
Sudah ke-51 tahun sambutan Hari Kemerdekaan diraikan dan ini bermakna kemerdekaan adalah agenda nasional diperingatkan khusus pada setiap 31 Ogos saban tahun. Selepas separuh abad yang rencam laluan sejarah yang panjang selepas penjajahan silih berganti, akhirnya pada catatan sejarah, Tanah Melayu akhirnya dibentuk sebagai negara yang berdaulat hasil perjuangan para nasionalis yang sebahagaian besarnya tidak dapat merasai erti kemerdekaan itu sendiri.
Maka, peristiwa-peristiwa dalam era penjajahan sentiasa mengingatkan generasi pasca kemerdekaan bahawa sesebuah negara bukanlah sekadar tanah yang dimiliki oleh sesuatu bangsa, tetapi ia bermakna kemerdekaan maruah, fikiran dan jiwa yang sarat dengan nilai-nilai yang dipertahankan.
Dalam memahami detik-detik penting hari-hari kemerdekaan, generasi hari ini harus memahami bahawa kemerdekaan yang dimiliki adalah cetusan daripada generasi sebelum kemerdekaan yang disatukan dengan suara untuk mencari kedaulatan politik bagi bangsa sendiri. Keperluan kepada sikap dan fikiran untuk menjadi tuan kepada tanahair tercinta, kepada sistem yang dibina atas kepercayaan diri bagi mengurusperintah negara, mewujudkan pendidikan berteras nilai agama dan budaya setempat yang dipergang oleh peribumi dan seterusnya mendaulatkan undang-undang yang munasabah, telah diperjuangkan dan hari ini menjadi kenyataan bagi bangsa Malaysia ini.
Matlamat besar ini digandingkan bukan dengan retorik-retorik di atas mimbar atau ucapan di para pemimpin yang terdahulu maupun kini tetapi di atas kepercayaan dan keyakinan yang diusahakan melalui pengorbanan yang dilakukan dengan kesungguhan yang jelas dalam praktikalnya.
Dengan mengambil iktibar ini, kemerdekaan harus direnungi dengan lebih jujur dan saksama. Baru-baru insiden menterbalikkan bendera Jalur Gemilang menjadi isu yang perlu dilihat jujur bukan daripada sisi politik yang semakin kalut. Pelbagai reaksi khususnya beberapa pemimpin yang mengatakan bahawa sikap itu melambangkan negatif dan tidak berfaedah.
Harus dilihat bahawa, masalah ini mungkin dilihat dari sudut politik tetapi ia telah membayangkan sikap menterbalikkan bendera pada ketika ini seolah-olah memberi maksud yang berbeza dari difahami umum.
Realiti politik tahun 80-an atau awal 90-an mengarap situasi yang berbeza daripada yang berlaku hari ini. Perbezaan yang ketara dan kadang-kadang tampak kritikal. Dari segi perubahan dan perkembangan minda rakyat semakin dirasai sehingga mewujudkan ‘demam politik’ di luar jangka. Hasilnya apabila babak-babak dari era 1998 sehingga ke 2008 yang menunjukkan political mainstream semakin hilang bacaan dan ketertibannya. Ia melansungkan seperti yang dinyatakan sebuah gelombang yang lebih mencabar dan mampu mengugat kesatabilan.
Hal ketidakstabilan politik semasa misalnya telah diakui dan lantaran itu pihak kerajaan menumpukan banyak perhatian kepada beberapa persoalan ‘akar umbi’ berbeza daripada sebelumnya. Persoalan politik pembangunan yang semakin ke tepi menemui kepada jarak rasionalnya yang muram, sehinggalah wujud pula perubahan arus bagi melihat kepada kejujuran dan persoalan yang berkaitan dengan sistem demokrasi yang seolah-olah dipersetujui dari dahulu. Rakyat mulai melihat isu demokrasi yang difahami dengan lebih terbuka dan telus menjadi pokok kepada keperluan semasa.
Faktor-faktor perubahan imej pemikiran dan kesan dunia tanpa sempadan iaitu melalui internet khasnya sering dikaitkan dengan masalah wujud arus perubahan kepada khalayak politik massa , selain daripada masalah-masalah dalaman negara yang dilihat dimanipulasi pihak tertentu mendorong kepada kocakan gelombang dirasai.
Sebahagian pemimpin dan ahli politik juga melihat keadaan politik yang sedia ada semakin terdedah kepada realiti yang jauh lebih ‘kalut’ dari sebelum ini. Jika dahulu kurang adanya ruang atau suasana politik yang seimbang, namun kini ia berlaku dan sangat dirasai. Di pihak Pakatan Rakyat pula, tampak ghairah mewujudkan ruang-ruang bagi rakyat memilih dengan memberi reaksi yang agresif terhadap persoalan semasa. Di tambah pula, wujud beberapa insiden yang dilihat luar daripada kawalan kerajaan yang akhir ini menjurus kepada timbulnya pelbagai persepsi yang mengurangkan populariti Barisan Nasional sebagai pemerintah.
Dan apabila reaksi di hari-hari menyambut Kemerdekaan ke-51 yang mana sentiasa ‘dikepung’ dengan pelbagai isu politik, maka munasabah juga sekiranya kita melihat semula tentang erti kemerdekaan dari konteks semasa. Mengambil sempena kemerdekaan ke-51 ini, penulis secara lansung terlintas memikirkan tentang kemerdekaan yang dikecapi hari ini mulai berubah sekali konotasinya. Mungkin sahaja kemerdekaan yang dimengerti pada tahun ini, berbeza daripada tahun-tahun yang dahulu yang memcatatkan bahawa kemerdekaan bermaksud hanya dengan berada di ruang sendiri dan tiadanya penjajahan fizikal dan mental terhadap individu atau sesuatu bangsa serta tanahair.
Barangkali, tafsiran kepada khalayak hari ini yang semakin terbuka dengan perubahan dan idealisme, lebih melihat kepada kemerdekaan yang ke-51 ini harus dilihat daripada segi setiap kelompok pemimpin dan rakyat negara. Ia tidak lagi daripada apa yang didefinasikan sebelum ini, tetapi melihat kepada kemerdekaan yang lebih besar daripada konteks sejarah per se.
Barangkali ia wajar erti kemerdekaan pasca kemerdekan ke-51 ini dirangkumkan meliputi ekonomi, politik, sosial, ideologi negara bangsa dan sebagainya. Kata kemerdekaan harus digembeling seluas mungkin kefahamnannya merentasi ruang-ruang sempit yang telah menyempadani tafsiran sempit sebelum ini. perlu wujud pemikiran baharu di kalangan pemimpin dan ahli politik bagi mencorakkan takrif baharu bagi kemerdekaan yang hakiki.
Takrif yang relevan yang bukan sahaja kemerdekaan dari segi penjajah, sistem tadbir, pendidikan dan sebagainya tetapi menyeluruh kepada pemikiran identiti, corak politik yang baharu iaitu tidak lagi kekampungan, mempunyai perancangan dan beridealisme. Politik yang merdeka pasca 51, harus tunduk kepada pengamatan global dan mampu memiliki kepintaran bagi menangani masalah yang ada.
Bagi pihak rakyat yang mana telah memilih kepimpinan sudah mampu menilai politik yan sedia dengan maklumat dan rasionaliti. Tidak sekadar dari ceramah dan emosi, kerana angka ke 51 bagi masyarakat negara bangsa yang merdeka mempunyai singnifikannya yang tertentu.
Kerana ini tidak mustahillah rakyat ‘baharu’ ini pasca ke-51 kemerdekaan sentiasa mengharapkan kejujuran pemimpin, mana-mana parti politik serta khalayak rakyat tentang masalah-masalah yang wujud di persekitaran dan harus dirungkai dengan fikiran yang merdeka.
Sekiranya amalan korupsi dan skandal yang wujud di negara yang sudah 51 tahun mencapai kemerdekaannya dari penjajah Barat, mengapa keselesaan gejala negatif ini ‘dimaafkan’ berlaku di kalangan yang ‘orang pertengahan’ atau ‘orang atasan’?. Justeru, masalah korupsi wujud apabila pemikiran, jiwa dan etika yang sebenarnya masih terkurung di dalam arus pemodenan ini seharusnya sudah tidak boleh di perkatakan.
Dalam mendepani cabaran status negara maju yang disasarkan menjelang 2020, persoalan pemikiran yang merdeka dari kalangan setiap golongan dalam negara ini seharusnya dititikberatkan. Sudah wujud seharusnya pemikir-pemikir yang membidani slogan negara maju itu supaya dapat direaslisasikan. Jika tidak ia sekadar angan-angan kosong dan mimpi yang di siang hari.
Masalah yang dihadapi di negara selain masalah pemikiran yang semakin merosot di saping etika pihak atasan yang mendada di akbar-akhbar dilihat menjadi tamparan hebat kepada kepercayaan atau kepayakian rakyat dan masyarakat yang emilih pemimpin. Masalah kepimpinan yang tidak dapat melunaskan janji selepas pilihanraya yang amat ketara menjadi penyakit zaman berzaman dan ia dikatakan satu sindrom kerapuhan etika politik yang merujuk kepada politik yang tidak matang dan cair lagi tidak membina.
Keperluan pimpinan dan ahli politik juga melihat ketidakstabilan politik hari ini bukan satu ancaman yang ketara kerana kegugupan berakar daripada budaya politik tidak terbuka yang ‘disabarkan’ sedari beberapa dekad. Gaya politik mengekang dan kurang memberikan kepercayaan kepada kepimpinan yang ‘segar’ sebenarnya akan lebih membawa kepada kegoncangan politik masa hadpaan yang tidak berada dalam andaian manusia.
Politik hari ini tidak sekadar daripada menyebut dan mengulas isu-isu kecil, malah kepimpinan negara harus lebih agresif membawa cabaran dalam merentang realiti dan sedia menjadi pemimpin yang terbuka kepada semua entiti politik maupun organisasi yang bukan politk yang lain seperti mahasiswa misalnya untuk mendpaat respon, dan membina satu kefahaman bagi menyelesaikan masalah yang wujud yang ternyata makin mendadak angka pada masa depan.
Kepimpinan dan komponen parti politik harus bergerak daripada darjah yang sedia ada untuk mencari ruang yang paling selesa bagi menambahbaik kemampuan dan keyakinan politik massa . Kerana wajah politik pada abad 21 ini amat diperhatikan dan sentiasa menjadi cabaran bagi pemain-pemainnya. Bagi khalayak, mereka menantikan dengan penuh minat dan bersedia untuk menguji apa yang ‘lama’ dan baharu di samping sedia memberi penilaian yang jujur, semacam reaksi sepontan menterbalikkan Jalur Gemilang. Adakah ia hasil daripada satu kejahilan atau ketidakfahaman semata-mata?.
......