31.3.09
iii
tuhanku Allah
ajarkanku cinta
di persimpangan jalan ini
cinta yang dihadiahkan
yang mengharap
bukan dari dirinya sendiri
cinta berbalut bahasa
mereka yang bercinta
dari kebun azali
cinta diukir dari
kayu-kayu pohon
meneduhkan pencari di satu lorong
cinta yang menjadi debu pada malam
menjadi batu-batu di sungai dingin
menjadi rumput ragut di padang sahara
cinta tiada rupa sendiri
tiada hati sendiri
hampir tiada diri sendiri
ii
di kakimu duri-duri semalam
tanpa rasa sakit atau nyilu
dan kau rela membawanya ke mana-mana
dari hutan ke bandar
lalu menjadi sebahagian dari dirimu
di matamu kunci-kunci kamar
yang berserakan nombornya
tapi tetap kau tidak mampu
membuka kamar-kamar sepi itu
di tanganmu adanya pisau-pisau tajam
tidak bisa memotong apapun
kecuali untuk memotong perasaanmu
.
.
29.3.09
percaturan politik melayu

28.3.09
2 tulisan lama
Masih kurang agaknya keghairahan masyarakat kita terhadap buku. Ini dapat dilihat daripada kajian-kajian tertentu menunjukkan tahap membaca di kalangan masyarakat kita masih belum membanggakan. Jawapan terhadap persoalan ini kadang-kala boleh dirujuk kepada setiap individu.
Sebenarnya belum cukup matang apabila kita berbicara tentang masyarakat yang berilmu dan ulul albab apabila minat terhadap ilmu dan membaca belum menjadi budaya. Untuk melihat sesebuah negara yang maju, minat membaca harus ada pada setiap individu masyarakat. Tidak kira atas golongan mana dan per
ingkat usia mana?. Rata-rata negara maju bangga dengan masyarakat mereka yang gemarkan membaca. Ia seperti suatu budaya yang paling ‘mahal’ bagi bangsa menghargai peluang masa dalam era globalisasi kini.
Dorongan membaca pula pula lahir secara tidak sengaja tetapi melalui keluarga, sekolah, kawan-kawan dan masyarakat. Semua peringkat saling mendorong untuk menwujudkan masyarakat yang berinformatif dan sukam berkongsi ilmu dan buku.
Lantaran hari ini rancangan realiti sudah menjadi suatu pattern yang dikatakan rancangan bercorak hiburan yang antara paling diminati dan ditontoni, penulis terfikir bahawa tentu ada jalan yang dapat mendekatkan masyarakat kepada dunia buku.
Melihat kepada tanggungjawab sosial media massa, mengapa tidak media massa umpamanya televisyen mewujudkan beberapa rancangan khas untuk membicarakan dunia buku. Maka sokongan daripada setiap pihak akan mempercepatkan malah menghangatkan budaya yang positif ini dalam masyarakat.
Daripada apa diperhatikan oleh penulis bahawa kempen secara manual mungkin terdiri daripada iklan-iklan, jualan buku murah, kempen membaca dan sebagainya tampak belum benar-benar dihayati. Kadang-kala ia seperti sambutan yang kurang menggalakkan. Akhirnya tiba pada satu keadaan kempen yang diadakan hanyalah program tahunan yang diadakan demi memenuhi takwim tahunan.
Oleh yang demikian kempen sedemikian sebenarnya belum memadai untuk mengajak masyarakat memahami budaya membaca sedalamnya. Malah boleh dirumus dengan sebuah situasi berikut; sekiranya ditanya secara rambang seorang remaja yang bersiar-siar di kompleks membeli-belah atau KLCC berapa buah bukukah yang dibacanya bagi tahun lepas, jawapannya seolah telah dijangka.
Dengan membudayakan membaca, masyarakat tidak lagi gusar dengan mana-mana seruan kerajaan atau gagasan yang disebarluaskan. Pelbagai gagasan yang wujud akhir-akhir dan hampir kesemuanya menghalatuju ke arah wawasan negara maju.
Bibit-bibit kemajuan telah dilihat daripada secara material iaitu wujudnya Koridor Raya Multimedia, KLIA, KLCC dan pelbagai projek mega kerajaan yang mana menmberi erti kepada kemajuan negara yang bakal dikecapi.
Namun ia tidak akan dicapai dengan tuntas kerana elemen budaya masyarakatnya juga salah ciri sebuah negara maju. Maka perubahan pemikiran bangsa dan masyarakat mesti setara dengan nilai kemajuan yang dihasratkan.
Bagaimanapun jika kemajuan itu hanya dilaksanakan pada satu bahagian dan tidak pada bahagian yang lain, maka di sinilah kelemahan disoroti dengan serius. Maka jika masyarakat belum memiliki budaya membaca, maka kemungkinan ia tampak tidak sehaluan dengan gagasan yang sekarang ini selalu disebut-sebut pemimpin.
Kita teringat bahawa membudayakan sesuatu bermula daripada sikap meneladani atau mencontohi mereka yang mempunyai sikap atau nilai murni itu. maka dengan menwujudkan contoh dan role model ulat buku kepada masyarakat khasnya remaja hari ini boleh saja diadakan sebagai cara untuk meramaikan golongan membaca sekaligus mengalakkan minat membaca dari segenap peringkat.
Suatu yang boleh dilakukan secara kerjasama antara pihak yang bertanggungjawab dengan agensi swasta adalah merancang atau menaja rancangan-rancangan berbentuk intelektual tetapi mempunyai nilai komersialnya. Tambahan pula penonton televisyen hari ini menerima konsep rancangan realiti yang dipinjam dan diolah menjadi pelbagai rancangan khususnya dipraktikkan kepada rancangan berfokuskan hiburan maka untuk tujuan mendekatkan masyarakat khususnya kepada dunia membaca dan buku mungkin boleh diwujudkan program realiti seperti itu tetapi menggunakan tema membaca buku.
Program yang berbentuk memperkenalkan dunia membaca kepada remaja dari setiap segi perbicaraan, topik dan perkara yang berkaitan dengan buku. Jika seni menyanyi dan menghibur boleh dijual melalui televisyen dan sebagainya mengapa kita tidak berani meletakkan rancangan yang baharu dan manafaat untuk masyarakat kita iaitu rancangan berkaitan dengan seni membaca dan membudayakan ilmu dalam kehidupan?.
Bagaimana jika rancanagn itu memaparkan kehidupan seorang peminat buku atau seorang yang selalu membeli buku, remaja barangkali dan ia mempunyai perlbagai persepsi tentang dunia membaca dan bidang-bidang lain, tentulah rancangan banyak mendorong yang lain untuk menerima membaca buku satu amalan aktif yang bermanafaat.
Mempopularkan gaya hidup membaca salah satu yang barangkali mustahil untuk dibuat secara pantas, tetapi dengan adanya teknologi dan kreativiti manusia abad ke-21 perkara-perkara yang dilihat mustahil tidak terlalu sukar untuk dibuat.
Sebuah program yang jika dahulu untuk masyarakat tertentu sahaja iaitu mereka yang selalu berkunjung ke perpustakaan dan berulang-alik daripada kedai-kedai buku, barangkali dengan usaha yang serius boleh juga dibangunkan sebauh masyarakat yang amat dekat dengan buku.
Maka proram bebrentuk popular dan santai sebaiknya diadakan bagi menarik minat remaja dan golongan kurang membaca bagi mendekati dunia membaca secara akrab.
Mungkin pelbagai bentuk dan pendekatan untuk mewujudkan rancangan realiti sedemikian kerana buku bukan hanya berbicara berkaitan tentang sesuatu yang serius kerana ia telah terbukti mempunyai sejarah yang panjang dan menyumbang pelbagai bidang yang berkaitan.
Secara tidak lansung juga rancangan tersebut bakal memperkenalkan kedai-kedai buku di negara, jenis-jenis buku, peminat-peminat dan pengumpul-pengumpul besar supaya dapat dicontohi.
Mengapa kita meneruskan rancangan realiti yang semata-mata berpusing dalam lingkungan yang sama iaitu hiburan. Padahal hiburan minda juga perlu dijadikan bahan untuk menarik penonton.
Sekiranya perkara ini dapat dilaksanakan tidak mustahil kedai-kedai buku di negara makin bertambah dan kadar penerbitan buku dalam setahun barangkali meningkat berganda. Kita juga mungkin tidak risau risiko untuk menerbitkan atau menjual buku-buku dalam pasaran.
Tidak mustahil paradiqma boleh dianjakkan menjadi lebih bermakna dengan rancangan realiti buku yang tidak mustahil diadakan. Tentu saja masyarakat akan bertemu di kaca televisyen di mana remaja tertentu memang memiliki minat dan keghairahan terhadap dunia buku yang cukup luas pengetahuannya tentang buku. Teringat kata seorang pensyarah, yang dikira kuat pada masa akan datang adalah mereka yang memiliki informasi, bukan persenjataan.
Kerajaan telah menegaskan betapa program yang dirancang adalah untuk menghalatuju ke arah minda pertama. Lalu dengan mengalakkan membaca buku boleh membantu untuk merealisasikan hasrat kerajaan.
Hanya mungkin soal ‘membudayakan’ ini harus diusahakan dengan serius dan terancang. Maka di Malaysia pada suatu masa nanti mungkin remajanya akan mengenali novelis William Faulkner lebih daripada Maradonna, pemikir Ali Syariati berbanding pelakon Julia Robert.
Barangkali, kita dapat melihat karya-karya tempatan akan lebih banyak di pasaran dan lahir juag masyarakat yang menghargai pemikiran dan kreativiti. Maka bertolak daripada pemikiran dan kreativiti manusia boleh membayangkan apa-apa yang boleh dicipta pada masa akan datang.
Secara tidak lansung tanggapan dunia buku untuk golongan tertentu dan membaca adalah aktiviti yang mejemukan boleh saja dikikis dengan mudah lantaran buku adalah sumber ilmu yang mudah untuk didapati sekarang ini. Maka apa saja yang kita ada boleh dimanafaat ke arah mencipta generasi yang berilmu, berminda pertama dan mampu menangani perubahan yang ada. Mengapa tidak kita mencubanya?.
Sastera Untuk Pendidikan.
Generasi hari ini harus menghadapi kerenah globalisasi yang mana akan dirasai oleh semua negara dan bangsa. Fenomena ini satu petunjuk bahawa zaman akan berubah dengan bentuk dan caranya. Manakala manusia yang hidup di abad 21 harus menerima bahawa cara hidup, idea dan politik antarabangsa akan pantas bergerak sambil meninggalkan kesan yang pelbagai makna yang memerlukan tafsiran dan tindakan yang munasabah.
Sebagai negara yang maju sebenarnya sains dan teknologi tidak menidakkan kewujudan sastera sabagai salah satu wacana ilmu yang harus diketepikan melihat kepada pelbagai cabaran dan tanda atau kod wujud memerlukan worldview yang tersendiri. Sastera akan terus menjadi salah satu ilmu yang menerima arus itu dan cuba menterjemahkannya dalam satu makna yang lebih jelas lagi kasar. Manakala generasi hari ini sebenarnya jika tidak didedahkan dengan sastera, maka mereka menjadi generasi yang kehilangan wacana keilmiahan sastera yang sebenarnya salah satu cara melihat dan menafsir kod atau tanda yang mewakili satu-satu pemikiran globalisasi khususnya dalam hal-hal politik.
Maka ruang sastera harus dibuka dan diberikan nafas segar supaya ia mudah diterima dan menjadi salah sebuah bidang yang mampu menyediakan generasi yang punya persediaan untuk menghadapai arus globalisasi yang bakal datang dengan pantasnya. Langkah kerajaan mengembalikan sastera di persada pendidikan sebenarnya adalah satu langkah yang selari dengan perkembangan semasa kerana hari ini sastera tidak lagi dilihat satu bidang ilmu yang bersifat klasik dan apa-apa yang berkaitan dengan cerita tetapi ia adalah bidang yang luas dan melangkaui batas-batas kesusasteraan yang dahulu hanya dilihat satu bidang bukan besar impaknya dan tidak mendorong kepada kerjaya yang baik.
Sebenarnya sastera hari ini tidak dilihat sebegitu rupa kerana di Barat sastera adalah bidang yang luas lingkarannya. Ia tidak sahaja berkaitan dunia persuratan lama, penulisan kreatif atau seumpamanya malah ia dikatakan dengan ideology, kajian sejarah, sosial, politik, linguistik, antrapologi, malahan berkaitan dengan teknologi sendiri. Bidang sastera akrab dengan bidang perfileman dan falsafah yang sebenarya antara bidang-bidang besar ini sastera menjadi jambatan kepada bidang-bidang ini apatah lagi dengamn bidang-bidang seni yang lain seperti lukisan dan muzik.
Maka sastera bukanlah bidang yang kecil dan ketinggalan dari segi isinya. Sastera merupakan bidang yang luas merangkumi hubungannya dengan bidang-bidang lain. Oleh yang demikian, kerajaan menyarankan bahawa sastera Melayu dijadikan salah satu intipati pelajaran di sekolah-sekolah.
Sebenarnya sastera sedari dahulu lagi mempunyai peranannya yang tersendiri dalam pendidikan. Pendidikan bukan sekadar menyuntik pada minda, rohani dan tindakan mereka supaya rasional malah ia harus hampir dan seiring dengan emosi dan rohani. Nilai-nilai budi sebagai contoh tidak semestinya diajar dengan cara sepontan sahaja kerana kadang-kadang pelajaran yang diajar secara sepontan tidak banyak memberi erti kepada pelajar itu snediri. Maka pelajaran yang efektif berdasarkan pendekatan-pendekatan yang sesuai seperti menggunakan sastera untuk mendidik pelajar tentang niali-nilai murni sebenarnya banyak menyumbang kea rah maksud itu. Oleh itu sastera menjadi satu wadah untuk mendedahkan murid-murid terhadap pelajaran-pelajaran yang berkaitan dengan moral, akhlaq dan nilai-nilai budi. Sebagai contoh nilai-nilai murni seperti amanah, jujur, ikhlas, hormat-menghormati, saling tolong menolong, berani kerana benar dan sebagainya adalah perkara-perkara yang terdapat dalam teks sastera. Apabila ia dibaca dan difahami tentulah serba sedikit memberikan penghayatan dan kefahaman kepada murid bahawa nilai-nilai murni iani harus ada dalam diri mereka sebagai seorang manusia.
Selain itu sastera juga sebuah bidang yang mendalami tentang persoalan manusia pada satu-satu tempoh masa. Ini yang dikaitkan antara sastera dan sejarah padahal sastera merupakan ruang yang lebih fleksibel dalam membicarakan tentang masa-masa yang lalu. Hal ini dapat dilihat melalui karya-karya besar seperti Sejarah Melayu, Tuhfat an-Nafis dan sebagainya. Karya-karya ini walaupun mempunyai kaiatan sejarah tapi ia juga salah sebuah karya sastera yang merujuk satu tempoh zaman. Persoalan manusia ini diceritakan seluk-belok manusia yang pelbagai sikap, peribadi yang pelbagai wajah serta peristiwa-peritiwa yang melukis watak-watak yang sebenarnya diambil sebagai iktibar. Begitulah yang dihasrat seperti yang disebut oleh Tun Seri Lanang dalam karyanya Sejarah Melayu….
Dalam sastera manusia dipertontonkan, sikap mereka didedahakan, cemburu, bengis, pemarah dan sebagainya dibentangkan secara polos sehingga yang kelihatan adalah sikap manusia yang tidak lagi dapat lari daripada kesilapan. Manakal ada juga golongan yang mengejar kebaikan dan sentiasa mengkehendakkan natijah yang baik, ini yang menjadi iktibar dan cermin kepada manusia. Di sini sastera memberikan manusia ruang untuk bermuhasabah dan membuat penilaian diri sendiri.
24.3.09
hak
2
Ada orang diberikan bakat tapi tidak tempat untuk mengasah bakat itu. Mungkin bakat itu akan pudar dengan sendiri. Bakat perlu digilap selalu. Tempat pula perlu ada untuk menjadikannya bermakna. Tapi bakat ini terlalu subjektif sifatnya. Kita tidak boleh kata, dengan bakat semua boleh jadi. Berapa ramai yang diberikan bakat dalam sesuatu bidang, akhirnya menjadi abu. Dan sebaliknya, yang tidak ada bakat tetapi diberikan tempat. Ini tentu satu ironis bunyinya. Namun, begitulah hakikatnya.
3
.
.
18.3.09
Menulis puisi-puisi baru
n memberikan pandangan yang berbeza. Itulah satu kelebihan puisi yang bebas daripada keobjektifan. Seorang pembaca akan katakan puisi ini baik dengan alasan-alasannya. Yang lain menyatakan puisi yang sama tidak baik, bersama alasan-alasannya. 16.3.09
berita gembira
Oleh FATIHAH MOHAMED
dan LUQMAN HAKIM AB. RAHIM
berita@kosmo.com.my
KUALA LUMPUR - Nik Mohd. Kamal Hussien, 41, mungkin tidak pernah bermimpi untuk mendiami rumah bernilai RM130,000 dan menghantar anaknya belajar ke luar negara.
Dengan pendapatannya sebanyak RM500 sebulan sebagai nelayan, tidak mungkin nelayan dari Pengkalan Chepa, Kelantan itu dapat berbuat demikian.
Namun, semua itu bakal menjadi kenyataan tidak lama lagi hanya kerana kecemerlangan anaknya Nik Nur Madihah, 18, yang memperoleh 19 1A dan satu 2A dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) baru-baru ini.
Lebih menarik, Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Noh Omar semalam memberitahu, anaknya itu akan ditawarkan pinjaman penuh secara automatik oleh Majlis Amanah Rakyat (Mara) yang dianggarkan bernilai RM70,000 untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat A Level di London.
"Saya sendiri dah bercakap dengan Nik Nur Madihah, dah cakap dengan ayah dia dan pagi tadi saya bercakap pula dengan guru yang mengajar pelajar ini.
"Kita tawarkan biasiswa A-Level di London berdasarkan minat Nik Nur Madihah untuk belajar di United Kingdom,'' katanya selepas melancarkan kempen satu keluarga satu syarikat di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini semalam.
Nik Nur Madihah merupakan pelajar Sekolah Menengah Agama Arab Maahad Muhammadi, Kota Bharu yang mencipta sejarah apabila memperoleh keputusan cemerlang dalam SPM yang diumumkan Jumaat lalu.
Selain Mara, semalam Nik Nur Madihah turut ditawarkan dua lagi biasiswa lain daripada Bank Negara Malaysia (BNM) dan Petronas untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat tertinggi.
Rabu ini, Nur Madihah akan ke Kuala Lumpur untuk menghadiri sesi temu duga biasiswa yang diatur oleh BNM.
Di Pengkalan Chepa, Nik Nur Madihah melahirkan rasa syukur dan terharu atas keprihatinan banyak pihak ekoran kejayaan diperolehnya. Dia menganggap ia adalah rahmat Tuhan atas kesabarannya selama ini.
Selain tawaran biasiswa anaknya, Nik Mohd. Kamal turut dikhabarkan dengan berita gembira apabila Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) menyatakan pihaknya akan membina rumah baru untuk keluarga tersebut.
Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, kos pembinaan rumah tersebut yang dianggarkan bernilai RM130,000 akan ditanggung sepenuhnya oleh agensi berkenaan dan akan dimulakan tidak lama lagi.
“Tapak rumah telah disediakan di Taman Perumahan Kurnia Jaya, Pengkalan Chepa dan akan dibina dengan segera.
“Pemberian rumah ini adalah untuk membantu meringankan beban keluarga mereka di samping sebagai penghargaan kepada kejayaan Nik Nur Madihah,’’ katanya ketika ditemui selepas memberi sumbangan peribadi kepada keluarga itu di sini semalam.
Bagi Nik Mohd. Kamal, tiada perkataan yang dapat menggambarkan kegembiraannya sambil tidak putus-putus mengucapkan rasa syukur dan terharu terhadap kurnia Tuhan kepadanya.
“Saya cuma harap pemberian ini dapat memberi keselesaan kepada anak-anak dan menjadikan mereka lebih tekun belajar pada masa akan datang,’’ ujarnya.
Sumber: Kosmo
Alhamdulillah. Mujur. Ini saya kira amat logik sekali.
.
15.3.09
dua berita yang saya tiba-tiba perihatin
KOTA BHARU 12 Mac - Anak seorang nelayan, Nik Nur Madihah Nik Mohd. Kamal, 18, dari Sekolah Menengah Agama Arab Maahad Muhammadi (Perempuan) di sini mencatat sejarah di negeri ini apabila memperoleh 20 A dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2008.
Kejayaan itu menjadikan pelajar tersebut antara yang paling cemerlang di seluruh negara dengan mendapat 19 1A dan satu 2A, kurang satu mata pelajaran berbanding pencapaian pelajar terbaik SPM 2007, Azali Azlan yang memperoleh 21 A.
Nik Nur Madihah juga membuktikan kesusahan keluarga bukan halangan untuk dia mencapai kecemerlangan walaupun mengambil sebanyak mungkin mata pelajaran bagi menguji keupayaan dirinya dalam menghadapi cabaran hidup sebagai pelajar.
Anak sulung daripada empat beradik yang berasal dari Kampung Parang Puting, Pengkalan Chepa dekat sini itu bercita-cita menjadi ahli fizik dan kejayaan tersebut adalah hadiah istimewa untuk ibu bapanya di samping guru-guru sekolahnya.
Ayahnya, Nik Mohd. Kamal Husin, 41, hanya memperoleh pendapatan kira-kira RM700 sebulan dan bagi meringankan bebanan keluarga, ibunya, Mariani Omar, 42, pula bekerja sebagai pencuci di Universiti Malaysia Kelantan (UMK).
''Saya tidak ikut kelas tambahan di luar sekolah, hanya tumpukan perhatian pada apa yang boleh ditimba di sekolah," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Menurutnya, dia menjadikan kejayaan pelajar cemerlang negara, Azali Azlan yang memperoleh 21 A dalam keputusan SPM tahun 2007 sebagai pembakar semangat.
Dia turut mendapat A1 dalam Bahasa Arab Tinggi, Matematik Tambahan, Perdagangan, Prinsip Perakaunan, Ekonomi Asas, Fizik, Kimia, Tasawwur Islam, Pendidikan Al-Quran dan As-Sunnah, Pendidikan Syariah Islamiah, English for Science and Technology (EST) dan mendapat satu 2A dalam Biologi.....
.... Tahniah kepada Nur Madihah dan sekeluarga. Meskipun sukar hidup...alhamdulillah.

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Noh Omar berkata, pakaian tersebut yang kini berada di Rusia mungkin akan dipamerkan di Muzium Mara atau Universiti Kuala Lumpur - Malaysian Institute Of Aviation Technology (UniKL MIAT).
Tujuan pembelian pakaian tersebut, jelasnya, sebagai simbol kejayaan seorang bekas pelajar di bawah institusi Mara yang juga merupakan angkasawan Melayu pertama.
“Saya telah memaklumkan mengenai perkara ini kepada Mara dan Mara akan berurusan dengan Sheikh Muszaphar sendiri kerana beliau yang akan mengendalikan pembelian pakaian itu.
“Sebelum ini Sheikh Muszaphar ada memberitahu bahawa pakaian itu bakal dibeli oleh sebuah syarikat korporat tempatan, bagi saya tidak sesuai sekiranya orang lain yang membeli, justeru eloklah jika Mara yang membelinya,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Karnival Pendidikan Mara 2009 dan sambutan Hari Mara ke-43 di sini hari ini.
Hadir sama, Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Saifuddin Abdullah dan Ketua Pengarah Mara, Datuk Nam Marthinin.
12.3.09
dalam diri ada pencuri
11.3.09
al-banna & bahasa kebangsaan
1.2.
Kutipan untuk dedikasi kepada mereka yang mahu memahami bahasa kebangsaan;
Tan Sri A. Samad Ismail, Allahyarham telah menulis (pada tahun 1953 asalnya dalam rencanan bahasa Inggerisnya; “Sesetengah orang termasuklah sebilangan kecil orang Melayu yang berpendidikan Barat tersisih dari kelompok Melayunya sendiri, berfikir dan menyatakan bahawa oleh kerana bahasa Melayu tidak mampu untuk mengucapkan pemikiran moden dan imu sains, kita harus mengenepikan bahasa Melayu dan sebaliknya menggunakan bahasa Inggeris. Orang seperti ini tidak memahami tentang peraturan antara perkembangan sosial dan perkembangan bahasa. Apabila mereka meremehkan tentang ketidakmampuan bahasa Melayu untuk mengucapkan hal-hal yang berkaitan dengan pemikiran moden dan sains, mereka jahil akan hakikat bahawa pemikiran moden dan sains bersama dengan masyarakat moden dan pertumbuhan ekonomi tidak wujud di Tanah Melayu. Mereka gagal melihat apa yang paling dasar ialah pertumbuhan masyarakat moden dan ekonomi di Tanah Melayu, dan apabila ini telah dipastikan, maka dengan sendirinya bahasa Melayu itu turut berkembang. Ini merupakan suatu kebenaran sejarah yang mudah dibuktikan iaitu tidak ada bahasa yang terkebelakang dan mundur dari organisasi sosial dan ekonomi di mana bahasa itu menjadi alat pengucapannya.
Masyarakat Tanah Melayu dan rakyat Tanah Melayu tidak dapat tidak bergerak maju ke arah penyusunan sosial, politik dan pertumbuhan ekonomi. Dan kita yakin bahawa bahasa Melayu berkembang pesat, kaya, bertenaga dan indah, berserta dengan emansipasi dan pertumbuhan masyarakat Malaya. Pada suatu hari nanti, bahasa Melayu akan menjadi wadah yang unggul untuk mendukung aspirasi sosial, politik, budaya dan semangat rakyat yang berbilang keturunan…”
(lihat Antara Pemikiran A. Samad Ismail, muka surat 304-305. diselenggara A. Karim Haji Abdullah, 1997, Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.)
.
7.3.09
persuratan baru
Bila saya pulang hari itu, selalunya saya akan menengok-nengok peti surat rumah saya. Semalam kosong, kelmarinpun dan hari-hari sebelumnyapun macam itu. Kosong. Kosong. Kosong. Apa sebab saya selalu berkelakuan aneh, membuka peti surat kemudian menutupnya. Ia tidak rutin. Dan membuka atau menutupnyapun bukan susah sangat. Hari ini ada surat, betul-betul ada nama tercetak disitu. Pasti. Saya Pasti. Ia bukan surat yang menyewakan rumah atau sesiapa.
Saya masuk dalam, sempat melihat buku baharu yang sampai ke tangan saya, judulnya Gagasan Persuratan Baru. Berkulit tebal. Dan buku ini saya tahu kerana diwar-warkan di blog Puan Nisah Haron. Dan Gagasan Persuratan Baru ini bukan suatu yang baru sebenarnya dari saya, sejak awal tahun 2000 saya sudah membaca novel-novel Mohad Affendy Hassan dan yang paling pertama ialah Citra Pujangga. Saya kira MAH memang penulis yang berbakat besar. Saya soroti karya-karyanya bersama karya-karya penulis tempatan lain. Beberapa buah buku MAF ada dalam simpanan saya, contohnya Aligupit, Tempang Sasterawandan dua kumpulan cerpennya.
Saya pernah baca buku tentang Estetika Persuratan Tauhid, ke apa tajuknya dulu masa jadi pelajar. Tapi tidak saya halusi dan dorongkan secara sedar dalam pemikiran saya. Cuma yang saya tahu tentang diskusi panas memang berlaku pada 80-an dan 90-an di mana ketika itu ambang perbicaraan sastera Islam mengamit ramai peneliti untuk mencurahkan pandangan. Pada saya selepas daripada era Shahnon-Kassim Ahmad berbincang panas tentang Sastera Islam itulah, Gagasan Persuratan Baharu timbul di samping latar bidang kritikan sastera yang agak memuncak pada ketika itu dengam kelahirannya teori yang pelbagai, dari luar atau dalam.
Tentang surat tadi, ia daripada Penolong Editor Dewan Budaya yang memberi ransangan dan penghargaan kerana sumbangan tulisan saya yang tersiar pada bulan Mac. Hanya sebuah sajak sebenarnya. Tapi terima kasih banyak-banyak kepada pihak DBP dan Dewan Budaya kerana memberikan peluang.
Tentang buku baharu itu, saya sudah mulai membacannya. Saya dapat rasakan 'suhu intelektual dan kritikal' MAH masih berdegup malah kencang. Dan pada saya pandangan sebegini ada banyak manafaatnya. Di samping memang menimbulkan isu dan kontroversi. Tetapi saya seorang pembaca mahui tahu. Saya suka melihat pandangan-pandangan sebegini, mungkin sahaja ini akan memberikan ruang untuk melihat lebih hampir mana lemahnya pada sisi-sisi tertentu pada diri sendiri.
.
.
4.3.09
perbezaan
Pelbagai cara manusia menanggapi isu.
Isu bahasa misalnya, tafsiran dan pandangan sekitarnya berbeza-beza.
Bila saya sudah berumur setahun setengah jagung ini, saya mulai nampak perbezaan-perbezaan pandangan sesama manusia. Penuh dengan nuansanya. Kecil lagi seni.
Manusia terus hidup dengan perbezaan ini. Tetapi untuk menginsafinya dan menjalinkannya supaya lebih mesra dan dekat, kita perlu mengetahui, mengenali.
Tidak kenal maka tidak cinta. Kenal bukan bermaksud untuk membawa kebencian dari luar itu ke dalam atau sebaliknya, dari tidak benci ke pada benci, maka ini sudah jauh daripada prinsip asal. Kita diajar membenci perkara yang batil dan mungkar lagi melampau bukan mencari permusuhan dan pergelutan.
2
Kalau terus menerima perbezaan-perbezaan ini adalah satu daripada yang tabie dan alamiah, kita mudah akur. Jika tidak, kita akan terbendung dalam masalah yang bukan masalah. Kita jadi hilang ruang pertemuan antara diri dengan kemanusiaan. Antara kita dan tanggungjawab sebagai insan. Mereka yang tidak memahami hakikat insannya, mana mungkin memahami kemanusiaan. Mereka yang tidak menghayati kemanusiaan, tidak akan rasa bertanggungjawab kepada kewujudan ini. Maka dirasakan wujudnya sia-sia, padahal setiap kejadian seperti disebut Allah Taala, mempunyai makna dan tujuan.
3
Maka hargailah perbezaan dan temukan ia dalam kesefahamann. Mana mungkin perbezaan fizikal dan emosional disatukan. Fikiran juga tidak mungkin disebatikan, hanya mungkin disatukan pada satu-satu keadaan. Mungkin keadaan lain, terlucut juga. Fikiran pula jauh lebih kompleks dari perbezaan-perbezaan lahiriah. Kena terima bangsa lain juga manusia, jantina lain juga manusia, kaum lain juga manusia, status lain juga manusia, fikiran & ideologi berbeza juga manusia, agama lain juga manusia dan sebagainya. Tapi bukan maksud saya dalam istilah pluralitas atau mahu menjadi pluralis pula, tidak. Saya tetap ada agama dan pegangan fikiran saya, tapi wajar menerima dan akur dengan fahaman yang berbeza. Kita cuma dapat mengemukakan pandangan logik dan cadangan atau buah fikiran. Tidak lebih.
4
Kita ini semua manusia. Manusia itu sama semuanya. Perbezaan lain tidak jelas atau tebalpun. Tapi pada Dia, perbezaan itu hanyalah taqwa.
.