. Keistimewaan tidak semestinya ada pada kehendak yang selari. Tidak ada pertalian kukuh atau keharmonian antara dirinya dan orang lain. Termasuk keluarganya yang harus memahami bahawa dirinya adalah antara yang insane seperti yang lain mahu mengenal dunia yang indah. Persekitaran adalah juga kemanusiaan. Sama sekali kita tidak boleh menolaknya.
Manusia satu sisi adalah haiwan yang mahukan kawan dan pergaulan. Inikah yang hendak diketahu Safiah. Entah dirinya tidak pasti. Lihat manusia mengongsi dunia yang luas dari Timur ke Barat dan dai Utara ke Selatan. Semuanya membentuk satu horizon dan susunatur perjalanan alam yang harmoni.
Dia juga menyedari di dalam alam fizikal yang unik ini Pencipta menwujudkan juga nilai-nilai abstrak hanya ada dalam jiwa manusia. Satu anugerah yang tidak ternilai. Mulanya cinta, kalimah yang membuahkan kesan hakikat terhadap diri manusia yang sebenarnya memerlukan perhatian dan kejujuran.
Bagaimana cinta dipinggirkan lalu yang merebak adalah lawan kepada cinta; mungkin kebencian dan kerakusan. Ia merosakkan sistem yang indah itu dan membusukkan pengalaman manusia apabila menghadapi realiti. Mungkin cinta itu sudah diterbangkan kea rah lain. Jauh dari penglihatan saujana mata. Dia tidak dapat melihat cinta itu lagi di depan mata. Di dalam hati itu mungkin rasa yang pelbagai. Rasa seronok,puas dan ceria tapi tidak menyamai cinta. Entah apa rasanya cinta. Dari cinta keluarlah kasih sayang da belaian rindu. Kedua-duanya sudah tidak adal lagi atau terbenam dalam paya resahnya. Resah yang asli tetapi disembunyi dalam hati.
Dia tidak percaya jalan itu masih ada kerana segala telah musnah dan terbakar. Cinta telah hilang dari pandangan realitinya. Semuanya terlindung dan ditutup oleh pengalaman. Maka kemesraan dan keakraban itu hanya tinggal kenangan. Ia berbalam dalam pandangan batin yang sepi dan sendirian di sana.
Tidak apa yang memilihkan selain dia sendiri membuat pilihan sedemikian. Meskipun mereka kata dia terdesak untuk hidup. Ah……mungkin ada selain dan tersirat di dlaam hatinya. Sesekali dia tergamam dengan langkahnya tapi itu semua satu rasa yang terlintas kiri kanan. Apakah dia harus lakukan. Menurut hukum masyarakat yang dikenalinay sedari kecil kebebasan adalah hak individu. Yang menentukan arah hidup adalah kehendak peribadi. Setelah usia lebih 15 tahun semuanya menjadi hak individu. Ia hak kebebasan peribadi yang tidak boleh dipertikaikan. Dia memilih untuk menjadi sebegini mungkin dengan satu hasrat yan tersimpan dalam hatinya setelah tekanan yang tersimpan sedikit demi sedikit.
6.4.08
Pada Suatu Pagi Ahad

YB Seah Leong Peng
Biasanya hari Ahad, paling saya suka apabila fikiran saya benar-benar tertumpu kepada aktiviti sendiri. Saya mahu bangn awal dan keluar ke padang Speedi Teluk Intan. Mahu berjogging dan menelaah manusia dan alam sekeliling. Saya juga mahu mencari sudut untuk saya meninjau-ninjau budi manusia pada hari itu. Maka saya selalunya lepas berjogging akan terus pergi ke kedai makan untuk bersarapan dan mendapatkan akhbar sama ada yang arus perdana atau tidak. Saya membaca dengan kemahuan yang gebu untuk mengetahui perkembangan hari ini.
Cuma pagi ini lebih jelas alam sekeliling kerana saya dapat berjogging walaupun ia sekali seminggu kerana masa yang amat mencemburui tubuh saya biar terjaga. Saya dapat rasakan betapa bertambah naiknya badan saya tambahan bila dilihat dari cermin. Saya fikir lebih elok banyak aktiviti jalan kaki.
Saya ke kedai yang saya sering datang bersarapan berdekatan stesen bas. Di situ saya kira agak selesa dan tempat lalu-lalang kereta. Pagi ini agak berbeza, dalam jam 8.10 begitu saya menikmati teh tarik dan roti canai abnjir (semacam tidak kena menu saya lepas berjogging ini) bunyi gendang cina dan ala-alat muzik lain bergema dari arah yang tidak berapa jauh. Eh, perayaan apa pula ini? tanya saya sendiri. Saya mahu tahu kerana seperti saya kata ia termasuk dalam alam sekeliling tadi. Saya menikmati menu pagi saya dengan pemandangan ramainya orang yang sekaan menyambut perayaan. Saya tidak mampu berbahasa mandirin maka tidak banyak saya faham.
Jalan utama menghala ke stesen bas diramaikan dengan kumpulan ini. Agak panjang barisannya dan sesekali terputus-putus. Kadang dengan lori, kereta dan manusia yang berjlan kaki. Ada pelajar St John, ada ahli pengawal keselamatan, ada yang berpakaian seperti di perayaan cina, dan ada yang macam lelaki berbaju (tak tahu apa namanya) tapi pakaian cina dan memakai kayu semeter mungkin yang mengampu mereka jadi lebih tinggi (tugas mereka mengagihkan gula). Saya percaya kenapa saya tidak diberikan gula sedangkan saya duduk berdekatan saja tepi jalan laluan utama, mungkin yang melayu tidak akan memakannya. Memang betulpun yang melay agak sensitif soal makanan. Apa taknya ia berkait halal haram.
Selang 5 minit saya dapat menangkap mengapa semacam sambutan ini diadakan. Mungkin kerana kemenangan parti DAP baru-baru ini di kawasan Teluk Intan. BArulah saya faham kerana saya terpandang YB Seah Leong Peng dan yang lain. Saya faham juga kemenangan sebegini tidak ada salahnya jika dirayakan sebegini. Cara masyarakat cina merayakan sesuatu memang agak berbeza dan riuh. Disebabkan dari dulu saya sudah mengenal masyarakat cina ketika kecil sampai sekarang, maka hal-hal keriuhan mereka itu sudah biasa.
Namun patut dipuji jalanraya tidaklah terganggu sangat dan menyebabkan kesesakan. YB Seah Leong Peng dan yang lain-lain berjalan kaki sampai agaknya ke hujung, mungkin sayapun ikuti. Walaupun Ahad lazimnya akan sibuk bila pagi jam 10 khususnya tapi sambutan yang syaa katakan tadi nampak terkawal saja dalam jam 9 lebih ketika saya masih di situ dan merayau ke pasar Ahad berhampiran stesen bas.
Tidak ada banyak hal lagi. Cuma bila pulang ke rumah sebesin kain penuh aku terkaku memandangnya sambil melihat air sedikit bertakung di bilik air, mungkin sumbatnya entah di mana. Saya mengambl masa memandang air itu tapi ia memang menyusahkan maka saya cepat-cepat membasuh pakaian. Ia tidaklah letih dibasuh dengan tanagan kerana saya sudah biasa tapi dek kerana sumbatan saluran air itu, aduh, terkilan aku.
5.4.08
Pesta Buku Antarabangsa 2008





Saya bergerak dari lokasi permustautinan saya, Teluk Intan ke KL amat awal dengan kenderaan awam pacuan mungkin empat roda tapi tetap selesa. Perjalanan mengikt kelazimannya 3 jam. Sampai di KL lebih kurang pagi yang baru menbangunkan bandar KL jika pagi sebegini semua kedai-kedai atau syarikat maupun pejabat baru buka matanya. Saya tiba ke Puduraya dan sebelum mencari stesen elarti KL Sentral sebelah Puduraya, perut disiskan denga nasi lemak dan teh tarik, gerai di seberang jalan Pudu.
Dengan elarti tibalah saya ke PWTC dan dengan apa yang saya sudah gambarkan seperti tahun-tahun lalu, hari Sabtu memang dahsyat orangnya. Berpusu-pusu dari segenap sudut memenuhi ruang legar PWTC, dari luar kelihatan tenang saja tapi dalamnya hanya orang didalamnya membayangkan.
Saya mencari apa yang terfikir dan yang telah lama dihasratkan digumul rapi dan nyata ingatan saya penuh waras kali ini berhadapan dengan gerai-gerai yang banyak dan berpusu-pusu orang ke sana ke mari. Sebahagiannya untuk apa, dan sebahagiannya tampak benar warga atau ahli buku. Kita barangkali boleh saja kenal orang-orang sebegini. Cara melihatnya, cara memegang bukunya, cara berjalannya, cara mengorat bukunya dan macam-macam lagi. Tapi saya tidaklah pandai berkongsi ilmu firasat di sini tentang jenis peminat atau pecinta buku.
Pengalaman peribadi memberi sedikit-sebanyak pengetahuan tentang mereka yang berminat pada dunia kertas dan pena. Mereka mungkin dari golongan atasan, pertengahan malah bawahan. Mereka mungkin yang kecil tubuh badan tapi telah banyak mengenal buku-buku besar. Mereka mungkin seorang yang telah menimbun-nimbunkan buku di rumah atau kamar mereka malah mungkin mencurah banyak wang hanya kerana buku.
Saya melihat tidak mengenal sempadana apabila memperkenalkan pencinta atau peminatnya. Secara diam atau menunjukk, cara bersahaja atau penuh keghairahan. Semuanya membentuk dunia yang bermasyarakatkan berpengetahuan dan berkongsi mellaui kerts dan dakwat.
Setinba di PWTC, gerai menarik perhatian saya kali pertama ialah gerai Utusan. Dah lama saya berhajat mendapat senaskhah karya Pak Arenawati, Trilogi Genre. Dari harga mewah saya kira, saya dapat dengan RM59. Buku fiksyen ini tebal tapi bagi yang sudah biasa memebli buku setebal 722 muka surat dan harganya RM60 agak ok dan munasabah.
Kedua saya terpikat ke kedai Fajar Ulung. Penuh sesak. Sesak pertama orang lalu-lalang dan kedua sesak dengan buku-bukunya. Tidak silap saya itulah kedai buku arab dan ada satu lagi di bahagian 2 tempat pamer PWTC. Lama memikirkan dan memilih buku apa, ternyata saya mengambil masa yang lama tapi tak sebuahpun menarik saya untuk membeli dari situ. Tapi untungnya kerana saya bertemu ustaz saya dulu Dr Taher Al-Musawi. Beliaulah yang mengerjakan terjemahan buku-buku Malek Bennabi dari Bahasa Arab ke Bahasa Inggeris. Tidak silap saya dua buah buku MAlek Bennabi telah diterjemahkan ke Bahasa Melayu oleh Institut Terjemahan Negara. Buku Fenomena Al-Quran dan sebuah lagi saya tidak ingat.
Saya sebenarnya ingin ke gerai Wira Bukit mendapatkan karya A. Samad Said yang baharu. Namun rupanya lokasinya buka di kawasan 3 tapi di seberang sana. Saya akhirnya setelah puas meninjau-ninjau di kawasan 3 ini lalu kaki mudah saja ke seberang sana 2 dan kedai yang saya cari Wira Bukit ketemui. Buku puisi terbaharu Pak Samad Soneta Pohon Gingko, saya beli dengan RM20. Ketika itu Pak Samad, PN Rashidah isteri beliau dan anak beliau iaitu En Helmi ada di gerai itu. Saya beli buku terbaharu itu lalu beredat.(Tapi kemudian saya terfikir bila dah naik bas hendak pulang untuk dapatkan lagi sebuah untuk dihadiahkan kepada seorang teman dan atas jasa baik seorang kawan saya, Zamri Mohamad, saya kirimkan sms kepadanya minta jasa baik beliau untuk dapatkan sebuah lagi. Alhamdulillah hari yang sama didapatkan).
Namapkany hajat saya tercapai. Kemudian saya beredar dan datang ke kedai Penerbit Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. Saya terpandang karya Risalah Untuk Kaum Muslimin tulisan Syed Naguib Al Attas. Sedikit terlambat kerana ia mengambil masa bagi penjual mencari harganya memandang senarai harga buku ISTAC yang mereka tidak punyai, bukunya saja dipamerkan. Tapi dalam masa itu juga saya tertarik karya DR Badri Najib, salah pensyarah UIAM bidang Bahasa Arab, juga ustaz saya masa di UIAM. Judulnya Balaghah As An Instrument og AlQuran Interpretation: A Study Of Al-Kashshaf. BUku ini terbitan UIAM tahun 2008. Kedua-dua buku 'jadi' dibeli saya dan dengan harga diskaun.
Seterusnya saya tidak lagi meninjau-ninjau pameran buku sebaliknya terus bergegas keluar dan pulang ke Masjid Jamek. Selesai solat jama' saya ke KLCC niatnya hendak ke KInokuniya. Ah buku yang adapun belum tentu habis baca. Saya sebenarnya memang tipa kali ke KL Kinokuniya tempat yang saya minati untuk mengunjunginya kerana selalunya buku yang saya perlukan ada dijual di sini.
Saya dapat buku yang saya kira elok untuk saya jadikan simpanan dan bacaan peribadi. Buku pertama ialah Orientalisme karya Edward W. Said. Ketika mendapat buku ini saya terpandanag seseorang lelaki yang saya kira selalu ditunjukkan akhir-akhir ini. Baginda ialah Raja Nazrin Shah, Raja Muda Perak. Saya tidak sangka tersempak dalam keadaan atau ketika itu. Baginda sedang memilih buku di bahagian Political Science. Kebetulan buku Orientalism diletakkan di bahagian tersebut. Saya memang ikuti pandangan-pandangan baginda yang dilontarkan melalui ucapan-ucapan yang pada hemat saya baik dan ilmiah. Pernah saya baca ucapan Raja Nazrin menyentuh pemikiran dan keagungan Kesultanan Melayu Melaka. Bagainda juag dalam ucapan yang saya membangkitkan tentang permasalahan memandang rendah dan menghina bangsa sendiri. Ucapan tersebut amat halus dan tinggi daya tanggapan dan ia sebenarnya refleksi pada suasana ketika itu.
Saya terfikir tentang beberapa buah buku yang saya rasa mahu beli namun tidak kesampaian kerana harganya agak mahal. Maka saya memilih buku Gate Of Sun karya Elias Khoury, The Flounder karya Gunter Grass dan Unaccustomed Earth karya terbaharu Jhumpa Lahiri.
Empat buah buku saya kira mengcukupi malah telah mengigit sedikit budget saya. Apa hendak dikata................
1.4.08
filem-filem menghiburkan



Filem-filem yang saya sempat tonton baru-baru ini orientasinya popular dan menyajikan sesuatu ringan tapi agak realistik juga. Saya tertarik bukan kepada 'dunia' yang dihidupkan malah memang sebati dengan jiwa pelakon, penulis skrip dan pengarahnya. Saya melihat kekayaan khazanah persekitaran luar dan dalam manusia dijadikan cerita yang mana memberikan signifikan pula pada cerita atau filem. Kita tidak ada menyamai Barat tetang cara hdup dan sebagainay tetapi beberapa perkara (antaranya dalam bidang kreativiti) mereka terkehadapan kerana melihat sesuatu dengan cara yang positif. Sifat 'membeansankan' dan begitu 'ghairah' dengan hasil kerja menjadikan hasilnay amat baik sekali. Kita tentu tidak memuji semua aspek tetapi dalam filem-felim sedemikian kita tidak rasa janggal atau 'mahu mengkritk' kerana hasil kerjanya munasabah malah lebih menghiburkan daripada filem-filem tempatan yang agak tersasar , jika perkataan itu wajar digunakan saya kira maka filem kita perlu melihat kembali di mana kelemahan yang ada. Bkan menutup kelemahan itu dengan cara mengikut cara Barat berkarya tetapi kita memiliki persekitaran dan idea yang munasaba tanpa menolak prinsip seni menghiburnya.
filem-filem mengiburkan

Filem-filem yang saya sempat tonton baru-baru ini orientasinya popular dan menyajikan sesuatu ringan tapi agak realistik juga. Saya tertarik bukan kepada 'dunia' yang dihidupkan malah memang sebati dengan jiwa pelakon, penulis skrip dan pengarahnya. Saya melihat kekayaan khazanah persekitaran luar dan dalam manusia dijadikan cerita yang mana memberikan signifikan pula pada cerita atau filem. Kita tidak ada menyamai Barat tetang cara hdup dan sebagainay tetapi beberapa perkara (antaranya dalam bidang kreativiti) mereka terkehadapan kerana melihat sesuatu dengan cara yang positif. Sifat 'membeansankan' dan begitu 'ghairah' dengan hasil kerja menjadikan hasilnay amat baik sekali. Kita tentu tidak memuji semua aspek tetapi dalam filem-felim sedemikian kita tidak rasa janggal atau 'mahu mengkritk' kerana hasil kerjanya munasabah malah lebih menghiburkan daripada filem-filem tempatan yang agak tersasar , jika perkataan itu wajar digunakan saya kira maka filem kita perlu melihat kembali di mana kelemahan yang ada. Bkan menutup kelemahan itu dengan cara mengikut cara Barat berkarya tetapi kita memiliki persekitaran dan idea yang munasaba tanpa menolak prinsip seni menghiburnya.
Langgan:
Catatan (Atom)