31.1.09

manis hati



1. Panggilan Telefon


Sedang memandu, telefon bimbit saya berbunyi. Saya terpaksa jawab, mungkin penting. Fikiran saya memang sibuk waktu itu.

"Hello, Mr Mohd Fadzil......."

Diikuti dengan ayat-ayat Bahasa Inggeris. Saya faham di samping naif menjawabnya. Lalu saya jawab dalam Bahasa Melayu sahaja. Ceritanya bahawa buku yang saya pesan sebuah darinya tidak ada dalam stok. Dalam kelam-kabut, saya kata. Oklah, sebuah sahaja.

Terfikir kejap, Bahasa Inggeris saya ke yang salah atau Bahasa Melayu saya. Saya menyesal tak tanya 'siapa nama awak?'. Apa hendak kesalkan, saya tengah sibuk masa itu.


2. Penolakan


Banyak yang saya tolak bersebab. Jawatan, tawaran yang susah hendak saya ceritakan kerana peribadi, material, persahabatan, pemberian besar atau kecil dan lain-lain. Ada diberi dengan ikhlas dan yang diberikan dengan maksud tersendiri. Kadang-kadang sukar untuk kita membezakan. Terlalu manis di bibir dan mesra di wajah.


3. Guru adalah segalanya


Di negara kita, guru adalah segalanya. Guru pendidik (sudah pasti), motivator, doktor bidan terjun, hakim permainan, AJK pertandingan pelbagai peringkat, pemuji atau pembenci, pengutip sampah, pembersih dewan, kerani, ceti, politikus dalaman, kerani, pemandu dan macam-macam lagi. Guru di sini tidak dipanggil 'guru' kalau kemahirannya hanya 2-3 kerat sahaja.


4. Buku


Saya suka pada buku tapi buku yang tidak sukakan saya. Apa boleh buat. Semua jual mahal. Ia tengok pada wang bukan orang. Orang ada duit, itulah pemiliknya yang pasti. Yang kurang wang, bye bye. Buku penyelera paling wahid bagi saya. Tapi apa boleh buat, semuanya jual mahal.


5. Kawan dan lawan


Seorang kawan selalu jadi lawan. Bila seorang kawan rapat. Bila seorang susah kawan lari. Lebih baik berkawan dengan musuh, dia akan mencederakan kita bila berhadapan dan sesekali di belakang, dengan jelas selalunya. Kawan, tidak terbaca dek diri kita.


6. Ngelat


Tipu itu dosa. Tipu jelas. Ngelat, macam tipu juga tapi untuk main-main sahaja. Banyak saya ngelat bila bercakap dan melakukan perbuatan ala aksi biasa-biasa. Satu yang saya tak ngelat tapi tidak juga menipu, katakan saya sebut menunjukkan pada seorang perempuan dari jauh biasanya dan empunya tidak tahu, 'anda cantik'.


7. Mengaku bersalah


Mengakulah bersalah, jika kau sedang bersalah. Masalahnya, siapa yang mahu mengaku dia salah atau bersalah.

8. Malas

Saya tak malu kalau setelah penat atau letih atau masa /keadaannya sesuai, saya katakan 'saya malas'. Tapi ada orang yang sama kulit dan agama dengan kita, tidak mengatakanpun dia malas. Tapi dari apa yang kita dapat rasa, dan memang tugasnya katanya berselindung dari kata-kata yang penuh sebab-musabab 'saya malas'.


.

29.1.09

Al-Fatihah untuk Pak Arenawati

Al-Fatihah untuk allahyarham pak Arenawati.
Besar jasa beliau dalam sastera Melayu.

.


24.1.09

Pengkagum




Sehari yang lepas saya membaca buku Memoirs ditulis Pablo Neruda. Nama besar Pablo Neruda yang memang terkenal dengan puisi-puisi melankoliknya dan yang unik lagi berseni, menyebut pengalamannya yang sangat luas. Saya belum usai buku ini, baru separuh membacanya. Ada satu yang saya ingin saya kongsikan bila membaca pengalaman Pablo Neruda yang ditulis dengan cara yang sangat unik dan indah (seperti katanya pada awal buku ini, ada bezanya antara cara penulis biasa dan penyair menulis autobiografi), iaitu berkenaan dengan orang kita kagum.



Neruda sendiri mengakui dan menyebut banyak nama-nama orang yang dikaguminya dalam hidupnya. Banyak daripadanya yang disebut tentang penyair-penyair yang dikaguminya yang ditemui (antaranya Federico GarcĂ­a Lorca, seorang penyair Sepanyol yang mati dibunuh). Hidup Neruda memang tidak terpisah daripada pergaulan yang akrab dengan penyair dan penulis. Malah mereka seakan 'bersama' dalam dunia sastera. Nama-nama yang dikaguminya itu disalin dan diceritakan dengan menyebutkan watak dan perwatakan mereka dalam hidupnya. Merekalah tentunya yang mempengaruhi dalam menulis.



Tentu semua orang dan penulis memang ada pengkagumnya. Saya sendiri mempunyai orang-orang yang saya kagumi, dari dekat dan jauh. Banyaknya dari jauh. Guru-guru lama saya antara orang yang saya kagumi. Saya kagumi, entah bagaimana orang seperti saya boleh dilahirkan atau 'dihasilkan' di bawah didikan mereka. Dari sekolah tadika, sekolah rendah, menengah sampai universiti-pasti ada beberapa orang yang istimewa bagi saya. Ramai sebenarnya. (Untuk menyebut satu-satu, terlalu ramai. Terima kasih banyak-banyak-banyak guru-guru). Saya sendiri hairan dengan jalur hidup saya yang hampir menyentuh garis 30-an ini, kerana seorang yang tidak pernah bermimpi untuk jadi....misalnya jadi mahasiswa di IPT. Saya juga bersyukur kerana boleh 'menulis' padahal dulu saya bukanlah murid yang cergas sebenarnya. Tapi alhamdulillah, ini semua kerja Tuhan bukan!. Malah saya pula jadi guru kepada orang lain, dan tentunya saya harap anak didik saya menjadi 'janganterbazir' dalam usia mereka. Saya doakan mereka jadi orang berguna, sekurang-kurangnya.



Dari jauhpula saya kagumi orang-orang atau nama-nama besar seperti penulis-penulis yang ada sekarang macam A. Samad Said, yang pernah saya terserempak beberapa kali tapi, saya tidak mampu menyapanya. Begitu juga dengan Prof Muhammad Hj Salleh, Prof Rahman Shaari, Kemala, Faisal Tehrani (pernah berjabat salam dalam majlis diskusi karya MPR tahun 2007), Rahimidin Zahari (jua berjabat salam) dan lain-lain lagi. Saya hanya mampu mengikuti perkembangan mereka dari jauh. Saya mungkin pengkagum mereka kerana perjuangan mereka dalam penulisan dan persuratan sastera, tapi maklum sahaja, saya ini entahlah...segan ke apa sayapun tak tahu.



.

23.1.09

Bahasa Arab yang susah...



Salam Tahun Baru Cina bagi kaum cina.


Sedikit lintasan fikiran tentang Bahasa Arab. Tadi, saya baru mendengar Radio IKIM. Biasanya malam-malam dalam jam 8.00 hingga pukul 11.00 malam agaknya, ada rancangan yang dikendalikan dalam Bahasa Arab oleh Puan Mona. Saya jarang mendengarnya. Adalah kadang-kadang. Tapi yang jelas yang dapat saya simpulkan bahawa ramai di luar sana yang hendak mempelajari Bahasa Arab. Tapi rentaknya, saya rasa, minat itu datang lambat. Mungkin selepas sudah berumur dan sebagainya. Maaf jika saya katakan, usia sebegini sudah tidak 'enak' untuk mempelajari bahasa asing rasanya. Bukan kerana apa, kerana Bahasa Arab, seperti yang saya tahu adalah bahasa yang susah dipelajari.


Ada orang kata ia bahasa paling susah. Saya tidak pasti hal ini. Tetapi pengalaman mempelajari Bahasa Arab lebih sepuluh tahun, memang membuktikan bahawa bahasa ini, pada saya memang sukar untuk dipelajari. Kenapa?. Nantilah saya sentuh pada entri yang lain dan masa yang sesuai. Sehingga saya rasa simpati dengan pemanggil yang menelefon ke Radio IKIM, terkial-kial bercakap Bahasa Arab. Pada saya bukan salah dj. Entahlah, siapa yang hendak disalahkan sayapun tak pasti!.


Melihat situasi pendidikan hari ini, murid sekolah rendah didedahkan dengan Bahasa Arab. Hampir semuanya macam itu, murid-murid Islam di SK. Saya tidak tahu jangka masa panjangnya akan memberikan impak yang semacam mana?. Saya melihat Bahasa Arab ini relevan dipelajari di sekolah menengah agama. Jika sekolah rendah, ok juga. Sebagai seorang yang terdidik dalam bahasa ini, saya tentunya rasa bangga dengan keadaan perubahan ini. Murid tahun satu sudah mengenal perkataan dan ayat-ayat mudah seperti ma ismuka?.


Cuma masalahnya, memang sukar. Bahasa Arab sepeti saya sudah katakan bahasa yang susah. Dulu banyak saya dengar bahawa mereka yang mempelajari BA di sekolah menengah agama misalnya, tidak 'rela' menerima bahasa itu sesungguhnya. Atau secara terpaksa mempelajarinya. Maka keputusan peperiksaan BA PMR atau SPMnya faham-faham sajalah. Mereka akur bahawa Bahasa Arab susah. Bukan sedikit yang surrender dengan BA akhirnya.


Memang betul. Saya bersetuju BA susah. Tapi masalahnya ia bukan disebabkan BA itu, rasanya. Tetapi mungkin isi pelajarannya, penyampaiannya, sukatan pelajarannya, kaedah belajarnya atau apa-apa sahaja tentang pembelajaran BA itu. Pada saya itulah kurangnya bukan pada bahasa itu sendiri. BA memang asing cuma bagaimana mahu memesrakannya dalam belajar.


Saya sedih bila ada orang cuba bertutut Bahasa Arab kerana hendak belajar tetapi terlalu jelek bunyinya bila didengar. Nahunya tidak betul. Bahasa Arab, maklum sahaja, jika ada kesalahan berlaku dari segi percakapan, ia lebih jelas daripada salah bertutur atau nahunya pada Bahasa Inggeris, saya rasa. Bunyinya agak teruk dan sangat 'merbahaya'. Tapi keinginan orang yang mahu mempelajarinya cukup tinggi dan ghairah, saya perasan. Entahlah.


Bahasa Inggeris berbeza. Kita hari-hari boleh mendengar perbualan BI, sekurang-kurang di radio atau tivi. Bahasa Arab amat jarang untuk mendengar perbualan dan dialog dalam bahasa itu. Itu antara sebab bagaimana susahnya untuk 'mendapatkan' bahasa Al-Quran itu.


Jadi, saya terfikir tentang bagaimana mahu buat orang senang belajar Bahasa Al-Quran ini. Saya sendiri mempelajari BA lebih sepuluh tahun namun untuk bercakap masih ada sekat-sekatnya. Mungkin kerana saya kurang komunikasi. Untuk membacapun masih sesetengah disiplin, tidak boleh mudah dibaca kerana perkataan yang digunakan. Bahasa Arab sangat susah sebenarnya. Ada yang dapat belajar BA tetapi tidak dapat rasa 'nikmat'nya menyebabkan rasa cintanya pada bahasa itu kuat. Ada yang dapat nikmat itu. Saya bersyukur saya hari ini peminat kepada bahasa itu dan sempat merasai nikmat bahasa itu yang memang sangat luas mandalanya.


Untuk yang berminat dengan BA, ingat, pada saya BA ini sangat susah. Tetapi ia akan ringan bila ada azam yang cukup kuat.


.

20.1.09

1.2.3.4.5

1

tangan atuk menggenggam tanah
melemparkannya ke atas
tanah jatuh berhamburan
debunya terbang bebas
bahkan dari mata kasar

2

dari mana datang cinta
dari kulit pisang licik atas lantai
menguli kaki lalai
rebah dan terhantuk ke dinding batu
keras menyedarkan sesuatu

3

anak-anak palestina
apa salahmu kepada israelia
kerana kulitmu lembut kapas
sekarang dibarakan api panas
dihempan batu bangunan
sesak nafas kalut manusiawi
apa salahmu pada israelia

4

hamas
kau jauh dari mampumu
di negeri perebutan
tetap kau pertahankannya
walau darah coklat di tanah
katamu :rumah ini rumah suci.
nyah dari sini

5

lerui bahasaku
dari pangkal pendirian
dan sekarang ada yang menegakkannya
talinya ada
cara ikatannya ada.


20.1.09

.

tafsiran kepada blindness

19.1.09

tangguhkan...


1

Sementara menunggu Asar, saya mahu bawa ke mari apa yang tertangguh semalam. Banyak hal yang tertangguh. Mungkin kerja yang biasa. Yang rutin. Boleh jadi juga yang tidak rutin. Bertangguh menjadikan pada kemudian nanti, menjadi longgokan. Semacam sampah sarap di depan rumah sewa ini. Sudah masuk dua hari, belum datang-datang lori sampah itu. Saya rasa pula tidak lama saya mahu duduk di rumah lama ini. Mungkin pindah. Tapi hal ini juga termasuk di antara yang tertangguh. Semacam saya baru menonton Blindness, sebuah filem Fernando Meirelles.


1a


Filem itu diangkat daripada novel penerima Hadiah Nobel untuk sastera tahun 1998, Jose Saramago. Mungkin pandangan saya dengan apabila menontonnya macam apa yang disebut Noordin Hassan yang menonton filem Dr. Zhivago yang juga diangkat daripada novel Dr Zhivago oleh Boris Pasternak, mungkin. "Itulah bezanya teater. tengok saja benda itu, dia lekat di kepala, samapi sekarang. Berpuluh tahun dah kita tengok. Lebih dramatikatau lebih luar biasa, lebih kuat lagi dia tinggal dalam kepala kita. Misalnya kalau tengok Dr Zhivago, oh bagus sungguh, saya tengok lima kali. Sedangkan novel, bergantung kepada kekuatan imaginasi dan kreativiti kita". Pun pengakhirannya saya tidak tengok, entah apa pasal. Novel Blindness itu juga saya tidak baca sampai habis. Berlaku mungkin kerana bertangguh.

1b
Filem yang digarap pada saya hanya 'melibatkan' teknik atau mekanisme naratif 'filem' yang agak sederhana. Ya, sederhana. Teknik yang sukar atau yang rumit tidak digunakan mungkin untuk memudahkan 'penceritaan'. Tetapi kesannya sangat besar. Saya rasa memang pengarahnya 'pintar' menggunakan teks 'novel' asal dengan sebaiknya. Saya tidak kesan dua medium yang beza ini dan selok-beloknya, tetapi cerita yang disampaikan agak menarik, penyampaiannya berkesan. Ia dibina dengan imej yang matang. Ya, saya yakin pendekatan 'imej' yang mengguatkan filem ini, maka faktor lokasi, latar belakang, warna visualnya dan sebagaianya yang mempengaruhi 'imej' ini, sangat memberi makna kepada persembahannya. Saya tidak tahu, cerita asalnya dikekalkan 100% atau tidak, tentu sahaja berubah, pada kebiasaannya dan tidak tahu juga tentang 'semangat aslinya' yang berjaya dipindahkan, tetapi ada kemungkinan ya, ia berlaku dengan baik. Jose Saramago ketika menontonnyanya di Cannes tidak silap saya filem ini, pada tayangan perdana di sana, ia membuatkan beliau mengalirkan air mata. Tidak tahulah kenapa.
1c
Aliran surelisme yang memperkayakan karya novel Blindness itu, menurut siapa saya tidak pasti. Tapi semacam itulah juga yang 'dilakarkan' lewat visualnya. Filem itu tidak lari daripada keadaan huru-hara, cacamarba, kekacauan, kerakusan, kebebasan licentia poeticanya dan macam-macam lagi. Maka yang dikatakan 'buruk' akan nampak di sini dengan surelismenya.
Yang tenang, juga dengan surelismenya.
2.

Banyak kelemahan pada 'bertangguh' ini. Saya sedar, tapi inilah kelemahan saya. Tapi ada benda yang saya agak kurang bertangguh. Macam apa yang saya rasakan benar-benar dalam kepala, lalu saya cepat-cepat tuliskan. Tapi tidak setiap masa dan berlaku jarang-jarang sekali. Mudahnya saya memang suka bertangguh. Puisi Dato Baha Zainpun ada yang berjudul Menangguh Kebenaran. Tapi sudah lama saya tidak baca sajak ini. Sajak ini tidak silap saya ada dalam kumpulan sajaknya Catatan Tiga Perjalanan.


3.


Kerana banyak bertangguh, saya agak letih. Beban membukit. Tulang pula rasa bagai diratah waktu. Berapa buah buku menunggu untuk saya menjamahnya. Ia dicetak sebahagiannya malam semalam. Saya baru memulai buku Abdul Rahman Al-Kawakibi. Judulnya Tabaie Al-Istibdad atau Tabie Al-Istibdad atau dalam bahasa Inggerisnya The Nature of Dictatorship. Buku The Road to Serfdom (tapi saya dapatinya daripada internet dalam Bahasa Arab) oleh Friedrich Hayek dan beberapa buku lain. Buku Urwatul Wusqa dari majalah yang diusahakan Jamaluddin Al-Afghani dan Muhammad Abduh juga sempat saya dapatkan. Turut saya sekarang baca kumpulan puisi terbaharu Muhammad Hj Salleh judulnya Setitik darah di Bilik Bundar. Tapi semuanya dalam penangguhan.


4.


Saya terfikir untuk apa penangguhan yang membazir ini. Tapi saya tidak boleh lari. Ia jadi lali. Tadi selesai sudah kerja rasmi saya, yang mungkin saya kurang ghairah padanya. Apa boleh buat, saya lakukan dan sudahpun usai.


.




17.1.09

‘Orang seni yang tulen tidak hipokrit’




Saya tidak tahu kenyataan ini betul atau salah. Tapi saya rasakan ia betul. ‘Orang seni yang tulen tidak hipokrit’. Mengapa saya kata macam itu. Pandangan saya ini disetujui atau tidak, bukanlah hal yang saya mahu tegakkannya bersungguh-sungguh. Ransangan hipotesis ini daripada sebuah majalah, Pentas, tahun 2006, November-Disember. Antara majalah yang terbaik dipersembahkan, kulit dan isi kepada pembacanya, pandangan saya. Hanya lebih kurang 4-5 kali sahaja saya sempat mendapatkan majalah ini di kedai yang saya selalu membeli majalah. Kemudian susah untuk menemuinya. Saya mungkin hendak melanggan kemudian nanti, insyaAllah. Ada rezeki boleh saja.


Edisi Jil. 1 Bil 4 itu (antara kandungan pentingnya) menyoroti Krishen Jit, seorang penggiat teater yang aktif atau lebih tepatnya seniman yang sangat mementingkan perjuangan seninya. Biasanya di negara kita yang semacam ini, dan Krishen Jit seorang penggiat teater yang penting daripada 70-an, jika saya tak silap, hasil garapan dan teater yang ditonjolkan adalah yang daripada masyarakat dan nilai yang berlaku pada masa dan keadaan, mengikut budaya dan persepsi pada masa itu.


Seniman yang tulen membaca, mengamati, memikirkan lalu menghasilkan karya yang lahir daripada suasana yang ‘sebegini’. Teater mempunyai ransangan dan pengaruh daripada keadaan politik, sosial, pemikiran, nilai dan keadaan massa pada waktu itu. Hal memang sangat menarik, maka tidak terkejutlah karya-karya mereka seperti Noordin Hassan, Krishen Jit, Dinsman dan lain-lain sangat tinggi dan besar nilainya. Ia begitu ‘signifikan’ dengan realiti walaupun masih tegar dalam aliran seni dan estetika.


Saya membaca wawacara Dinsman dengan isteri Krishen Jit (Krishen meninggal tahun 28 April 2005) meluahkan sesuatu yang pada saya begitu jernih sifatnya. Sesuatu daripada peribadi tetapi secara tersiratnya adalah bersifat luahan tulen daripada ‘orang seni’ yang hidup dalam sebuah negara, masyarakat yang sedang membangun pesat.


Saya sebagai pembaca mahu menyimpulkan (bukan apa yang terkandung dalam wawancara itu tapi apa yang mendasar dan dilihat daripada sisi yang lain) teringat lansung dengan perkataan atau ungkapan ‘orang seni yang tulen tidak hipokrit’. Maka saya yakin, orang seni yang tulen sebetulnya akan tidak bersifat atau bersikap hipokrit walau macam mana keadaannya. Tentu mustahil kerana manusia adalah manusia yang ada unsur-unsur asas yang sama dengan manusia yang lain. Tidak, saya katakan bahawa memang ‘ada manusianya’ yang begitu sedar tentang kehidupan dan selok-beloknya, dan dirinya tidak mahu menjadi hanyut dengan arus kehidupan itu. Dirinyalah yang menentukan arus bukan arus yang menentukan dirinya. Dirinya yang berdiri dengan prinsip atau sesuatu pendirian, tapi bukan prinsip atau pendirian itu dipaksakan ke atasnya. Dan saya percaya ‘orang seni atau seniman yang tulen’ yang diberikan ‘diri’ yang tidak hipokrit.


Mereka tidak akur dengan mana-mana tuntutan, tapi seni itu bertujuan itu mendalami manusia dan memanusiakan itu sendiri. Seni bukan dijadikan untuk persembahan seronok-seronok dan gelak-ketawa tetapi mempunyai nilai untuk difikirkan. Seni juga tidak tunduk dengan keadaan dan mana-mana desakan, kerana ia pergucapan yang berbaur pemikiran tulen dan pandangan yang ‘berbeza’, bukan untuk dikomoditikan atau alat ekonomi. Bukan untuk dijadikan propaganda lebih jauh untuk dijadikan pengaut laba.


Jika ini berlaku, seni diangkat oleh seniman di atas ‘maruah’ kemanusiaan, dan bukan ditelanjangi dengan hipokrasi mana-mana individu atau golongan. Polos daripada mana-mana suara yang bermotifkan ‘sesuatu’. Maka dengan sebab itulah juga ‘seni’ terasing pada hari ini kerana ‘kemanusiaan’nya itu bukan mudah untuk dijamah orang naluri dan keperluan sekarang. Di negara membangun yang mahu mengejar ‘negara maju’, krisis ini tentu sahaja tidak dikejutkan. Memanglah. Sebab itu tidak ramai yang boleh dikatakan ‘seniman tulen’.


Seniman, memang pengucapannya berbeza. Berbeza dari orang kebiasaan tapi tetap cocok dengan massa. Tidak lurus tapi malah jauh jalannya. Tapi dari jalan jauh itu, ia menyusupi ke naluri dan fikiran, dan kekal lama dalamnya. Jangan hairanlah sesuatu seniman itu, atau karyanya begitu ‘abstrak sifatnya’ atau ‘tinggi’. Realitinya itulah seni. Seniman tulen, menghasilkan sesuatu tanpa mengambilkira sesuatu itu boleh dijual atau tidak. Ia tidak bergantung kepada naik turun ekonomi. Ia bergantung kepada masyarakat. Masyarakatlah yang menentukan ‘seni’ untuk mereka. Sifat seniman tulen bukan mengajar tapi mendidik secara seninya. Seperti dikatakan tadi bukan jalan pendek, tapi jalannya rumit dan panjang, itulah yang dilakukan seniman. Bukan seperti pendidikan formal di sekolah atau universiti. Maka seni bukan untuk senang tapi untuk manusia. Untuk keseimbangan antara pembangunan fizikal dan rohani. Antara bangunan dan perasaan manusiawi. Itu saja kerja seni.


Kerana itulah, ada bezanya antara seniman palsu dengan yang tulen. Perbezaan ini sangat ketara. Seniman palsu, adalah sebaliknya daripada yang disebut di atas, kerjanya mencipta sensasi, kosmetik, bombastik, sedikit plagiat, sedikit gosip, sedikit politik, sedikit ‘hanyut’ dengan arus (malah banyak), untung rugi diambilkira, sukakan situasi menang, kemahsyuran, populariti dan kedudukan yang baik.


Saya teringat Mutanabbi, seorang penyair dari era Abbasiyah yang cukup terkenal dengan puisinya yang berkobar-kobar semangatnya. Macam dalam tema hamasah (keperwiraan dan semangat berkobar-kobar), dan biasanya tema sajak ini untuk berbangga dan peperangan atau untuk mengangkat seusatu kaum atau golongan ke atas yang lain. Mutanabbi cukup hebat dengan tema ini, tidak silap saya. Satu lagi dalam madh (pujian). Juga Mutanabbi cukup hebat dengan puisi pujiannya pemimpin-pemimpin waktu itu, khalifah pada masa itu. Kerana itu, dengan puisi semacam ini yang menyala-yala dan indah-indah dinyayikan Mutanabbi. Kepada pemimpin atau khalifah mana yang boleh dia bergantung, di situlah puisi itu didendangkannya. Di situlah kekuatan Mutanabbi dengan pengaruh puisinya, menjadi kesayangan orang atasan dan selalu memberikannya perpindungan. Pandangan nipis dan cetek saya, Mutanabbi bukan daripada seniman tulen. Walau puisi-puisinya mempunyai tempat tinggi dalam sejarah kesusasteraan Arab. Puisi Mutanabbi diingati kerana estetika, tetapi tidak prinsip dan ketulenan senimannya. Ia hanya seni yang menenggelamkan makna keluasan seni itu dan kekuatannya.

.

16.1.09

demi palestin

Saya hari ini sudah tahu bahawa kerajaan sungguh-sungguh mahu isu Gaza yang dalam huru-hara dan porak peranda itu diselesaikan segera. Maka kerajaan dengan serius memandang dan Alhamdulillah usaha kerajaan kita doakan berterusan dan moga memberikan kesan. Untuk kerajaan kita, saya ucap syabas dan tahniah bukan kerana apa, demi Palestin. Demi rakyat Palestin.

Memang betul, apa yang boleh disumbangkan, buatlah demi Palestin. Boikot, sumbangan duit, pemberitahuan atau sebarluaskan isunya, penerangan, demonstrasi, sms yang macam-macam, mengutuk dan menulis tentangnya, solat, doa, qunut nazilah dan sebagainya. Semua ini akan membantu secara lansung dan tidak lansung. Setidak-tidak membangunkan kesedaran. Ada juga yang tidak tahu atau baru tahu tentang Palestin. Bukan semua perasan. Kalau saya menulis tentang Palestin bukan kerana saya tahu sangat atau pandai atau apa-apa maksud. Niat saya untuk diri saya dan mengingatkan diri tentang persaudaraan. Tambah saya sudah agak lama terdedah kepada isu Palestin sejak dari sekolah menengah. Tidaklah terlalu lama, tapi pada saya bolehlah. Saya mungkin tak pandai cerita situasi dan sejarahnya. Tetapi saya pasti dengan kemusnahan kemanusiaan terhadap Palestin itu betul-betul fakta dan peristiwa yang tidak seharusnya berlaku dalam dunia moden ini. Saya pasti yang Zionis lakukan itu, sudah mengatasi daripada barbarian dan di luar sifat kemanusiaan.

Saya tahu masih ada yang pesimistik dengan isu ini. Pada saya terpulanglah. Kalau dulu pernah juga terdengar, "kenapa isu Palestin?. Mereka jauh. Di sinipun sudah tak boleh handle". Timbullah cakap-cakap pasal politik dan hal-hal agama yang perbincangan tidak bertujuan mencari benang lurus kebenaran, malah untuk mengusutkannya lagi. Ada. Memang ada orang macam ini. Bagi saya, tidak perlu dilayan.
Satu masalah dalam isu Palestin ini, orang kita mudah terbawa-bawa dengan emosi dan semangat. Orang muda biasanya tidak terkecuali orang tua. Sebenarnya, isu Palestin bukan isu semangat berkobar-kobar tapi pasal rasional dan kemampuan kita. Palestin isunya panjang dari dulu. Mungkin kena baca juga serba-sedikit latar belakangnya. Jika malas membaca, tanya orang yang tahu, minta dia ceritakan. Sekurang-kurang kita tahu dan boleh berdiri dengan maklumat itu, dan bukan menyokong atau terbawa dengan semangat bermusim itu.

Apapun demi Palestin, kesatuan itu penting. Keazaman itu penting. Dan kemanusiaan dan ilmu itu penting.

Boikotpun satu hal, cukup banyak barangannya. Kita perlu tahu yang lagu-lagu orang putih itu mungkin banyak daripada bangsa Israel atau sekurang-kurangnya dari Amerika. Filem-filem seperti yang ditulis Faisal Tehrani dalam Siasah terbaharu. Barang seharian dan macam-macam lagi. Cukup besar kuantitinya. Bagaimana kita punya tekad untuk memboikotnya. Demi Palestin....fikirkan.

. Dikatakan dalam berita tv 1 tadi Liga Arab tidak dapat membentuk korum untuk sidang tergempar tidak silap saya untuk membincangkan isu Palestin, menunjukkan bantahan sepakat sesama negara-negara Arab. Ia tidak dapat diadakan kerana tiga buah negara Arab tidak hadir (tak silap saya). Memang seperti yang sudah dijangka negara-negara Arab lansung tidak serius. Antara negara Arab yang saya sifatkan 'pengecut' dan 'burung kakak tua' itu, (mereka ini khabar anginnya sudah 'dicangkuk' oleh Amerika) ialah Mesir dan Arab Saudi. Memalukan.

.

14.1.09

sajak santai-tulis namamu

gambar dipinjam dari fireflyforest.net

Tulis namamu

tulis namamu
pada air hujan
yang melukis
wajah-wajah
pencerita
yang sedang senyum
kepadamu
dan apa
yang kau rasakan
tika hiba
tika resah
tika pedih
tika kasih
tika rindu
dalam satu ungkapan
atau perkataan
hanya satu harapan
masa masih di ribamu
sebelum ia beralih
cepat tuliskannya
sementara teduhnya
lagu rawan.



Letihnya

letihnya-
bersendiri
dan berdiri
di depan cermin
membilang rambut,
bulu dan alis mata
setelah ditambah
dengan bulu tangan
dan janggut yang kian kusut-masai
penatnya-
bersendirian
dan duduk tenang
membilang muka surat
buku-buku manusia
tidak kau kenal
mengepak sayapnya
seperti helang pencari
dan rama-rama mempersona
sabarnya-
bersendirian
dan baring di atas rumput
mengutip habuk dan debu
bercampur dengan pasir ramah
tetap mengawankan matahari
setiap awal pagi ke senja segan
rindunya-
bersendirian
berbaris panjang
bertemu yang dirindui
dalam satu ruang tanpa penghadang
yang menawan
yang lembut gemalai
makna kehidupan terisi
wadahnya malah melimpah
sanggupku menunggu
walau hilang namaku
atau tidak kenal diri.
.

13.1.09

pengkritik

Pengkritik, saya tidak tahu apa kelayakan untuk jadi si pengkritik. Tetapi yakinlah kalau kita gunakan metod pengkategorian yang mudah, ada dua jelas pengkritik. Semua sudah maklum; pertama, pengkritik yang baik. Kedua, pengkritik tidak baik. Dan saya hampir percaya tidak ada pengkritik atas pagar.

Pengkritik pertama, kita tidak mahulah gunakan kata adjektif 'baik' itu. Tapi saya ubah jadi pengkritik tulen atau berpendirian atau mandiri. Saya gunakan tulen. Maksudnya seorang yang mengkritik daripada sudut pandangan dan idea dari dirinya sendiri. Kalaupun dia mengambil pandangan orang, ada tambahan dan pembaikan pada pandangan atau kritikan itu. Ia tidak mengkritik tanpa berfikir panjang, tapi mesti melalui penaakulan dan pemerhatian atau kalau daripada kata hatinya, ia mesti ada asasnya.

Dan pengkritik kedua, kata lain yang sesuai menggantikan 'tidak baik' itu, kita katakan sahaja pengkritik saduran atau buatan atau kosmetik. Tapi saya gemar dengan kata saduran. Pengkritik saduran ini pandangannya tidak dalam melihat masalah. Fikirannya hanya di permukaan, tidak detail, mantap, tidak mampu membina di atas kritikan itu, terlalu polos dan mungkin polos, hujah yang berulang, samar dan penuh retorik.

Terpulang pada pembaca mahu kaitan dengan situasi, keadaan, program, aktiviti atau apa-apa sahaja dengan dua jenis pengkritik ini; satu, pengkritik tulen dan satu lagi pengkritik saduran. Saya lihat masalah ini timbul bila kita sebut atau bertemu dengan pengkritik atau kritikan.

Sebenarnya kritikan sangat penting dalam kehidupan kita terutama yang membabitkan profesionalisme dan kerjaya. Bidang ilmu sangat perlukan kritikan. Penulisan, bidang seni, perundangan, politik, sosial (ini biasa kita dengar dengan kritik sosial) dan sebagainya. Kalau kritikan yang semacam American Idol itu, saya rasa pengkritik itu membuat kritikan juga, tapi sebetul dia mengajar atau membetulkan atau mengeluarkan orang itu dari program-tidak sebetulnya membuat kritikan. Kritikan mesti ada asas dan hujahnya. Kritikan mesti daripada penaakulan atau pemerhatian sesuatu masalah dalam satu tempoh masa.

Kritikan mungkin tidak dapat dibuat kalau sesuatu masalah ditimbulkan pada masa itu, lalu dikritik bulat-bulat di situ juga. Rasanya itu bukanlah kritik namanya. Kritik lebih kepada proses menilai, mencari kekurangan atau kelebihan dan akhir sekali memberikan pandangan kepada masalah. Mungkin metoh atau bingkai tertentu digunakan, tetapi ada juga kritik itu bebas dan sepontan dari fikiran, dan tidak semestinya ada bingkainya.

Orang yang biasa ditekan, dilambakkan masalah, ditimpa krisis dan konflik- golongan atau individu ini biasanya boleh membuat kritikan malah bernas sekiranya mengikut arus rasional. Orang selesa, senang, santai, tidak terbangkit dengan persoalan yang ada, kurang sensitiviti, tiada kesan emosi dan sebagainya, kebarangkalian besarnya tak boleh membuat kritikan. Maka kritikan hanya datang bila (biasanya) bertembung dengan masalah.

Banyak orang lahirkan kritikan bila ada masalah. Tidak kira untuk menyelesaikan atau mahu memberitahu. Ada kesannya pada masalah itu jika kritik itu berwibawa atau ada isi. Tapi tidak semestinya!. Mungkin sahaja kritikan itu ditolak mentah-mentah. Nasib.

Pengalaman saya, kritik hanya datang bila ada masalah. Apabila ditekan dan sebagainya. Di negara kita, kita perlu pengkritik yang baik atau jenis pertama tadi iaitu 'pengkritik tulen'. Ini merujuk dalam apa-apa saja lapangan, sastera ke?, politik ke?, sosial ke?...Oleh itu jangan matikan kritikan ini. Berikannya ruang untuk mencari punca dan sehingga ia mampu mengoreknya daripada akar masalah. Jangan putuskan keberanian untuk mengkritik.

.

11.1.09

sajak-gusar



gusar
(kepada saudara di palestina)

gembira atau gusar
secara maknawinya satu.
cuma hatimu
boleh mengasingkannya
walau diri tetap patuh akan kesamaan rasanya.
jika kau belah hati ini
tika gusar membelok hidup
tetap merah darah yang keluar
dan jika kau belah
tika gembira
merah darah akan berhambur lumpur
bercampur tanah liat mereka.

11.1.09


.

9.1.09

sajak malam 2

sesekali menoleh dan membaca semula tulisan lama dan membawanya ke muka semasa ada anehnya. Dulu, saya tidak ingat bilakah sajak ini ditulis tepatnya. Saya terlupa hendak meletakkan tarikh (mungkin). Ia sudah dibincang dan diberikan pandangan oleh seorang yang berpengalaman dalam bidang puisi lewat sebuah program. Saya tak ingat ke seluruh pandangannya ketika itu. Biasanya apabila seorang yang berpengalaman membimbing, ia mungkin tidak menyatakan sajak itu bagus atau tidak bagus. Tapi mungkin adalah mana-mana ayat-ayat cenderong kepada 'bagus' dan 'tidak bagus' itu. Tapi saya tidak kata sajak pendek ini, (selepas baris yang lain rasanya tidak berguna), saya letakkan baris 'kepala'nya, kerana ini sajalah hayatnya. Yang lain biar terkubur-saya kira saya tidak menzalimi apa-apa.





malam 2

malam ini palinh sunyi
ketiadaan diri sendiri
di tempat yang paling muram
kehilangan sapaan mesra,
senda gurau keluarga

.

7.1.09

tentang palestin

palestin tentang apa sebenarnya.
dulu ia tentang agama dan bangsa
kata kuncinya- yahudi.islam @ israel.muslim

timbullah sela-sela itu pasal- the clash of civilizations
rujuk http://en.wikipedia.org/wiki/Clash_of_Civilizations

tapi, idea ini sudah karat malah dikaratkan dengan pandangan geliga lain
misalnya edward w. said http://en.wikipedia.org/wiki/Edward_Said
dan memangpun teori ini lebih kurang sama dengan teori darwin yang berselang-seli
negatif dan positif
tapi mungkin lebihnya negatif
mana ada ada pertembungan?
semua manusia boleh hidup dalam dunia,
kecuali manusia sendiri membuat onar
bersikap tamak, gila kuasa, nafsu berserakah, benci dendam, penting diri sendiri,
oportunis, mahu kaya, mahu dominasi orang dan sebagai

dan tentulah ada pertembungan
yang kecil-kecil
dan tidak tabii sebenarnya manusia itu bertembung dan bermusuh yang besar-besar
setakat berbeda pandang itu biasa
jadi, mengapa sampai ada istilah 'pertembungan'?
tentu ada muslihat.

cuma ingatlah ini, pertembungan yang nyata dan awal bila syaitan tidak patuh
suruhan Allah untuk sujud pada Nabi Adam a.s
syaitan naik sheikh, riya dan takburnya melengking
apa jadi, pertembungan hak dan batil sudah lahir

dan syaitan sudah berjanji tidak melepaskan Nabi Adam dan anak-anaknya
dan sebetulnya dalam Al-Quran, permusuhan yang nyata dengan orang beriman adalah syaitan.
sesama manusia tidak bertembung musuh, hanya apabila dipengaruhi syaitan tadi.

bukankah sifat syaitan itu angkuh, sombong dan melagakan sifatnya
itulah yang berlaku di Palestin
namun sedari awal ia sudah didoktrinkan
oleh orang-orang yang dipengaruhi syaitan ini

kembali pada palestin tadi.

sekarang ceritanya sudah lain
dah lama dah...
ia tidak lagi sekadar tentang agama dan bangsa
tapi hakikatnya tentang kemanusiaan
yang sudah tidak lagi seperti seadanya
syaitan sudah bertopengkan manusia
awas, tidak apa perlu hujah dan kompromi lagi

2

saya hormati tun dr mahathir kerana dia seorang anti-barat walau ada ketikanya sikapnya dipengaruhi barat. tapi bila beliau menentang barat dan israel secara terbuka (kiranya beliau ditakdirkan seorang pemimpin Timur Tengah atau organisasi di sana, mungkin sudah 'out') dan ideanya untuk memulaukan penggunaan dolar, pandangan itu besar sebenarnya jika dipraktikkan.

begitu juga bila dato abdullah badawi, pm yang bakal mengundurkan diri. Isu palestin, nampaknya beliau sudah mulakan tindakan, walau belum kita tau kesannya, namun harap kita ia betul-betul mengesankan.

amin
amin
amin

palestin ketika ini seolah sendirian. mana saudara? mana kawan?

3

robek zionis
hancur zionis
menjadi mayonis
.
.

6.1.09

majalah wasilatul ummah





1. Teman-teman pembaca, rakan-rakan, ikhwan dan semua yang sedang menatap blog ini, apalah kiranya membeli majalah yang julung kali diterbitkan lagi menarik ini. Saya ada menulis untuk majalah ini. Terima kasih atas kepercayaan editor.

2. Banyak cerita tentang majalah ini, sekalipun saya belum dapat menatapnya. Saya yakin isinya bermanafaat, insyaAllah.

3. Banyak yang ingin saya kongsikan di sini. Ya, terlalu banyak. Salah satunya saya memikirkan tentang apa yang berlaku beberapa hari ini. Hari-hari yang selesa bagi saya. Saya dapat menulis walaupun tidak 'rencam', apapun ia tetap lahir. Disiar atau tidak, saya hanyalah mencuba. Namun, saya berharap ia akan diterima.

4. Jika saudara ada cerpen lama. Biarkan. Mungkin nanti ada masanya, ia akan berguna. Semalam saya menanggani cerpen lama, mungkin empat tahun usianya. Saya tetap simpan pasal apa tidak tahu. Sudah banyak judul diberikan. Mungkin itu dan ini. Beberapa kali. Akhirnya jadi seperti yang 'ditanggani' malam tadi. Tentu namanyapun sudah berubah. Saya tidak berharap tapi saya akan gembira jika ia disiarkan pihak editor itu. Tunggu sahaja.

5. Rugi tidak beli majalah pertama kali diterbitkan itu dan ia merupakan bil. 01, perhatikan ia. Lagi pula ia menonjolkan gambar Dr. Asri Zainul Abidin (Maza). Tentu sahaja ada yang menariknya pada isi kandungan. Untuk mendapat maklumat lanjut dan cerita 'benar' daripada orang kuat atau taukenya sila ke http://melikapakjangak.blogspot.com/. Dan yang mahu melanggan atau membelinya boleh rujuk ke blog berkenaan.

6. Tahniah buat Azlini dan editorialnya. Tahniah dan terima kasih.

.

promosi ke?.

.

3.1.09

Bila Kasut Berbicara






Cerpen

Bila Sepasang Kasut Berbicara

Nota tersebut ditemuinya dalam sepasang kasut yang dibaling seorang wartawan Iraq ke arah Presiden Bush waktu lawatannya ke Baghdad. Kasut itu diambil pihak keselamatan sebagai bahan bukti agaknya. Kebetulan, dia salah seorang pengawai keselamatan bawahan bertugas di unit penyiasatan yang selalu bersikap canggung apabila diserahkan bahan bukti tersebut.


Dia hairan bagaimana kasut bersaiz sepuluh itu menjadi alat senjata yang boleh mengamatkan keadaan sehingga dia diberitahu, “kasut ini pengancam keselamatan. Lebih elok dipenjarakan”. Dia tersenyum malah hampir ketawa kerana lelucon itu yang paling jahil pernah dia dengar. Dia tahu kasut itu tidak bersalah apa-apapun.


Dia baru tahu yang kasut itu milik seorang lelaki bernama Muntazer al-Zaidi. Lelaki itu mungkin mahu menyampai mesej bukan bermaksud jahat. Ada rasional di sebalik perbuatan yang nampak kasar itu. Mungkin perbuatan itu pada pendapat orang lain berbaloi. Bagi dirinya, dia mungkin tidak bersetuju apabila seorang Presiden tersohor itu menjadi mangsa balingan sepasang kasut. Terlalu emosional atau prejudis. ‘Ada-ada sahaja’ bisiknya dalam diam.

Presiden Bush mungkin lega kerana kasut itu tidak mengena dirinya. Nasibnya baik. Presiden Bush sendiri kata apalah yang ada pada sepasang kasut bersaiz sepuluh. Ia peristiwa yang sama berlaku di mana-mana tempat. Mungkin satu insiden yang biasa dan sama berlaku di mana-mana tempat lain. Baginya orang yang melakukannya bertujuan untuk mendapat perhatian sahaja. Tapi semua kata-kata Presiden Bush itu lansung tidak berkaitan lansung dengan sepasang kasut yang dibaling ke arahnya di depan ramai manusia, dia rasa. Dia tersenyum sendirian sekali lagi. Apakah Presiden sudah ketakutan pada waktu itu?.

“Mujur dalamnya tak ada bom,” usik seorang rakan sejawatan.

Dia membelek sepasang kasut itu bukan maksud memeriksa. ‘Sayang, masih boleh pakai’ getusnya sendiri. Dia menjumpai beberapa helai kertas dalam kasut itu. ‘Barangkali kasut itu longgar,’ fikirnya sebentar. Tidak, ia kertas yang bertulis dengan dakwat pen. Ketika dia membacanya, dirinya tiba-tiba teruja dan menganggapnya satu penemuan transkripsi ini memberi tuah kepadanya. Diam-diam dia menyembunyikan helaian kertas itu dan dibawa keluar.


Dia membacanya sendirian dan dalam hidupnya barangkali, ini pengalaman pertama dan terakhir melibatkan kasut yang dikatakan ‘paling bermaruah’ berserta mesej yang terbuka sifatnya. Lalu dia berpendapat tulisan ini tidak perlu disebarkan. Namun, selang beberapa hari kemudian, dia mengubah pendiriannya. Transkripsi itu diserahkan kepada seorang editor akhbar tempatan. Apabila saat mencari pengarang asal tulisan itu, jelas tidak ditemui tuannya. Malah polis mengatakan ‘ini kes terpinggir yang tak perlu kecoh dan campur tangan pihak berwajib’.

Berikut catatan yang asalnya bertulis tangan:

“Tidak masuk akal lansung bila Presiden Bush seolah tidak nampak apa yang berlaku di sekelilingnya. Presiden hanya terus-terusan mengombrol di mana-mana negara kunjungannya di saat-saat akhir menjadi presiden kepada sebuah negara demokrasi unggul seperti sedia maklum. Berakhirnya riwayat Presiden di Rumah Putih ini menandakan bahawa betapa sugul dan malunya rakyat Amerika dengan perbuatan Presiden yang menampakkan begitu ketara sekali pengkhiatannya terhadap tamadun Anglo-Saxon (dan tamadun kemanusiaan dunia) yang sebenarnya walaupun pernah menjadi bangsa penguasa, tapi malang sekali pada pemerintahan Presiden, penguasaan yang dihempapkan ke atas pelbagai bangsa khususnya bangsa Arab dan Afganistan sangat menjijikkan dan mempamerkan sikap rakus tanpa sempadan.


Amat mengecewakan lagi apabila hal ini lansung tidak dipedulikan dengan isu-isu dalaman yang sedia menemui kerencaman yang memang sudah diberi tanda-tanda peringatan dari Tuhan seperti ribut taufan, banjir dan malapetaka yang lain. Sehingga tidak hairanlah ada yang beranggapan bahawa tindakan dan dasar luar Presiden yang kacau itu menunjukkan dirinya seorang sekular yang ideal dengan mengabaikan nilai-nilai agama yang tentunya menentang sama sekali pencerobohan, penjajahan, tipu daya dan pembohongan yang dilakukan demi mencapai maksud yang direncanakan.
Atas nama keganasan seperti yang disebutkan berapa ratus kali dan diploklamirkan di seantero dunia kerana mahu mendapatkan restu yang juzu’ sifatnya yang kemudian dianggap seolah-olah ia satu pengizinan yang mutlak dan menjadikan perkara anti-keganasan ini satu program yang paling manusiawi dan isu global yang wajar ditanggani mengikut laras demokrasi yang hakikatnya difahami secara serong oleh Presiden sendiri.


Rakyat Amerika sama sekali sudah serik berketuakan manusia seperti Presiden. Presiden bukan tidak tahu kemelesetan ekonomi di Amerika yang melumpuh dengan teruknya akibat daripada sikap egoisme yang dijadikan pegangan sehinggalah menyebabkan suasana kelam-kabut tiap pojok dunia. Kesan ekonomi itu sangat ketara sehinggalah memberikan kesan kepada bank-bank di negara Presiden yang mengalami gangguan kelancarananya. Malah soal-soal pemanasan global yang tidak lansung diambil endah menyebabkan kesannya makin ketara di mana-mana. Amerika, Brazil, Afrika, benua Asia dan negara-negara kecil juga menerima akibat buruk tidak perihatin kepada masalah teras yang sepatutnya ditanggani berbanding persoalan keganasan yang kononnya harus dimartabat demi kemanusiaan.


Di kemuncak hari-hari akhir Presiden di kerusi ampuk itu, apakah yang Presiden dapat lakukan demi menjanjikan semua itu akan berada dalam keadaan normal. Berapa banyak ralat yang harus diperbetulkan dalam masa yang singkat ini. Mampukah perkara yang ajaib lagi luar biasa menjelma di jendela fikiran Presiden berupa satu resolusi yang mampu menanggani permasalan besar yang ada. Mungkinkah ini berlaku dan terpampang di muka hadapan salah satu suratkhabar negara Prisiden yang menyebutkan ‘ Presiden menemui Penyelesaian Kepada Semua Konflik Semasa’. Atau dengan tajuk berita yang lain ‘Harapan Baru Ada Di Tangan Presiden Bush’.

Maka senyumlah rakyat jelata satu negara bila membaca dan mendapat berita seperti itu. Mungkinkah itu berlaku seperti yang diharapkan. Tentu Presiden berharap dipilih lagi untuk penggal yang akan datang. Tetapi hal sama sekali sudah menjadi mustahil lantaran rakyat Presiden sendiri sudah memilihnya dan membuat keputusan muktmamad. Ia tidak akan berulang lagi. Perubahan harus diadakan secepat mungkin.


Presiden tidak boleh tunggu lagi. Mengapa mahu tunggu di sini. Di sini sudah terlalu picik ruangnya untuk Presiden yang menduduki kerusi ini daripada Washinton ke Texas dan dari Minesota sampai ke Florida mustahillah ia akan berlaku. Sekarang Presiden sudah berundur. Rakyat sudah mangli dengan kejahilan Presiden kerana pendek akalnya membaca penderitaan penduduk di bumi Palestin, Afganistan, Iraq yang dipenuhi dengan darah dan kesengsaraan hidup. Bolehkah Presiden membuka mata manusiawi dan melapang dada yang zulmat itu.



Mungkin tidak. Semuanya mungkin telah ditutupi jelaga yang pekat dari api benci dan amarah yang tersembunyi. Semuanya sudah menemui noktah akhir bersama nota noktah bertindah lain yang menyusul: rakyat mahukan perubahan. Tidak mahu kezaliman dan penindasan atas atas nama keganasan yang jelas mempunyai agenda yang tertentu.

Demonstrasi berjela-jela sirinya sejak dulu, sejak zaman pancaroba yang Presien sendiri ciptakan. Tangan dan mulut Presidenlah yang tentukannya. Zaman pancaroba yang penuh dengan tragedi kemanusiaan dan ia seolah-olah bayangan susunan rencana yang tertib berlaku berplot-plot. Mulai mukadimah yang genius sehingga ke khatimahnya. (Tapi rencana ini seakan masih berjalan dan belum berakhir lantaran kesan permulaannya yang begitu kuat dengan desakan dari Presiden sendiri).

Semua jadi bukti jujur bahawa wujud sikap Presiden yang serong kepada kemanusiaan dan jauh daripada mencintai keamanan. Apakah kuasa unipolar yang ditaja penstrukturannya itu daripada buah fikiran Presiden sendiri atau lanjutan yang lama tetapi dikembangkan dengan begitu jitu, itu tidak dapat dipastikan.


Mengapa dibina sedemikian rupa agenda menguasai dunia yang jelas berniat jahat, mahu menjajah atau membalas musuh-musuh politik ini secara terbuka, secara tersirat. Malah kejahatan ini sudahpun ditebuk rahsianya oleh ribuan testimoni, tulisan-tulisan, rencana, buku, dokumentari, ceramah dan sebagainya yang menunjukkan sikap menghancurkan daripada membina tamadun dengan cara politik Machaevilli itu sangat ketara dan tidak boleh disangkal lagi. Semua ini untuk kuasa unipolar supaya terus dengan agenda yang merapuhkan negara-negara dunia ketiga dan yang lemah. Negara-negara yang menguasai minyak, menjadi sasaran kerana minyak salah satu aset ekonomi yang juga berperanan sebagai senjata politik. Pintar tidak Presiden.


Presiden degil. Memang, Presiden tidak akan berpuas hati sekiranya dirinya hanya sebagai seorang lelaki yang berkulit putih tapi dapat memberikan harapan kepada US. Apa gunanya kuasa kalau tidak digunakan untuk menekan, menakutkan orang dan membuka jalan untuk menang. Kita mesti menang. Kita mesti datang. Kita mesti tawan. Kita mesti takluk. Presiden mesti setuju kerana inilah yang Presiden mahu.


‘Nonsense,’ kata Presiden merujuk hal-hal ini, tapi bukti-bukti itu sudah menjadi sebahagian sejarah yang tidak boleh dipadam. Apa peduli dengan sejarah kerana Presiden lansung tidak segan-silu melakukan pendombrakan terhadap tamadun lain. Mahu menjadi demokrasi tetapi demokrasi yang memamah yang lain dan mengungguli diri sebagai polis dunia.


Naifnya Presiden yang tamak dan rakus itu. Yang tidak lagi mampu berbicara dengan manusia kerana manusia yang ditindas bergenang air matanya. Mereka yang terhumban ke penjara entah, apa salahnya seperti di kem tahanan Guantanamo Bay. Entah bila mereka menjadi dalang kepada keganasan. Begitu juga yang ditahan di Abu Gharib yang diperlakukan dengan begitu keji. Adakah padan dengan sepasang kasut but yang berapa sangat rialnya?.


Presiden benar-benar puas hati dengan sekutunya. Semuanya boleh dijadikan rakan kongsi untuk mencapai matlamat kuasa. Apakah bisa dengan 9/11 itu terus dikibarkan, akan berterusan ingatan rakyat jelata US tentang keganasan yang sudah dicantas sepuas hatinya oleh Presiden. Hubaya-hubaya, mungkin pada fikiran Presiden, semua ini menjadi senjata sakti kepada dunia bahawa inilah bakti besar dilakukan Presiden untuk dunia sejagat. Inilah amal yang paling manusiawi. Ya, paling hebat kerana menebus darah dan puing-puing yang bertaburan di atas tapak runtuhan World Trade Center. Biarkan dendam ini ditebus di Afganistan dan Iraq maupun negara apapun namanya, nanti generasi mendatang akan terus mengingatinya.


Tetapi harus diingat, ingatan itu hakikatnya adalah berbentuk keaiban besar kepada bangsa yang sepatutnya menjaga dan memelihara keamanan dunia tapi sebaliknya menggunakan peluang mencabuli hak-hak asasi itu dan sistem demokrasi itu sendiri yang ditaja demi kepentingan diri dan sekutu-sekutunya. Lupakah Presiden kepada nilai perabadan, nilai keagamaan dan nilai kemanusiaan. Barangkali….entahlah…hubaya-hubaya.

Sepasang kasut ini hanya untuk Presiden yang lupa diri. Hadiah yang paling tidak dapat dilupakan sepanjang hayat daripada seorang lelaki yang memang menunggu saat melemparkannya. Hari ini dunia menjadi saksi, sepasang kasut mahu memangsakan Presiden Bush. Dunia tersedar tiba-tiba. Siapakah wira?-


ditulis untuk memperingati kebebasan Palestin, Iraq dan negara-negara lain di bawah taklukan regim Amerika dan sekutunya Yahudi.


.

2.1.09

palestin derita seksa

Israel bom Gaza pada tahun baru

PENDUDUK Gaza meninjau kemusnahan bangunan di selatan wilayah itu selepas dibedil jet Israel, semalam.

Rejim Zionis bunuh tokoh kanan Hamas, isteri GAZA: Angka korban serangan Israel di Gaza mencapai 410, manakala 1,900 lagi cedera apabila pesawat negara Yahudi itu membuka lembaran tahun baru 2009 dengan meneruskan kempen pengeboman buat hari ke-6, semalam.

Serangan udara terbaru Israel membunuh seorang daripada lima pemimpin utamanya, Nizar Rayan termasuk empat isteri serta empat daripada 12 anaknya. Pembunuhan Nizar dianggap membuktikan niat Israel menghapuskan pemimpin utama Hamas.

Rayan, 52, adalah profesor undang-undang Islam dan turut terbabit menyerang askar Israel. Malah, seorang anak lelakinya melakukan serangan bunuh diri menyebabkan dua pendatang Yahudi maut pada Oktober 2001. Di NEW YORK, Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengadakan sesi tergempar selepas negara Arab mengemukakan resolusi mendesak Israel segera menamatkan serangannya, tetapi delegasi Barat menyifatkannya tidak seimbang malah mahu rundingan diteruskan.

Dalam serangan hari ke-6 itu, pesawat Israel menyerang bangunan pentadbiran Hamas, manakala kereta kebal dan tenteranya berkumpul dekat sempadan. Akhbar Haaretz melaporkan, tentera Israel mensasarkan serangan balas darat besar-besaran dalam tempoh terdekat.

Hamas pula bertindak balas dengan melancarkan roket menyebabkan tiga penduduk awam Israel dan seorang askar terbunuh, kelmarin. Israel juga menolak gencatan senjata segera selama 48 jam untuk menambah bantuan kemanusiaan kepada 1.5 juta penduduk Gaza dengan menyifatkan cadangan Perancis itu tidak realistik.

Di WASHINGTON, Livni memberitahu televisyen ABC matlamat jangka pendek Israel di Gaza bukan bertujuan untuk menggulingkan pemerintahan Hamas. "Satu-satunya cara rakyat Palestin boleh mewujudkan sebuah negara ialah dengan mengubah situasi di Gaza... Justeru, perubahan di Gaza dan perubahan rejim diperlukan untuk mencipta visi dua negara atau menterjemahkannya kepada realiti," katanya.

SEORANG wanita Palestin parah akibat serangan udara Yahudi di Rafah, semalam.
Ditanya kemungkinan serangan darat di Gazal, beliau menambah: "Saya tidak pasti.Tetapi, semuanya sudah sedia." – AP/AFP/Reuters


sumber-Berita Harian hari ini.
+

dunia tanpa nama

seorang lelaki tua berkata;
aku sudah tidak kenal kamu
wahai dunia
kerana kau jua tidak mengenal diriku
lupakan sebentar kisah bingung sesama tak kenal ini
kerana hal besar sedang melanda
di Gaza sana
darah memercik hiba
dakwat hitam menjadi merah nyala
katakan dunia bahawa merah itu buta
cair mengelapkan sanubari manusia
betullah mereka tidak mengenalmu lagi
tidak seperti dulu yang dipuja
cinta kepada dunia telah berubah sengsara
airmata derai di hujung desing roket
yang tiada tuannya
dunia sudah tidak kenal rupanya
penduduk sudah saling tidak kenal diri mereka
hitam semakin menurap langit
merah mencari cemar di sungai
dunia, asingkan dirimu dari segala dusta
dan pendustaan sedang bermaharajalela.

.
2.1.2009
.

seni dokumentasi

Dokumentasi punya seninya. Ayah saya antara seorang yang cenderung dengan seni ini. Kita sendiri dapat lihat sebenarnya, di sebalik usaha menulis, membuat buku, menerbitkannya- termasuklah majalah, suratkhabar dan apa-apa sahaja yang berkaitan dengan manusia dan idea, pasti di sana ada yang mengumpulnya.
Saya tidak punya seni ini. Berapa banyak kali saya ditanya 'mengapa tidak simpan karya itu?'. Di Indonesia, siapa yang tidak kenal dengan H.B Jassin dan di sini siapa tidak kenang dengan Abdul Karim Haji Abdullah. Kedua-duanya budayawan dan 'orang dokumentasi' yang hebat. Kedua-duanya menyimpan banyak bahan, tulisan, catatan, surat, memo, sajak dan macam-macam lagi berkenaan persuratan Melayu dan sastera Melayu.
Sebab itu masa saya tengok-tengok rumah sewa ini, saya tengok semacam tongkang yang mahu pecah. Di sana sini buku, majalah, suratkhabar dan kertas. Tidak selesa juga sebenarnya. Tapi agaknya saya selalu berperasaan 'dingin' tentang suasana tempat kerja, dan memang betul, saya hanya memikirkan bahan dan kerja membancuhnya sahaja sampai menjadi sesuatu yang mujarad-tidak abstrak di atas kertas. Saya pasti itu, tapi gagal memastikan kekemasan bahan dan sistem dekomentasi peribadi saya.
Berapa sangat saya simpan keratan dan helaian karya yang tersiar. Saya tidak tahu kenapa saya tidak perihatin bab ini. Barulah tadi saya menggunting cerpen Upih Opah dari surat khabar Mingguan Utusan Melayu. Kemudian bahagian sambungan cerpen 'Jangan Bunuh Aku' yang disembul di Siasah (terima kasih editor dan kawan yang memberi maklumat). Dan rencana terakhir di Mingguan Wasilah tahun 2008 berjudul Pas, Idealisme dan Perubahan. Boleh kata saya agak rajin membeli suratkhabar dan majalah, dan jika ada tulisan yang tersiar, memang saya beli biasanya. Tapi saya tidak menyimpannya pula. Semua suratkhabar itu saya bawa atau berikan kepada ayah.
Dan tulisan-tulisan atau catatan-catatan yang bertaburan sana sini, sajak mentah belum ditaip, cerpen tidak menjadi, rencana tinggal rangka, atau idea terkapar mati dalam tulisan tangan yang saya sendiri barangkali, suka membacanya semula, semuanya hampir saya 'lejangkan' atau campakkan kerana ketidakkemasannya. Begitu sukar untuk dapatkan seni dan cinta pada dokumentasi.
Itu saja barangkali.
Demikianlah tentang dokumentasi.
.

1.1.09

permulaan tragis




Majlis Keselamatan PBB terima resolusi tamatkan konflik Gaza

NEW YORK: Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pagi ini menerima resolusi negara Arab, diketuai Libya bagi mengakhiri serangan Israel di Semenanjung Gaza. Sekiranya semua 15 anggota majlis itu sebulat suara menerima draf resolusi itu, ia hanya akan dibentang dan dijangka diluluskan dalam tempoh 24 jam, menurut diplomat PBB di sini. Majlis Keselamatan PBB juga akan mengadakan mesyuarat peringkat Menteri Luar yang dijangka esok, dengan disertai sekurang-kurangnya lapan negara Arab, kata Duta Sudan ke PBB,


Abdalmahmud Abdalhaleem Mohamad. - AFP


Konflik Gaza: Angka kematian meningkat 398

GAZA: Liga lagi korban terbaru akibat serangan udara Israel di Semenanjung Gaza, sepanjang malam tadi, dengan jumlah yang maut meningkat 398 orang. Ketua Perkhidmatan Kecemasan Wilayah, Moawiya Hassanei, berkata sejak Israel menyerang Sabtu lalu, jumlah yang terkorban setakat ini membabitkan 180 orang awam dengan lebih 2,000 cedera. Tiga yang maut dalam serangan malam tadi termasuk seorang wanita membabitkan pengeboman rumah Briged Ezzedine al-Qassam, sayap tentera Hamas.
Bagaiamanpun ketua sayap berkenaan, Abu Anas Chabana tidak berada di dalam rumah ketika serangan itu. - AFP


Berita Harian 1.1.2009


+ Apa yang berlaku Gaza di awal tahun Hijrah yang bergeser dengan Masihi betul-betul menyayatkan hati.

Mana Jalan

mana jalan keluar dari lorong ini?
sana di hujung, kata seorang lelaki berbangsa Israel
apa tandanya?
ketayap kecil di atas kepalanya
mana jalan keluar dari lorong ini?
sana di hujung, nun hujung sana, kata seorang lelaki
berbelang baju dan hidungnya yang tinggi
agrhh, ini orang amerika kulit putih
mana jalan keluar dari lorong ini
sana di hujung tapi saya sendiri sendiri tidak pasti, maaf
kata seorang lelaki berjubah putih yang tak kedekut senyuman
mana satu untuk diikut
berbalik pada diri
di ketika ini, tanyalah diri sendiri


Kemarahan

Kemarahan ini memaksa kemaraan
lazimnya begitu
tapi jarang ia berlaku

Bila aku di sini nyanyi
di sana tangis
bila di sini aku baca
di sana tahan derita

Gumpalkan semua berita atau cerita
dari sana
lazimnya aku tidak dapat juga
perasaan sebenar

Leraikan diri sendiri
dengan bom di Gaza
belum mampu kubayangkan

Bedilan itu telah meragut
398
dari puluhan ribu daunan
di pohon hayat, sebelumnya
Mortar itu mengumpal 398
dan akan mencari 398
yang masih hijau

Jangan biarkan
Jangan biarkan
ia berlaku
tapi ia tetap berlaku
tanpa suara
tanpa tangan
tanpa mortar
tanpa batu

Lemparkan!!!

.1.1.2009

.